Monday, June 5, 2017

NASIHAT Aktham bin Saifi


Aktham bin Saifi adalah ketua Bani Tamim. Beliau seorang yang pintar berpidato dan tahu tentang nama-nama keturunannya. Kata-katanya dipatuhi. Kaumnya sentiasa mengingati wasiatnya terhadap anak-anak mereka.

Mari kita lihat nasihat beliau untuk diperhatikan dan dijadikan panduan, jika ia berkaitan:

"Anak-anakku! 

Berbuat baiklah kerana kebaikan itu akan memberi kebahagian.

Peliharalah lidahmu kerana ramai orang yang binasa dan mati akibat kelancangan lidah.

Kebenaran itu adalah penyelamat.

Orang yang suka berangan-angan tidak akan berjaya.

Kalau kamu ingin mencapai darjat mulia jadilah seorang yang bertanggungjawab

Sederhana dalam usaha akan menjamin kejayaan.

Sesiapa yang berputus asa kerana kehilangan sesuatu akan membinasakan diri. 

Sesiapa yang berpada dengan segala yang ada, jiwanya akan sentiasa tenang. 

Menyesal dahulu pendapatan, menyesal kemudian tiada gunanya.

Berhati-hati sebelum bertindak.

Kecelakaan bagi orang yang keliru dalam pekerjaannya dan kecelakaan bagi orang yang bodoh.

Membazir ketika senang adalah satu perbuatan yang bodoh.

Lemah menghadapi satu-satu dugaan adalah suatu yang dicela.

Janganlah terlalu cepat marah kerana banyak ruginya.

Jangan menjawab sesuatu yang tidak ditanya kepadamu.

Jangan banyak ketawa.

Berbaik-baiklah sesama jiran. Janganlah bermusuhan.

Sesungguhnya kekuatan itu milik orang yang bersatu.

 Peliharalah wanita-wanita yang baik.

Hiburan yang mengasyikkan ialah perempuan yang mempersona. Jauhilah mereka.

Daya yang tidak dapat diperdaya ialah sabar.

Andainya engkau berjiwa hidup engkau akan dapat melihat sesuatù yang tidak dapat dilihat.

Orang yang melampau bagai orang yang berbicara pada waktu malam. Sesiapa yang melampau akan kecewa. 

Jangan berbicara yang sulit dengan hamba."


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Your Website Title
How to Share With Just Friends

How to share with just friends.

Posted by Facebook on Friday, December 5, 2014