Tuesday, July 9, 2019

Nik Abduh: Populariti Najib atasi Nik Aziz


Nik Abduh: Populariti Najib atasi Nik Aziz: Kata MP Bachok itu, ke mana saja bekas PM itu pergi berebut-rebut orang mahu bergambar dan ia menunjukkan kepelikan dibuat Allah Taala


Di mata Nik Abduh Nik Abdul Aziz, ada dua orang tokoh paling hebat di negara ini.

Pertama, kata anggota parlimen Bachok itu, almarhum bapanya yang juga bekas menteri besar Kelantan serta pernah diangkat sebagai mursyidul am PAS, Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Kedua, kata Nik Abduh, ialah Najib Razak. Malah Nik Abduh menganggap bekas perdana menteri dan presiden Umno itu "mengambil tempat" yang ditinggalkan bapanya selepas pemimpin terbabit meninggal dunia.

"Mana dia pergi, kalah ayah saya... orang dok berebut dok cari dia nak selfie. (Ini) kepelikan yang Allah Taala buat," katanya dalam ucapan yang dimuat naik dalam perkongsian Facebook Najib hari ini.




No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Your Website Title
How to Share With Just Friends

How to share with just friends.

Posted by Facebook on Friday, December 5, 2014