Saturday, July 6, 2019

MIISMAM 2019 melakar sejarah tersendiri


Kuala Lumpur - Penganjuran Majlis Ihtifal Ilmi Sekolah-Sekolah Menengah Agama Islam Malaysia (MIISMAM) peringkat Kebangsaan mempunyai kenangan manis setelah melalui tempoh setengah dekad.

Pada tahun ini, Wilayah Persekutuan menjadi tuan rumah dan Sekolah Menengah Agama Islam Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (SMA MAIWP) dipertanggungjawabkan menjadi tapak penganjuran yang bermula semalam.

Bagi merealisasikan kejayaan MIISMAM 2019, keselarasan urusetia dari segi keperluan, penginapan, prasarana, logistik dan keupayaan menampung kebanjiran peserta dan urusetia kontinjen amatlah diberi pertimbangan sewajarnya terutama apabila kedatangan para peserta berlaku serentak.

Kelancaran pertandingan, kebajikan dan pergerakan para peserta, juri serta urusetia amat dititikberatkan bagi mengelak terbantut kelancaran acara-acara yang dijadualkan berjalan serentak secara ‘medley’ sepanjang hari sehingga ke malamnya.

Mengimbau semula penganjuran dan penyertaan dalam MIISMAM, ia terbuka kepada pelajar-pelajar Sekolah Menengah Agama Rakyat (SMAR), Sekolah Menengah Agama Negeri (SMAN) dan Sekolah Menengah  Agama Bantuan Kerajaan (SMABK).

Penganjuran diselaraskan oleh JAKIM dan didokong sepenuhnya oleh Majlis Agama Islam Negeri (MAIN)/Jabatan Agama Islam Negeri (JAIN). Ini bermakna JAKIM akan memayungi MIISMAM manakala MAIN/JAIN rakan strategik merealisasikan kejayaan penganjuran.

Hasil kesepakatan JAKIM dan MAIN/JAIN dalam penganjuran ini dapat dilihat kejayaannya dari tahun ke setahun dan ia pula terus diperkasa dan dimantapkan.

 Berikut adalah maklumat penganjuran MIISMAM sejak 2014 sehingga 2019:
   


Tahun



Negeri
Penganjur



Urusetia Tempat
Pertandingan


Acara
Dipertandingkan


Tarikh




Penyertaan Dan Kali Ke


Juara
Keseluruhan


2019

Wilayah Persekutuan

Sekolah Menengah Agama Islam Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan


11 Acara melibatkan  19 kategori:
8 Lelaki
8 Perempuan
3 Campuran


5-7
Julai
2019



Kali ke-6



Selangor

2018


Negeri Sembilan

Maahad Ahmadi 
Negeri Sembilan 
Dan
Institut Tahfiz Al-Quran Negeri Sembilan (Itqan)

11 Acara melibatkan 19 kategori:
8 Lelaki
8 Perempuan
3 Campuran


27-29
Julai
2018



800 Peserta

Kali ke-5



Selangor

2017

Pulau Pinang

Sekolah Menengah Agama Maahad 
Al-Mashoor Al-Islami, Balik Pulau


10 Acara melibatkan  17 kategori:
7 Lelaki
7 Perempuan
3 Campuran


4-6
Ogos
2017



600 Peserta

Kali ke-4



Kelantan

2016


Pahang

Sekolah Menengah Agama Al-Khairiah 
Dan
Sekolah Menengah Agama  Al-Wosto, Temerloh

9 Acara melibatkan 16 kategori:
7 Lelaki
7 Perempuan
2 Campuran


6-8
Ogos
2016



700 Peserta

Kali ke-3



Selangor

2015


Selangor

Sekolah Agama Menengah Tinggi Tengku Ampuan Jemaah, 
Shah Alam


9 acara melibatkan 16 kategori:
7 Lelaki
7 Perempuan
2 Campuran


7-9
Ogos
2015



Kali ke-2



Selangor

2014

Terengganu

Akademi Binaan Malaysia (Wilayah Timur) Jenagor, Hulu Terengganu


8 acara melibatkan 14 kategori:
6 Lelaki
6 Perempuan
2 Campuran


13-17
September
2014

560 peserta

Kali pertama



Kelantan


Sebanyak 11 acara yang dipertandingkan merangkumi acara-acara:

1.       Tilawah Al-Quran
2.       Hafazan Al-Quran
3.       Syarahan Bahasa Melayu
4.       Syarahan Bahasa Arab
5.       Syarahan Bahasa Inggeris
6.       Khat
7.       Nasyid
8.       Kitabatul Maqal
9.       Kuiz Dini
10.   Pembacaan Kitab Turath
11.   Bahas Ala Parlimen

Seorang rakan memberi pandangan resipi tentang suatu penganjuran yang berkesan, katanya:

“Dalam apa juga keadaan, kebajikan wajar diutamakan dan diberi perhatian; ibarat kuah dihirup dan daging diratah, dirasai bersama,” celotehnya.

Semoga penganjuran Majlis Ihtifal Ilmi Sekolah-Sekolah Menengah Agama Islam Malaysia (MIISMAM) peringkat Kebangsaan memperolehi rahmat Allah s.w.t. dan tempiasnya dirasai oleh mereka yang bersimpati dengannya.









No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Your Website Title
How to Share With Just Friends

How to share with just friends.

Posted by Facebook on Friday, December 5, 2014