Thursday, May 11, 2017

ZAID al-Khail


Zaid al-Khail adalah penunggang kuda yang cekap Bani Ta'i. Dia juga seorang penyair bijak, handal. Orangnya tampan, tinggi lampai dan kelihatan kehebatannya daripada perwatakannya.

Zaid berkulit gelap dan berhidung pesek. Namun takdir telah menentukan suatu kemuliaan bagi diri dan kabilahnya.

Semua orang mengagumi kehebatanya, bahkan lebih hebat daripada panglima-panglima Bani Asad dan Zubyan.

Kehebatannya dapat dilihat ketika dia berjaya menunggang kuda yang besar namun kakinya masih dapat menjejaki tanah bagaikan dia hanya menunggang keldai.

Zaid mendapat gelaran Zaid al-Khail kerana dia memiliki lima ekor kuda yang berlari kencang. Kelebihan kuda-kudanya sehingga tapak ladam kudanya ketika berlari kencang akan kelihatan memercikan api apabila bergesel dengan batu-batu di atas pemukaan tanah.

Benarlah firman Allah s.w.t. dalam surah Al-'Adiyat ayat 1-5:


A001
A002
A003
A004
A005


"Demi Kuda Perang yang tangkas berlari dengan kedengaran kencang nafasnya,
"Serta mencetuskan api dari telapak kakinya,
"Dan meluru menyerbu musuh pada waktu subuh,
"Sehingga menghamburkan debu pada waktu itu,
"Lalu menggempur ketika itu di tengah-tengah kumpulan musuh."


Suatu ketika Zaid dicabar untuk beradu tenaga menggunakan senjata. Beliau pula pantang menolak cabaran yang diajukan kepadanya. Diterimanya dengan tenang pencabar-pencabarnya itu..

Seorang lelaki, Mizyad daripada Bani Asad mencabar Zaid.

Mizyad 'berhati besar'. Cabaranya terjawab dengan sekali ayunan padu daripada Zaid menjadikan Mizyad tertiarap, langsung tidak bangun.

Malang! Petaka yang menimpanya. Akhirnya lelaki itu tersungkur tanpa menyentuh badan Zaid. Hanya satu pukul membawa maut kepadanya.

Demikian pula Jabir daripada Bani Ghatfan menemui ajalnya ditangan Zaid.

Jabir mencabar Zaid beradu senja. Zaid pula menyahut cabarannya. Isteri Jabir, Nuwairiah yang ada di sisinya tidak senang dengan cabaran suaminya, namun beliau tetap membiarkannya. Kedua-duanya bertemu. Saling bertikaman. Masing-masing memakai baju besi. Jabir menikam Zaid dengan lembing. Tikaman itu dapat dielak oleh Zaid. Zaid pula menikam Jabir dengan lembingnya yang mempunyi gigi yang tajam dibuat daripada besi. Tikaman itu berjaya menembusi belakang Jabir hingga ke perut. Isterinya meluru ke arah Jabir dan memangkunya.

"Abang mencabar Zaid. Kini Zaid menyahut cabaran abang," rintih isteri Jabir.



LIHAT JUGA TAFSIRWEB.COM:








No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Your Website Title