Tuesday, May 16, 2017

Tujuh Golongan Manusia Mulia, Naungan 'Arasy Allah



Pendahuluan

Buku kecil ini akan mengupas mengenai hadis sahih yang membicarakan dan mengupas mengenai tujuh golongan manusia mulia yang diberikan naungan oleh Allah s.w.t.. Rasulullah s.a.w. bersabda:

“Daripada Abi Hurairah r.a. bahwa Rasulullah s.a.w. bersabda:  Ada tujuh golongan yang akan mendapat perlindungan Allah pada hari yang tiada perlindungan kecuali perlindunganNya: 

1. Imam (pemimpin) yang adil. 

2. Pemuda yang membesar dalam ketaatan dan dalam keadaan beribadat kepada Allah sejak kecil. 

3. Lelaki yang terpaut hatinya dengan masjid. 

4. Dua orang lelaki yang saling kasih-mengasihi hanya kerana Allah, bertemu dan berpisah hanya keranaNya, 

5. Lelaki yang diajak oleh wanita yang mempunyai kedudukan dan cantik, lalu ia berkata: “Aku takut kepada Allah”. 

6. Orang yang bersedekah secara sembunyi sehingga tidak mengetahui tangan kirinya apa yang diberi oleh tangan kanannya. 

7. Orang yang bermunajat kepada Allah sambil menggelinangkan airmatanya.” [Hadis Sahih Riwayat Bukhari dan Muslim]

Allah mengumpulkan seluruh makhluk pada hari kiamat dari makhluk yang pertama sehingga makhluk yang terakhir:

"..Supaya dia memberi balasan kepada orang-orang yang berbuat jahat terhadap apa yang Telah mereka kerjakan dan memberi balasan kepada orang-orang yang berbuat baik dengan pahala yang lebih baik (syurga)".

Pada hari yang agung tersebut matahari didekatkan dengan mahkluk sehingga jaraknya menjadi satu mil, maka setiap manusia akan tenggelam dalam keringat mereka sesuai dengan tingkatan amal mereka masing-masing. Di antara mereka ada yang peluhnya sampai kedua mata kaki mereka, dan di antara mereka ada yang peluhnya sampai kepada kedua lutut mereka, di antara mereka ada yang peluhnya meliputi kedua pinggang mereka bahkan ada orang yang tengelam dalam peluh mereka sendiri.

Dari Abi Hurairah r.a bahawa Nabi s.a.w. bersabda: “Manusia akan berkeringat pada hari kiamat sehingga kedalaman keringat mereka pada bumi mencapai tujuh puluh hasta dan menenggelamkan mereka sehingga sampai pada telinga mereka".


Thursday, May 11, 2017

ZAID al-Khail


Zaid al-Khail adalah penunggang kuda yang cekap Bani Ta'i. Dia juga seorang penyair bijak, handal. Orangnya tampan, tinggi lampai dan kelihatan kehebatannya daripada perwatakannya.

Zaid berkulit gelap dan berhidung pesek. Namun takdir telah menentukan suatu kemuliaan bagi diri dan kabilahnya.

Semua orang mengagumi kehebatanya, bahkan lebih hebat daripada panglima-panglima Bani Asad dan Zubyan.

Kehebatannya dapat dilihat ketika dia berjaya menunggang kuda yang besar namun kakinya masih dapat menjejaki tanah bagaikan dia hanya menunggang keldai.

Zaid mendapat gelaran Zaid al-Khail kerana dia memiliki lima ekor kuda yang berlari kencang. Kelebihan kuda-kudanya sehingga tapak ladam kudanya ketika berlari kencang akan kelihatan memercikan api apabila bergesel dengan batu-batu di atas pemukaan tanah.

Benarlah firman Allah s.w.t. dalam surah Al-'Adiyat ayat 1-5:


A001
A002
A003
A004
A005


"Demi Kuda Perang yang tangkas berlari dengan kedengaran kencang nafasnya,
"Serta mencetuskan api dari telapak kakinya,
"Dan meluru menyerbu musuh pada waktu subuh,
"Sehingga menghamburkan debu pada waktu itu,
"Lalu menggempur ketika itu di tengah-tengah kumpulan musuh."


Suatu ketika Zaid dicabar untuk beradu tenaga menggunakan senjata. Beliau pula pantang menolak cabaran yang diajukan kepadanya. Diterimanya dengan tenang pencabar-pencabarnya itu..

Seorang lelaki, Mizyad daripada Bani Asad mencabar Zaid.

Mizyad 'berhati besar'. Cabaranya terjawab dengan sekali ayunan padu daripada Zaid menjadikan Mizyad tertiarap, langsung tidak bangun.

Malang! Petaka yang menimpanya. Akhirnya lelaki itu tersungkur tanpa menyentuh badan Zaid. Hanya satu pukul membawa maut kepadanya.

Demikian pula Jabir daripada Bani Ghatfan menemui ajalnya ditangan Zaid.

Jabir mencabar Zaid beradu senja. Zaid pula menyahut cabarannya. Isteri Jabir, Nuwairiah yang ada di sisinya tidak senang dengan cabaran suaminya, namun beliau tetap membiarkannya. Kedua-duanya bertemu. Saling bertikaman. Masing-masing memakai baju besi. Jabir menikam Zaid dengan lembing. Tikaman itu dapat dielak oleh Zaid. Zaid pula menikam Jabir dengan lembingnya yang mempunyi gigi yang tajam dibuat daripada besi. Tikaman itu berjaya menembusi belakang Jabir hingga ke perut. Isterinya meluru ke arah Jabir dan memangkunya.

"Abang mencabar Zaid. Kini Zaid menyahut cabaran abang," rintih isteri Jabir.



LIHAT JUGA TAFSIRWEB.COM:








Tuesday, May 2, 2017

NENEK disanding dengan Nabi Musa a.s. di syurga; Maryam binti Tamus


Diriwayatkan dari Abu Musa Al-Asy'ari, dia berkata: "Seorang Arab Badui datang menemui Rasulullah s.a.w.." 

Nabi s.a.w. pun memuliakannya.

Orang Arab Badui itu berkata kepada Nabi s.a.w.: "Sambutlah kedatanganku." 

Maka Nabi s.a.w. pun menyambutnya dengan hangat.

Kemudian Rasulullah s.a.w. berkata: "Katakanlah apa permintaanmu." 


Arab Badui itu menjawab: "Aku mahu seekor unta yang dapat aku naiki dan seekor kambing yang susunya dapat diperah oleh keluargaku."

Rasulullah s.a.w. berkata: "Hendaklah ketuaanmu menyamai wanita tua dari Bani Israil?"

Para sahabat berkata: "Wahai Rasulullah, apa yang telah dilakukan oleh wanita tua dari Bani Israil?"

Rasulullah s.a.w. menjawab: "Ketika Nabi Musa a.s. bersama Bani Israil keluar dari negeri Mesir, mereka tersesat dijalan. Lalu Nabi Musa a.s. bertanya: "Apa ini?"

Pemimpin Bani Israil menjawab: "Dulu, ketika Nabi Yusuf menghadapi sakaratul maut, beliau mewasiatkan kepada kami agar kami tidak keluar dari Mesir kecuali kami memindahkan jasadnya."

Nabi Musa a.s. berkata: "Siapa yang mengetahui kuburnya?" 

Pemimpin Bani Israil menjawab: "Seorang nenek dari Bani Israil."

Kemudian Nabi Musa a.s. mengutus seseorang agar mendatangkan nenek itu. Maka nenek itu pun datang.

Nabi Musa a.s. berkata: "Tunjukkanlah kepadaku di mana kuburan Nabi Yusuf."

Nenek itu menjawab: "Aku akan menunjukkan kalau kamu mengabulkan permintaanku."

Nabi Musa a.s. berkata: "Apa permintaanmu?"

Nenek itu berkata: "Aku akan bersamamu di dalam syurga."

Nabi Musa a.s. berat sekali  mengabulkan permintaan nenek itu. Namun, Allah s.w.t. memberikan wahyu kepada Nabi Musa a.s. agar mengabulkan permintaannya. Kemudian nenek itu bersama Nabi Musa a.s. dan Bani Israil  berjalan menuju sebuah telaga. Setelah sampai, nenek itu berkata: "Keringkanlah air telaga ini."

Maka Bani Israil pun melakukannya sehingga telaga itu kering.

Nenek itu berkata: "Galilah tanah itu dan keluarkanlah jasad Nabi Yusuf."

Ketika Nabi Musa a.s. dan Bani Israil mengeluarkan dan memindahkan jasad Nabi Yusuf a.s.,  tiba-tiba, ditemukan  sebuah jalan yang sangat terang seperti terangnya siang hari. 


(Hadith diriwayatkan oleh Abu Ya'la, Ibnu Hayyan. Hadith ini sahih menurut Al-Hakim)




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Your Website Title
How to Share With Just Friends

How to share with just friends.

Posted by Facebook on Friday, December 5, 2014