Sunday, July 28, 2019

Lelaki, wanita dapat hak sama dalam Islam



 Berita Harian27 Jul 2019
  
Zaman jahiliah menyaksikan penindasan terhadap wanita dilakukan secara terang-terangan, bahkan amalan menanam anak perempuan hidup-hidup dalam timbunan pasir dilakukan kerana kononnya takut malu dan akan menyebabkan kemiskinan.

Berita kelahiran anak perempuan diterima pada zaman jahiliah sebagai perkhabaran mendukacitakan seperti firman Allah SWT: “Dan apabila dikhabarkan kepada seseorang dari mereka bahawa dia beroleh anak perempuan, muramlah mukanya sepanjang hari (kerana menanggung dukacita), sedang ia menahan perasaan marahnya dalam hati. Dia bersembunyi daripada orang ramai kerana (berasa malu disebabkan) berita buruk yang disampaikan kepadanya (mengenai dia beroleh anak perempuan; sambil ia berfikir): Adakah dia akan memelihara anak itu dalam keadaan hina atau dia akan menanamnya hidup-hidup dalam tanah? Ketahuilah, sungguh jahat apa yang mereka hukumkan itu.” (Al-nahl: 58-59)


A058
A059


Menurut Imam al-Qurtubi, orang Arab membunuh anak perempuan mereka kerana perasaan benci dan marah. Malah, terlalu banyak penderitaan dilalui wanita pada zaman itu termasuk dinafikan hak pusaka, mas kahwin, terbabit dengan perkahwinan poligami yang tidak ditentukan bilangannya dan dijadikan barang cagaran dalam urusan pinjaman.

Bagaimanapun, selepas kedatangan Islam, barulah kedudukan dan kehidupan wanita menjadi lebih baik, adil serta tidak lagi terdedah kepada pelbagai bentuk penderaan dan diskriminasi. Bahkan, Islam meletakkan kedudukan wanita cukup istimewa kerana mereka berada dalam tiga kategori, iaitu ibu, isteri dan anak.

Al-quran turut menyebut individu, sama ada lelaki atau perempuan itu dari sudut perhambaan kepada Allah SWT dan hak kemanusiaannya adalah sama.

Ia menjelaskan keadilan dalam Islam yang tidak melihat kepada aspek yang sering mempengaruhi manusia seperti rupa paras, jantina, warna kulit mahupun keturunan seseorang itu.

Firman Allah SWT: “Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami menciptakan kamu daripada lelaki dan perempuan dan Kami menjadikan kamu pelbagai bangsa dan bersuku-puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang lebih takwanya di antara kamu (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam pengetahuannya (akan keadaan dan amalan kamu).” (Al-hujurat: 13)


A013


Bahkan, pada zaman Rasululullah SAW, tokoh wanita Islam disegani dan menjadi gedung ilmu pengetahuan kepada masyarakat seperti Saidatina Aishah RA, Asma’ Abu Bakar RA dan Asma’ Yazid RA yang dikenali kerana keilmuannya.

Bagaimanapun, ia tidak bermakna Islam memberikan kesamarataan mutlak kepada golongan wanita dengan lelaki seperti difahami Barat, sebaliknya bersifat melengkapi antara satu sama lain dan bertepatan dengan fitrah kejadian, sekali gus selari dengan kehendak syarak.




No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Your Website Title
How to Share With Just Friends

How to share with just friends.

Posted by Facebook on Friday, December 5, 2014