Pendahuluan
Buku kecil ini akan mengupas
mengenai hadis sahih yang membicarakan dan mengupas mengenai tujuh golongan
manusia mulia yang diberikan naungan oleh Allah s.w.t.. Rasulullah s.a.w. bersabda:
“Daripada Abi Hurairah r.a. bahwa Rasulullah s.a.w. bersabda: Ada tujuh golongan yang akan
mendapat perlindungan Allah pada hari yang tiada perlindungan kecuali
perlindunganNya:
1. Imam (pemimpin) yang adil.
2. Pemuda yang membesar dalam
ketaatan dan dalam keadaan beribadat kepada Allah sejak kecil.
3. Lelaki yang
terpaut hatinya dengan masjid.
4. Dua orang lelaki yang saling kasih-mengasihi
hanya kerana Allah, bertemu dan berpisah hanya keranaNya,
5. Lelaki yang diajak
oleh wanita yang mempunyai kedudukan dan cantik, lalu ia berkata: “Aku takut
kepada Allah”.
6. Orang yang bersedekah secara sembunyi sehingga tidak
mengetahui tangan kirinya apa yang diberi oleh tangan kanannya.
7. Orang yang
bermunajat kepada Allah sambil menggelinangkan airmatanya.” [Hadis Sahih
Riwayat Bukhari dan Muslim]
Allah mengumpulkan seluruh
makhluk pada hari kiamat dari makhluk yang pertama sehingga makhluk yang
terakhir:
"..Supaya dia memberi balasan kepada orang-orang yang berbuat
jahat terhadap apa yang Telah mereka kerjakan dan memberi balasan kepada
orang-orang yang berbuat baik dengan pahala yang lebih baik (syurga)".
Pada hari yang agung tersebut
matahari didekatkan dengan mahkluk sehingga jaraknya menjadi satu mil, maka
setiap manusia akan tenggelam dalam keringat mereka sesuai dengan tingkatan
amal mereka masing-masing. Di antara mereka ada yang peluhnya sampai kedua mata
kaki mereka, dan di antara mereka ada yang peluhnya sampai kepada kedua lutut
mereka, di antara mereka ada yang peluhnya meliputi kedua pinggang mereka
bahkan ada orang yang tengelam dalam peluh mereka sendiri.
Dari Abi Hurairah r.a bahawa
Nabi s.a.w. bersabda: “Manusia akan
berkeringat pada hari kiamat sehingga kedalaman keringat mereka pada bumi
mencapai tujuh puluh hasta dan menenggelamkan mereka sehingga sampai pada
telinga mereka".
No comments:
Post a Comment