Sunday, July 7, 2019

SELANGOR ungguli Miismam 2019


Kuala Lumpur - Peserta Selangor telah menzahirkan kebolehan mereka melalui Majlis Ihtifal Ilmi Sekolah-Sekolah Menengah Agama Islam Malaysia (MIISMAM) 2019 peringkat Kebangsaan kali ke-6 setelah membawa pulang ‘tropi emas’,  6 daripada 19 kategori yang dipertandingkan di Sekolah Menengah Agama Islam Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (SMA MAIWP) di sini hari ini.

Pencapai anak Selangor ketika MIISMAM 2019 dapat dilihat melalui kemenangan menggondol ‘tropi emas’ melalui kategori Hafazan Al-Quran Perempuan, Syarahan Bahasa Melayu Perempuan,  Syarahan Bahasa Inggeris Lelaki dan Perempuan, Bahas (Ala Parlimen) dan Nasyid Lelaki.

Manakala tempat kedua dan ketiga diberikan kepada Wilayah Persekutuan dan Kelantan.

Ketika merebut gelaran naib juara MIISMAM 2019, kedua-dua pasukan; Wilayah Persekutuan dan Kelantan berkongsi sama banyak ‘tropi emas’, masing-masing membawa 3 ‘tropi emas’ namun Wilayah Persekutuan memiliki kelebihan pada ‘tropi perak’ berbanding Kelantan dengan kedudukan 3 nisbah 1.

Pada keseluruhannya; ‘tropi emasi’ dan 'tropi' lain yang dikutip oleh negeri-negeri dapat dilihat melalui jadual berikut:


Negeri
Tropi
Catatan
Emas
Perak
Gangsa







*Berkongsi kemenangan tempat ketiga antara Johor dan Pahang dalam acara Bahas (Ala Parlimen) dengan jumlah markah yang sama pada peringkat separuh akhir pertandingan.
Selangor
6
1
2
Wilayah  Persekutuan
3
3
1
Kelantan
3
1
4
Johor
2
2
2*
Pahang
2
1
1*
Kedah
1
4
3
Terengganu
1
1
3
Melaka
1
1
1
Negeri Sembilan

1
2
Perak

1
1
Pulau Pinang

1

Sarawak

1

Sabah

1

Perlis




JUMLAH

19

19

20


Suatu yang menarik dalam pencapaian para peserta adalah keupayaan mereka mengekalkan ‘energy’  yang konstruktif  untuk langkah-langkah kejayaan pada masa hadapan.

Pencapaian peserta yang mewakili negeri  masing-masing amat membanggakan, telah melakar kisahnya tersendiri dan ia pula dikongsi cerita menarik itu bersama Hajah Zaiton Abd Rahman, Ketua Jemaah Hakim MIISMAM 2019:

“Pencapaian para peserta pada MIISMAM 2019 amat memberangsangkan dan menampakkan kematangan hebat para peserta.

“Kita berharap, ‘energy’ yang mereka miliki terus dimampatkan  dan diberi induksi kepada peserta-peserta lain,” ulas beliau.

Kenangan manis MIISMAM 2019 akan diingati terutamanya oleh peserta dan mereka yang terlibat menjayakannya.


Urusetia bergambar kenang-kenangan bersama Danish Hakim

Peserta Khat Dini tekun menyiapkan persembahan mereka


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Your Website Title
How to Share With Just Friends

How to share with just friends.

Posted by Facebook on Friday, December 5, 2014