10 tahun lepas, korban Raya Aidiladha di masjid ada 18-20 ekor lembu. Tapi makin lama makin sedikit. Tahun ini cuma 3 ekor.
Ramai pakat korban di luar negara sebab murah. Ada asatizah pun promosi korban di luar negara dengan persatuannya.
Dulu, boleh bahagi-bahagikan daging korban satu kampung/taman semua dapat.
Sekarang makin ramai tak dapat, sebab orang yang berkorban makin kurang, daging makin sikit. Kenalah faham.
Orang yang datang menunggu dan tolong lapah punyalah ramai. Lembunya sedikit.
Mungkin berlaku nanti, orang di Malaysia ramai tak rasa daging korban langsung. Tetapi di Kemboja, Myanmar dan tempat-tempat lain di luar negara sorang dapat 5kg daging sebab 'oversupply'.
Ia tetap sah. Cuma lebih baik korban di negara sendiri. Dapat tengok darah mengalir atau dapat sembelih sendiri.
Ada kariah masjid di sini yang penduduk sampai 1,000 pintu rumah, dapat korban lembu 2 ekor sahaja.
Di Kemboja, ada sahabat maklumkan masa ke sana, kampung kecil tak sampai 50 buah rumah, korban lembu mencecah 40 ekor. Majoriti datang dari negara kita.
'Something to ponder'.
Kredit: Acai Jawe
No comments:
Post a Comment