Friday, July 5, 2019

PELAJAR-pelajar cerdik berkampung di sma maiwp sempena miismam 2019


Kuala Lumpur - Pelajar-pelajar cerdik dari Sekolah Menengah Agama Islam seluruh negara mula berkampung di Sekolah Menengah Agama Islam Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (SMA MAIWP) selama 3 hari mulai hari ini sempena Majlis Ihtifal Ilmi Sekolah-Sekolah Menengah Agama Islam Malaysia (MIISMAM) 2019 peringkat Kebangsaan kali ke-6  di sini.

Pelajar-pelajar ini mewakili negeri masing-masing  setelah memenangi pertandingan MIISMAM 2019 di peringkat negeri.

Kehadiran pelajari-pelajar ini akan menyerikan MIISMAM 2019 dan turut membawa bersamanya barakah kepada SMA MAIWP.

Bagi menyuntik semangat bertanding MIISMAM 2019,  Sahabat Anas bin Malik r.a. ketika ditanya tentang pertaruhan lumba kuda pada zaman Rasulullah s.a.w.,  Anas bin Malik r.a. ada jawabannya:

“ Anas menjawab: Ya! Demi Allah! Rasulullah pernah bertaruh lumba kuda dengan kudanya yang bernama Sabhah dan baginda mendahului sehingga gembira dan kagum dengan (kuda)nya.” (Hadith  Musnad Ahmad bin Hanbal dan sanadnya dinilai hasan oleh Syu’aib al-Arna’uth)

Sebanyak 11 acara akan dipertandingkan melibatkan 19 kategori berikut:

1.       Tilawah A-Quran  Lelaki
2.       Tilawah A-Quran Perempuan
3.       Hafazan Al-Quran Lelaki
4.       Hafazan Al-Quran Perempuan
5.       Syarahan Bahasa Melayu Lelaki
6.       Syarahan Bahasa Melayu Perempuan
7.       Syarahan Bahasa Arab Lelaki 
8.       Syarahan Bahasa Arab Perempuan
9.       Syarahan Bahasa Inggeris Lelaki
10.   Syarahan Bahasa Inggeris Perempuan
11.   Khat Lelaki
12.   Khat Perempuan
13.   Nasyid Lelaki
14.   Nasyid Perempuan
15.   Kitabatul Maqal Lelaki
16.   Kitabatul Maqal Perempuan
17.   Kuiz Dini
18.   Kitab Turath
19.   Bahasa (Ala Parlimen)

Jadual pertandingan akan bermula esok hari dan berlanjutan sehingga malam.

Keputusan pertandingan hanya akan diketahui semasa majlis penutup yang akan diadakan pada hari Ahad, 7 Julai 2019.

Sekolah Menengah Agama Islam Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (SMA MAIWP) telah bersedia menampung kehadiran kontinjen negeri-negeri walaupun jumlahnya ribuan orang berkampung di sini. 


‘Ahlan wa sahlan wa marhaban bikum’ 

   أهْلاً وَسَهْلاً وَمَرْحَباً بِكُمْ



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Your Website Title
How to Share With Just Friends

How to share with just friends.

Posted by Facebook on Friday, December 5, 2014