Thursday, July 11, 2019

Turki berisiko alami keruntuhan ekonomi




Walaupun ekonomi Turki adalah lebih pelbagai daripada Venezuela yang banyak bergantung kepada minyak, negara itu ketika ini berada di laluan yang sangat mirip dengan kesilapan dasar yang mungkin membawa kepada kehancuran ekonominya, kata pengurus aset pasaran baharu muncul itu.

Kawalan modal, nasionalisasi dan dasar lain yang menghalang sektor swasta daripada melindungi hartanya ketika persekitaran makroekonomi semakin merosot adalah ‘secara logiknya langkah dasar’ seterusnya yang akan dilaksanakan di Turki, kata Jan Dehn, ketua penyelidikan di Ashmore, menerusi e-mel .

Beliau membuat kenyataan itu selepas Erdogan mengejutkan pasaran dengan memecat gabenor bank pusat, Murat Cetinkaya, kerana mengekalkan kadar faedah yang terlalu tinggi pada pandangannya.

"Masalahnya ialah dengan membuat pusingan U terhadap dasar-dasar yang baik mempunyai kos politik yang sangat besar," kata Dehn.

"Semakin lama beliau menangguhkannya, semakin besar kosnya, itulah sebabnya ahli politik yang mengikuti laluan heterodoks jarang berubah dan mereka hampir selalu berakhir dengan krisis."

Pegawai Turki telah berulang kali menafikan sebarang rancangan untuk mengenakan kawalan modal dan mengatakan mereka akan mematuhi prinsip pasaran bebas.

Berikut ialah ciri-ciri proses yang Dehn perincikan akan dialami oleh Turki:

Dasar ekonomi yang buruk mula menampakkan kesan kepada kos politik.

Daripada membetulkan punca yang menyebabkan masalah ekonomi, kerajaan memutuskan untuk menyerang gejala masalah seperti inflasi, pertumbuhan lebih perlahan, mata wang lemah dan pelaburan yang perlahan.

Masalah sebenar pula diabaikan dan semakin buruk. Ia termasuk dasar kewangan yang buruk, peningkatan campur tangan, kegagalan untuk membangunkan pasaran pembiayaan tempatan, kadar simpanan yang terlalu rendah dan dasar asing yang buruk.

Kerajaan juga menyalahkan kumpulan lain dan selain dirinya kerana ia berkesan secara politik, tetapi ia hanya membuat pelabur dan perniagaan lebih bimbang kerana Erdogan akan memerlukan lebih banyak kambing hitam ketika ekonomi semakin memburuk.

Ketika prospek ekonomi bertambah buruk, pelabur dan perniagaan mula mengambil tindakan untuk mempertahankan kekayaan dan mata pencarian mereka.

Ini menyebabkan modal dibawa keluar, pelaburan menurun dan strategi lindung nilai lain.

Kerajaan kemudiannya mula menyalahkan sektor swasta susulan prestasi buruk, mengambil tindakan untuk mencegah tindakan defensif mereka. Bermulanya kawalan modal, nasionalisasi, penukaran kontrak secara paksa dari euro kepada lira dan lain-lain.

Akhirnya kerajaan tidak mempunyai pembiayaan, tiada pertumbuhan, tiada masa depan dan berakhir ke dalam krisis besar. - Bloomberg


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Your Website Title
How to Share With Just Friends

How to share with just friends.

Posted by Facebook on Friday, December 5, 2014