Friday, July 5, 2019

MIISMAM ke-6 di sma maiwp


Kuala Lumpur - Sekolah Menengah Agama Islam Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (SMA MAIWP) menjadi tuan rumah Majlis Ihtifal Ilmi Sekolah-Sekolah Menengah Agama Islam Malaysia (MIISMAM) 2019 peringkat Kebangsaan kali ke-6 selama 3 hari bermula hari ini sehingga Ahad.

Sepanjang tempoh MIISMAM 2019 sebanyak 11 acara yang dipertandingkan; masing-masing 8 acara khusus untuk lelaki dan perempuan manakala 3 acara campuran melibatkan kategori  Kuiz Dini, Kitab Turath dan Bahas (Ala Parlimen).

Disamping itu acara yang turut dipertandingkan;

Tilawah A-Quran, Hafazan Al-Quran, Syarahan Bahasa Melayu, Syarahan Bahasa Arab, Syarahan Bahasa Inggeris, Khat, Nasyid dan Kitabatul Maqal. 

Pada hari Sabtu, 6 Julai 2019;  semua acara akan dipertandingkan sepanjang hari sehingga malam.  

Pada sebelah pagi  acara Nasyid Perempuan, Bahas (Ala Parlimen), Hafazan Al-Quran, Syarahan Bahasa Bahasa Melayu, Arab Dan Inggeris Kategori Lelaki,   Tilawah A-Quran Lelaki, Kitabatul Maqal Lelaki/Perempuan, Khat Lelaki/Perempuan, Kuiz Dini Dan Kitab Turath.


Pada sebelah petang melibatkan acara; Bahas (Ala Parlimen) peringkat separuh akhir, Hafazan Al-Quran, Syarahan Bahasa Melayu, Arab dan Inggeris kategori Perempuan dan Tilawah Al-Quran Perempuan.

Pada sebelah malamnya; Nasyid lelaki dan Bahas (Ala Parlimen) peringkat akhir.

Pada hari Ahad, 7 Julai 2019; majlis penutup MIISMAM 2019.

Suatu yang menarik pada penganjuran MIISMAM 2019 ini para peserta dikumpulkan pada bumbung yang sama di SMA MAIWP walaupun jumlah peserta ramai.  

SMA MAIWP mengalu-alukan kehadiran para peserta dari seluruh negara, dari Perlis sehinggalah ke Negeri Di Bawah Bayu dan Bumi Kenyalang, merentasi Laut China Selatan.
  
Nabi s.a.w. mendoakan kerahmatan kepada mereka yang bertakwa ketika berhimpun:

“Wahai manusia! Sesungguhnya Tuhanmu cuma satu, dan sungguh ayah kamu juga satu. Kamu semua berasal daripada Adam, sedangkan Adam daripada tanah. Sesungguhnya yang paling mulia antara kamu di sisi Allah adalah yang paling bertakwa. Tiada keutamaan orang Arab daripada orang bukan Arab melainkan yang bertakwa.”


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Your Website Title
How to Share With Just Friends

How to share with just friends.

Posted by Facebook on Friday, December 5, 2014