MODUL BERSEPADU KURSUS PRAPERKAHWINAN ISLAM VERSI 4
TAJUK 1: TASAWWUR ISLAM
1 ½ JAM
1 ½ JAM
1. SINOPSIS
Tajuk ini
memberi pendedahan berkaitan Islam secara keseluruhan. Islam merupakan agama yang syumul
dimana ia meliputi semua aspek kehidupan. Tajuk ini menjelaskan tentang konsep
ad-din, aqidah, syariah dan akhlak. Selain itu, tajuk ini turut menekankan
kepentingan Islam, iman dan ihsan dalam kehidupan berumahtangga.
2. OBJEKTIF
i. Menerangkan konsep
ad-din yang merangkumi Islam, iman dan ihsan.
ii. Menjelaskan aqidah,
perkara-perkara yang membatalkan aqidah dan kesan
terbatalnya aqidah.
terbatalnya aqidah.
iii. Menerangkan ajaran
yang bertentangan dengan fahaman Ahli Sunnah wal Jamaah.
iv. Menjelaskan aqidah,
syariah, akhlak dan kepentingannya dalam kehidupan
berumahtangga.
berumahtangga.
3. HASIL
PEMBELAJARAN
Setelah
mengikuti tajuk ini, peserta akan dapat:
i. Memahami konsep ad-din dan ajaran yang
bertentangan dengan fahaman Ahli Sunnah wal Jamaah.
ii. Memahami aqidah,
syariah, akhlak dan kepentingannya dalam kehidupan berumah tangga.
4. KANDUNGAN
Tajuk ini mengandungi enam tajuk utama seperti berikut:
4.1 Tasawwur Islam
4.2 Konsep ad-din
4.2.1 Islam
4.2.2 Iman
4.2.3 Ihsan
4.3 Aqidah
4.3.1 Perkara-perkara yang membatalkan aqidah
4.3.2 Kesan terbatalnya aqidah
4.3.3 Ajaran yang bertentangan dengan fahaman Ahli Sunnah wal Jamaah
4.4 Syariah
4.4.1 Ibadah
4.4.2
Muamalat
4.4.3
Munakahat
4.4.4
Jinayat
4.5 Akhlak
4.5.1 Sifat-sifat mazmumah
4.5.2 Sifat-sifat
mahmudah
4.6 Cara penghayatan Islam,
iman dan ihsan dalam kehidupan berumah tangga
1. PENGENALAN
TASAWWUR
ISLAM
- Muqaddimah
2. KANDUNGAN
2.1 Tasawwur Islam
2.2 Konsep ad-din
2.2.1 Islam
2.2.2 Iman
2.2.3 Ihsan
2.3 Aqidah
2.3.1 Perkara-perkara yang membatalkan aqidah
2.3.2 Kesan terbatalnya aqidah
2.3.3 Ajaran yang bertentangan dengan fahaman Ahli Sunnah wal Jamaah
2.4 Syariah
2.4.1 Ibadah
2.4.2 Muamalat
2.4.3 Munakahat
2.4.4 Jenayat
2.5 Akhlak
2.5.1 Sifat-sifat mazmumah
2.5.2 Sifat-sifat mahmudah
2.6 Cara penghayatan Islam,
iman dan ihsan dalam kehidupan berumahtangga
3. TASAWWUR ISLAM
Definisi Tasawwur
Tasawwur
bermaksud suatu gambaran atau tanggapan akal atau pemikiran seseorang terhadap
sesuatu perkara. Perkataan ini berasal dari kalimah Arab yang memberi beberapa
maksud:
i) Suatu tanggapan
terhadap rupa sesuatu yang dapat dikhayalkan.
ii) Cuba memberi gambaran
terhadap sesuatu.
iii) Memberi gambaran yang
sebenar terhadap sesuatu.
Definisi Tasawwur Islam
Tasawwur
Islam ialah gambaran bentuk Islam hakiki dengan menjelaskan prinsip-prinsip
asas Islam secara keseluruhan dan seterusnya menggambarkan agama Islam sebagai
agama yang bersifat fleksibel dan global.
Ini sesuai
dengan fitrah Islam yang menyediakan segala keperluan yang diperlukan oleh
manusia. Islam memberi panduan berkenaan adab-adab makan, minum, tidur, mandi
meliputi hal-hal yang lebih global seperti sistem dalam ekonomi, politik,
sosial dan pendidikan. Islam juga memberi panduan untuk memelihara jasad dan
roh manusia serta kaitan di antara hubungan manusia dengan Allah s.w.t., hubungan
manusia dengan manusia dan hubungan manusia dengan makhluk yang lain.
Tasawwur
amat penting dalam kehidupan manusia kerana sikap dan tindakan adalah lahir
dari tasawwurnya terhadap kehidupan ini. Tasawwur yang betul akan melahirkan
tindakan yang betul. Begitu juga jika sebaliknya. Perbezaan tasawwur adalah
berpunca daripada banyak aspek antaranya ialah latarbelakang pendidikan yang
mempengaruhi penguasaan ilmu seseorang terhadap Islam.
4 KONSEP AD-DIN
Islam adalah
agama yang benar dan diredhai oleh Allah s.w.t.. Ia adalah suatu cara hidup yang
wajib dilaksanakan dalam kehidupan setiap mukmin. Cara hidup mukmin yang
diterima Allah mestilah berteraskan kepada asas aqidah Islam. Aqidah Mukmin
memerlukan kesepaduan antara iman, Islam dan ihsan untuk mencapai kejayaan
hidup di dunia dan di akhirat. Ajaran Islam hendaklah dihayati secara
menyeluruh seperti mana ia diturunkan sama ada dalam bentuk aqidah atau syariat
yang bersumberkan al Quran dan as-Sunnah.
Islam
diertikan sebagai ad-Din kerana:
i) Islam merupakan agama
yang terakhir diturunkan kepada Nabi Muhammad s.a.w. dan merupakan agama yang
lengkap dan sesuai untuk semua lapisan masyarakat dan semua zaman. Firman Allah s.w.t. dalam surah al-Ma‟idah ayat 3:

“Pada hari
ini, Aku telah sempurnakan bagi kamu agama kamu dan Aku telah cukupkan
nikmat-Ku kepada kamu dan Aku telah redhakan Islam itu menjadi agama untuk
kamu.”
ii) Islam adalah
satu-satunya agama yang diakui benar dan diterima oleh Allah s.w.t. sebagaimana
firman Allah dalam surah ali „Imran ayat 19:
“Sesungguhnya agama (yang benar dan diredhai) di sisi Allah ialah
Islam.”
iii) Ajaran Islam
merangkumi semua aspek kehidupan manusia yang meliputi aqidah, syariah dan
akhlak. Ia memberi petunjuk dan panduan kepada manusia untuk menjalani
kehidupan di dunia menuju ke arah keredhaan Allah s.w.t..
5 ISLAM
Maksud
Islam, iman dan ihsan telah dijelaskan melalui sebuah hadith yang diriwayatkan
oleh Iman Muslim daripada Saidina Umar al-Khattab r.a..
Maksudnya:
“Daripada Umar Ibn al-Khattab r.a. berkata: “Ketika kami sedang duduk di sisi
Rasulullah s.a.w. pada suatu hari, tiba-tiba mucul di hadapan kami seorang lelaki
yang berpakaian sangat putih, berambut sangat hitam, yang tidak ternampak pada
dirinya kesan-kesan bahawa dia seorang musafir dan tiada seorangpun dikalangan
kami yang mengenalinya. Lalu dia duduk menghampiri Nabi s.a.w., lalu disandarkan
kedua-dua lututnya ke lutut Baginda serta diletakkan kedua tapak tangannya ke
atas kedua paha Rasulullah s.a.w., seraya berkata:
“Wahai
Muhammad, khabarkan kepadaku tentang Islam?”
Lalu Rasulullah s.a.w. bersabda: “Islam itu adalah bahawa engkau bersaksi
bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan bahawa Muhammad itu utusan Allah, (dan
bahawa) engkau mendirikan solat, mengeluarkan zakat, berpuasa di bulan Ramadhan
dan menunaikan haji ke Baitullah (Mekah) sekiranya engkau mampu
mengerjakannya”. Lelaki tersebut berkata; “Benarlah engkau”.
Maka kami
merasa hairan kepadanya, dia yang bertanya dan dia pula yang
membenarkannya.
membenarkannya.
Lelaki itu
bertanya lagi: “Khabarkanlah kepada ku tentang Iman?” Baginda bersabda: “(Iman
itu adalah) bahawa engkau beriman kepada Allah, para malaikat-Nya,
Kitab-Kitab-Nya, para RasulNya, Hari Akhirat dan bahawa engkau beriman kepada
taqdir Allah yang baiknya atau yang buruknya.
Lelaki itu berkata: “Benarlah engkau”.
Lelaki itu
bertanya lagi: “Khabarkanlah kepadaku tentang Ehsan?” Baginda bersabda: “(Ehsan adalah) bahawa
engkau menyembah Allah seolah-olah engkau melihat-Nya. Sekiranya engkau tidak
dapat melihat-Nya, maka sesungguhnya Allah sentiasa melihatmu.
Lelaki itu
bertanya lagi: “Khabarkanlah kepadaku tentang hari kiamat?” Baginda bersabda:
“Tiadalah orang yang ditanya itu lebih mengetahui daripada orang yang
bertanya.
Lelaki itu
bertanya lagi: “Khabarkanlah kepadaku tentang tandatandanya?” Baginda bersabda: “(Antara tanda-tandanya
adalah) Apabila seorang hamba perempuan melahirkan tuannya dan apabila engkau melihat
orang yang berkaki ayam, tidak berpakaian, miskin dan menjadi pengembala
kambing (berbangga) membina bangunan yang tinggi-tinggi (iaitu bertukar menjadi
kaya-raya).”
Kemudian
lelaki itu beredar keluar (daripada majlis tersebut), lalu aku terdiam
sebentar. Kemudian Baginda bertanya: “Wahai Umar, adakah engkau tahu siapakah
lelaki yang bertanya itu?”. Aku (Umar r.a.) berkata: “Allah dan Rasul-Nya jua
yang lebih mengetahui”.
Baginda
bersabda: Sesungguhnya dia adalah Malaikat Jibril yang datang kepada kamu untuk
mengajar kamu tentang agama kamu.” (Hadith riwayat Muslim, No. 8)
Islam
Islam ialah
tunduk dan patuh kepada perintah Allah s.w.t. serta menunaikan segala ajaran yang
dibawa oleh Nabi Muhammad s.a.w.. Rukun Islam terdiri daripada lima perkara iaitu:
i.
Mengucap dua kalimah syahadah
ii.
Menunaikan solat fardhu lima waktu
iii.
Berpuasa pada bulan Ramadhan
iv.
Mengeluarkan zakat
v.
Menunaikan haji
6 IMAN
Iman ialah
membenarkan dengan hati, berikrar dengan lisan dan beramal dengan ajaran yang
dibawa oleh Nabi Muhammad s.a.w.. Orang Islam mestilah mempercayai enam rukun iman
iaitu:
i. Percaya kepada Allah s.w.t.
ii. Percaya kepada malaikat
iii. Percaya kepada kitab
iv. Percaya kepada rasul
v. Percaya kepada hari kiamat
vi. Percaya kepada qada‟ dan qadar
7 IHSAN
Ihsan ialah
melakukan ibadah dengan khusyuk, ikhlas dan yakin bahawa Allah s.w.t. sentiasa
mengawasi segala perbuatan yang dilakukan.
Dalam
berakhlak, manusia hendaklah berpaksikan konsep ihsan iaitu:
• Menyembah Allah s.w.t. seolah-olah melihat-Nya. Jika tidak dapat melihat-Nya, maka sesungguhnya Allah s.w.t. melihat kita.
• Mengabdikan diri
kepada-Nya dengan beribadat menurut cara yang paling baik pada zahir dan batin.
• Ihsan dalam ibadah
adalah antara martabat yang paling mulia dan tertinggi.
• Ibadat perlu dibina
atas dua dasar yang penting:
– Cinta
kepada Allah s.w.t. iaitu merasa tawaduk dan tunduk di hadapan Allah s.w.t. agar
timbul perasaan meminta dan mengharap hanya kepada Allah s.w.t. sahaja.
– Taqwa,
takut dan merasa kerdil apabila berhadapan dengan kebesaran dan kasih sayang
Allah s.w.t..
• Uniknya ihsan dalam
Islam ialah manfaat ihsan itu akan kembali kepada tuannya.
Al-Quran
menerangkan dengan meluas tentang ciri-ciri ihsan dan mereka yang bersifat
muhsinin berbuat demikian sebagaimana firman Allah s.w.t. dalam surah al-Isra‟ ayat
7:

“Jika kamu berbuat kebaikan, (maka faedah) kebaikan yang kamu lakukan adalah
untuk diri kamu dan jika kamu berbuat kejahatan, maka (kesannya yang buruk)
berbalik kepada diri kamu juga.”
Melakukan
kebaikan dan menggalakkan amar makruf dan menjauhkan kejahatan nahi mungkar
berkait rapat dengan nilai akhlak atau budi pekerti seseorang individu Muslim.
Allah SWT berfirman dalam surah ali „Imran ayat 104:
“Dan hendaklah ada di antara kamu satu puak yang menyeru (berdakwah) kepada
kebajikan (mengembangkan Islam) dan menyuruh berbuat segala perkara yang baik,
serta melarang daripada segala yang salah (buruk dan keji) dan mereka yang
bersifat demikian ialah orang yang berjaya.”
Keluarga
yang hidup dengan berpaksikan konsep ihsan akan mendapat kebahagian hidup yang
berpanjangan hingga ke akhir hayat.
8 AQIDAH
Definisi Aqidah
Dari segi
bahasa bermaksud ikatan atau simpulan.
Dari segi
istilah bermaksud setiap kepercayaan dan tingkah laku yang diperlihatkan oleh
individu Muslim melalui ucapan serta membenarkan dengan hati lalu ditunjukkan
dengan perbuatan yang berlandaskan kepada al-Quran dan al-Hadith.
Aqidah Islam ialah keimanan
(kepercayaan dan keyakinan) terhadap Allah s.w.t., beriman dengan adanya malaikat,
kitab-kitab, para rasul, hari akhirat dan takdir Allah SWT sama ada baik atau
buruk. Keimanan memerlukan kepercayaan dengan hati, pengucapan dengan perkataan
dan disertai dengan perbuatan atau amalan.
Keimanan kepada
Allah s.w.t. meliputi beriman dengan kewujudan-Nya, sifat-Nya, taat kepada
perintah-Nya dan menjauhi larangan-Nya.
Kewujudan
Allah s.w.t. dapat dibuktikan melalui dalil aqli dan naqli. Dari perspektif aqli
setiap perkara yang wujud di alam ini menjadi bukti kepada kewujudan
pencipta-Nya, manakala dalil naqli antaranya firman Allah SWT dalam surah
al-Ikhlas ayat 1-4:
Maksudnya:
“Katakanlah (wahai Muhammad): (Tuhanku) ialah Allah Yang Maha Esa. Allah Yang
menjadi tumpuan sekalian makhluk untuk memohon sebarang hajat. Dia tiada
beranak dan Dia pula tidak diperanakkan. Dan tidak ada sesiapa pun yang serupa
denganNya.”
9 PERKARA YANG MEMBATALKAN AQIDAH
Aqidah boleh
terbatal dengan tiga cara iaitu melalui iktikad, perbuatan dan perkataan.
Contoh:
- Mempersendakan dan mengingkari dan hukum Allah s.w.t..
- Mengingkari kerasulan
Nabi Muhammad s.a.w..
- Mempercayai ada kuasa
selain daripada Allah s.w.t. yang boleh memberikan kesan
- Menolak al-Quran dan
al-Hadith.
10 KESAN TERBATALNYA
AQIDAH
Kesan
terbatalnya aqidah adalah hilang hak sebagai orang Islam antaranya:
- Terbatal
ikatan perkahwinan
- Hilang
hak perwalian
- Hilang
hak pewarisan harta pusaka
- Hilang
hak penjagaan anak
- Hilang
hak mendapatkan nafkah
11 AJARAN YANG
BERTENTANGAN DENGAN FAHAMAN AHLI SUNNAH WAL
JAMAAH
JAMAAH
Definisi:
Sebarang ajaran atau amalan yang dibawa oleh orang Islam atau orang yang bukan
Islam yang didakwanya ajaran Islam atau didakwa tidak berlawanan dengan
dasar-dasar ajaran Islam tetapi sebenarnya ajaran atau amalan tersebut adalah
berlawanan dengan aqidah dan Syariah Islam berdasarkan al-Quran dan as-Sunnah.
Ahli Sunnah wal Jamaah:
Kalimah
Ahli Sunnah wal Jamaah terdiri daripada kalimahkalimah ahli sunnah dan jamaah
yang membawa erti mereka yang mengikuti pegangan nabi ataupun jalan hidup Nabi s.a.w. dan jamaah para sahabat terutama sekali para khulafa‟ ar-Rasyidin yang
dididik oleh Baginda s.a.w.. Konsep Ahli
Sunnah wal Jamaah itu adalah suatu pegangan yang pengistilahannya walaupun
timbul kemudian tetapi ia adalah berakar umbi dari Rasulullah s.a.w. sendiri.
Ajaran Ahli
Sunnah wal Jamaah meliputi ajaran-ajaran Islam mengenai aqidah, syariah dan
akhlak yang dibawa sejak Nabi Muhammad SAW, para sahabat yang telah disusun
secara bersistem oleh ulama kemudian dan dipertahankan di dalam ajaran itu oleh
dua tokoh iaitu Syeikh Abu Hassan al-Asyaari (260-324H) dan Imam Abu Mansur
al-Maturidi (W333H). Kemudiannya disebarkan oleh ulama terkemudian seperti Imam
Abu Bakar al-Qaffal (W411H), Imam Hafiz al-Baihaqi (W455H), Imam alHaramain
al-Juwain (W460H), Imam al-Qhusyairi (W465H), Imam al-Baqillani (W403H), Imam
al-Ghazali (W505H), al-Fakhrul Razi (W606H), Sheikh Abdullah alSharqawi
(W1277H), Syeikh Ibrahim al-Banjari (W1272H), Syeikh Nawawi al-Bentani (W1315H)
dan lain-lain lagi.
12 CIRI-CIRI AJARAN YANG BERTENTANGAN DENGAN FAHAMAN AHLI SUNNAH
WAL JAMAAH
WAL JAMAAH
Ciri-ciri
ajaran yang bertentangan dengan fahaman Ahli Sunnah wal Jamaah:
i. Mempercayai orang yang telah mati boleh memberi
pertolongan apabila diseru namanya.
ii. Mengaku dirinya atau gurunya sebagai nabi.
iii. Mengaku gurunya boleh memberi syafaat di
akhirat.
iv. Meninggalkan solat Jumaat kerana bersuluk.
v. Mempercayai semua ajaran adalah sama dan menuju
ke syurga.
vi. Menghina sahabat nabi (Syiah).
vii. Mengamalkan nikah kontrak (Syiah).
13 CONTOH-CONTOH AJARAN YANG BERTENTANGAN DENGAN FAHAMAN AHLI
SUNNAH WAL JAMAAH
SUNNAH WAL JAMAAH
Contoh-contoh
ajaran yang bertentangan dengan fahaman Ahli Sunnah wal Jamaah:
1. Millah
Ibrahim@Abraham
Ajaran ini
mula dikesan berkembang di Malaysia pada tahun 2013 setelah aduan diterima oleh
Bahagian Perancangan Penyelidikan dan Pembangunan, Jabatan Agama Islam Selangor
(JAIS) mengenai isteri pengadu yang bekerja sebagai kerani di sebuah sekolah
Tamil. Pengadu memaklumkan isterinya telah terlibat dengan ajaran Millah
Ibrahim@Abraham yang mendakwa tidak perlu sembahyang kerana tidak ditunjukkan
cara-caranya dalam al-Quran. Diikuti pula aduan seorang bapa yang ditinggalkan
oleh anak dan isteri kerana tidak mahu mengikuti ajaran kumpulan ini yang disyaki
menyeleweng dari ajaran Islam sebenar.
Kumpulan ini
membawa ajaran dan amalan yang bercanggah dengan aqidah Ahli Sunnah wal Jamaah
dan Syariat Islam antaranya seperti berikut:
i. Mendakwa ada rasul selepas Nabi Muhammad s.a.w.
Mendakwa
bahawa ajaran Islam yang ada sekarang adalah palsu dan satu umat baru akan
dipertanggungjawabkan untuk menegakkan deen ketika itu Allah SWT akan
menghantar rasul atau messiah (bahasa Ibrani) seperti sunnatullah yang
terdahulu dan mengikut kaum mereka sendiri.
ii. Menggabungkan tiga ajaran agama iaitu Islam,
Kristian dan Yahudi. Selain terjemahan al-Quran, mereka juga menggunakan kitab
Taurat dan Injil dalam pengajian mereka kerana dalam al-Quran telah membenarkan
kitab Taurat dan juga menerangkan bahawa kitab Taurat dan Injil sebagai panduan
yang menerangi. Sepertimana yang disebut dalam surah al-Ma‟idah ayat 46:
“Dan Kami utuskan Nabi Isa Ibni Maryam
mengikuti jejak langkah mereka (Nabi-nabi Bani Israil), untuk membenarkan kitab
Taurat yang diturunkan sebelumnya; dan Kami telah berikan kepadanya kitab
Injil, yang mengandungi petunjuk hidayah dan cahaya yang menerangi, sambil
mengesahkan benarnya apa yang telah ada di hadapannya dari kitab Taurat, serta
menjadi petunjuk dan nasihat pengajaran bagi orang yang (hendak)
bertaqwa.”
Mereka
mendakwa ayat ini selaras dengan Injil Metius (perjanjian baru) 5/17. Selain
itu, mereka juga mendakwa bahawa Taurat, Injil dan al-Quran akan ditegakkan
semula dalam kerajaan baharu. Oleh itu, selain al-Quran mereka mendakwa bahawa
keduadua kitab tersebut tidak boleh ditolak untuk dijadikan panduan bagi
menegakkan agama baharu mereka.
iii. Meninggalkan solat
lima waktu dan solat Jumaat Mereka mengatakan solat itu “sillah‟ iaitu hubungan
dengan ajaran Millah tersebut dan makna lain iaitu bersungguh-sungguh
menegakkan deen melalui Millah Ibrahim bukan maksud solat yang dilakukan
sekarang oleh orang Islam kerana solat tonggangtonggek itu senang, tetapi solat
menegakkan deen itu lebih mujahadah dari segi harta dan tenaga sepertimana yang
disebut di dalam surah al-Hajj ayat 78:
Maksudnya: “Dan berjihadlah kamu pada jalan Allah dengan
jihad yang sebenar-benarnya; Dialah yang memilih kamu (untuk mengerjakan
suruhan agamanya); dan Ia tidak menjadikan kamu menanggung sesuatu keberatan
dan susah payah dalam perkara agama, agama bapa kamu Ibrahim. Ia menamakan
kamu: "orang Islam" semenjak dahulu dan di dalam (al-Quran) ini,
supaya Rasulullah (Muhammad) menjadi saksi yang menerangkan kebenaran perbuatan
kamu, dan supaya kamu pula layak menjadi orang yang memberi keterangan kepada
umat manusia (tentang yang benar dan yang salah). Oleh itu, dirikanlah
sembahyang, dan berilah zakat, serta berpegang teguhlah kamu kepada Allah!
Dialah Pelindung kamu. Maka (Allah yang demikian sifat-Nya) Dialah sahaja
sebaik-baik Pelindung dan sebaikbaik Pemberi Pertolongan.” Selain itu, mereka mengatakan bahawa
al-Quran itu telah lengkap dan fungsinya adalah mengeluarkan manusia daripada
kegelapan kepada cahaya, tetapi solat lima waktu yang dilakukan sekarang tidak
ada disebut dalam al-Quran. Oleh itu, berdasarkan ayat di atas solat bermaksud
bersungguh-sungguh menegakkan deen.
iv. Mengadakan bai`ah (perjanjian) oleh anggota Millah
Ibrahim@Abraham Kumpulan ini juga mewajibkan anggotanya untuk membuat akujanji.
Amaran kepada sesiapa yang melanggar janji dan ganjaran bagi mereka yang setia
pada janji adalah tertegaknya deen, bukannya mengharapkan pahala. Mereka juga
mengatakan bahawa wajib bagi seorang isteri yang ingin menyertai Millah Ibrahim
menuntut cerai jika suami menolak menyertai kumpulan ini atau sebaliknya.
2. Syiah
Perkataan
Syiah dari sudut bahasa bermaksud satu kumpulan. Perkataan "Syiah‟ disandarkan
kepada seseorang, ia akan membawa maksud pengikut dan pembantunya. Sebagai
contoh „Syiah Ali‟ bermaksud „pengikut dan penyokong Ali‟.
Secara
umumnya Syiah merujuk kepada sesiapa yang mengutamakan Saidina Ali berbanding
tiga khalifah sebelumnya iaitu Abu Bakar, Umar dan Uthman. Syiah juga
menyatakan bahawa ahlul bait lebih layak memegang jawatan khalifah dan selain
mereka adalah terbatal. Syiah terdiri dari lima kumpulan besar.
Syiah adalah
fahaman yang dibawa masuk ke nusantara sekitar tahun 1979 selepas kejatuhan
kerajaan Syah Iran melalui revolusi Islam yang dilancarkan oleh Khomeini.
Fahaman ini semakin berkembang di Malaysia selepas itu. Fahaman ini jelas
bercanggah dengan aliran Ahli Sunnah wal Jamaah yang diamalkan di Malaysia.
Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan yang bersidang pada 5 Mei 1996 telah
memutuskan bahawa ajaran Syiah adalah dilarang. Antara aqidah pegangan Syiah
yang sesat ialah:
i. Mendakwa Imamah sebagai rukun Islam yang pertama
dan termasuk dalam perkara Usuluddin.
ii. Menafikan kekhalifahan Saidina Abu Bakar,
Saidina Umar dan Saidina Uthman.
iii. Mengkafirkan dan memfasiqkan sahabat.
iv. Mengharuskan perbuatan liwat.
v. Mendakwa al-Quran telah diubah.
vi. Mempertahan amalan nikah mut`ah.
vii. Mempertikaikan kesahihan dan keutuhan mazhab
Ahli Sunnah wal Jamaah.
3. Liberalisme
Liberalisme
atau Liberal adalah sebuah ideologi, pandangan falsafah dan tradisi politik
yang didasarkan pada pemahaman bahawa kebebasan dan persamaan hak adalah nilai
politik yang utama. Secara umum, liberalisme mencita-citakan suatu masyarakat
yang bebas, dicirikan oleh kebebasan berfikir bagi para individu. Muzakarah
Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan kali ke 74 yang bersidang pada 25-27 Julai 2006
telah memutuskan bahawa gerakan pemikiran Liberal adalah sesat dan menyeleweng
daripada Syariat Islam.
4. Pluralisme
Pluralisme
agama merupakan konsep yang luas tentang penerimaan agama-agama yang pelbagai.
Antara fahaman ini adalah:
i. Tiada satu pun agama yang tunggal dan eksklusif
untuk menjadi sumber kebenaran, atau setidaktidaknya terdapat kebenaran dan
nilai yang benar dalam agama lain.
ii. Penerimaan kebenaran wujud dalam dua atau lebih
agama dengan penekanan aspek-aspek yang diterima oleh agama-agama tersebut.
iii. Menggalakkan kerjasama dan dialog antara
agamaagama yang berbeza bagi meningkatkan persefahaman.
iv. Digunakan sebagai istilah untuk merujuk kepada
keadaan hidup bersama secara harmoni di antara penganut agama yang berbeza.
14 SYARIAH
Syariah
ialah apa-apa yang ditetapkan oleh Allah s.w.t. bagi memandu sistem kehidupan
manusia dari segi ibadah, muamalah, munakahat dan jinayat. Syariah terbahagi kepada
empat iaitu:
i. Ibadah
ii. Muamalat
iii. Munakahat
iv. Jinayat
15 IBADAH
Ibadah:
Pengabdian yang dilakukan dengan cara tunduk dan merendahkan diri, dilakukan
dengan hati yang ikhlas kepada Allah s.w.t. menurut cara yang ditentukan oleh
syarak.
Ibadah
dalam Islam meliputi semua urusan kehidupan. Islam mengajarkan kepada kita
setiap apa juga amalan yang dilakukan oleh manusia ada nilai dan balasan sama
ada pahala atau dosa. Inilah keindahan Islam yang disebut sebagai ad-din yang
lengkap sebagai suatu sistem hidup yang boleh memberi kesejahteraan hidup
penganutnya di dunia dan di akhirat.
Setiap
amalan atau pekerjaan yang membawa manfaat kepada individu dan masyarakat
selagi ia tidak bercanggah dengan syarak seperti dikerjakan dengan ikhlas kerana
Allah s.w.t. semata-mata maka amalanamalan yang demikian akan menjadi ibadah yang
diberikan pahala di sisi Allah s.w.t. di akhirat kelak.
Berdasarkan
kepada konsep ibadah tersebut maka setiap perbuatan pertolongan baik kepada
orang lain seperti membantu orang sakit, tolong meringankan beban dan kesukaran
hidup orang lain, memenuhi keperluannya, menolong orang yang teraniaya,
mengajar dan membimbing orang yang jahil adalah ibadah.
Termasuk
juga dalam makna ibadah ialah setiap perbuatan, perkataan manusia zahir dan
batin yang disukai dan diredhai oleh Allah s.w.t.. Bercakap benar, taat kepada ibu
bapa, amanah, menepati janji, berkata benar, memenuhi hajat keperluan orang
lain adalah ibadah.
Menuntut
ilmu, menyuruh perkara kebaikan, mencegah segala kejahatan, berjihad, memberi
pertolongan kepada sesama manusia dan kepada binatang, berdoa, puasa,
sembahyang dan membaca al-Quran juga adalah sebahagian daripada ibadah.
Begitu juga
termasuk dalam pengertian ibadah cinta kepada Allah dan rasul-Nya, melaksanakan
hukum-hukum Allah, sabar menerima ujian, bersyukur menerima nikmat, redha
terhadap qada‟ dan qadar-Nya dan banyak lagi kegiatan dan tindakan manusia yang
termasuk dalam bidang ibadah.
Kesimpulannya, ruang lingkup
ibadah dalam Islam adalah terlalu luas. Ia merangkumi semua jenis amalan dari
perkara yang sekecil-kecilnya seperti cara makan, minum dan masuk ke tandas
hinggalah kerja-kerja menguruskan kewangan dan pentadbiran negara. Pengertian
ibadah dalam erti kata yang luas apabila semuanya itu dikerjakan sebaik-baiknya
dengan menurut adab dan peraturan serta memenuhi syarat-syaratnya. Firman Allah s.w.t. dalam surah az-Zariyat ayat 56:
Maksudnya: “Dan (ingatlah) Aku
tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan
beribadat kepadaKu.”
Ulama-ulama Islam membahagikan
ibadah kepada dua bahagian sebagai berikut:
1. Ibadah khusus Ibadah khusus ialah semua amalan yang tercantum dalam
bab ibadah yang utamanya ialah solat, puasa, zakat dan haji.
2. Ibadah umum Ibadah umum pula ialah segala amalan dan segala
perbuatan manusia serta gerak-geri dalam kegiatan hidup mereka yang memenuhi
syarat-syarat berikut:
i. Amalan yang dikerjakan
itu diakui oleh syarak dan sesuai dengan Islam.
ii. Amalan tersebut tidak
bercanggah dengan syariat, tidak zalim, khianat dan sebagainya.
iii. Amalan tersebut
dikerjakan dengan niat ikhlas semata-mata kerana Allah s.w.t. tidak riak, ujub dan
sum`ah (menunjuk-menunjuk).
iv. Amalan itu hendaklah
dikerjakan dengan sebaikbaiknya. v. Ketika mengerjakan amalan tersebut tidak
lalai atau mengabaikan kewajipan ibadah khusus seperti solat dan sebagainya.
Firman Allah s.w.t. dalam surah an-Nur ayat 37:
Maksudnya:
“(Ibadat itu dikerjakan oleh) orang yang kuat imannya yang tidak dilalaikan oleh
perniagaan atau berjual beli daripada menyebut serta mengingati Allah dan
mendirikan sembahyang serta memberi zakat; mereka takutkan hari (kiamat) yang
padanya berbalik-balik hati dan pandangan.”
Kesan tidak
melaksanakan ibadah khusus seperti solat, puasa, zakat, membaca al-Quran, zikir
menyebabkan hati menjadi keras dan jauh daripada Allah s.w.t..
Kesan Meninggalkan Solat
i. Seksaan ketika hidup di dunia
- kurang keberkatan
umur.
- rezeki disempitkan
oleh Allah.
- doa ditolak.
- hilang cahaya soleh di
wajahnya.
- jiwa tidak tenang.
- rumahtangga tidak
tenteram.
ii. Seksaan ketika sakaratul maut
- menghadapi sakaratul
maut dalam keadaan hina.
- mati dalam keadaan
menderita kelaparan.
- mati dalam keadaan
yang sangat haus walaupun diberi minum air sebanyak tujuh lautan.
iii. Seksaan ketika di dalam kubur
- kubur menjadi sempit
dan gelap.
- diseksa dengan pedih
sehingga hari kiamat.
iv. Seksaan ketika berada di akhirat
- dibelenggu dan diseret
ke Padang Mahsyar oleh malaikat.
- Allah tidak akan
memandangnya dengan pandangan belas kasihan.
- tidak akan diampuni
dosanya.
- diseksa dengan keras
di dalam neraka.
Kesan tidak
membaca al-Quran menyebabkan hati tidak tenang dan boleh diibaratkan rumah
seperti kubur.
16 MUAMALAT
Aktiviti
perhubungan sesama manusia ke arah memenuhi kesempurnaan hidup harian
berdasarkan Syariah Islamiah, contohnya hal ehwal kewangan, perbankan, takaful,
ar-rahnu, waqaf, fesyen, makanan halal dan lainlain. Perkara-perkara yang perlu
dielakkan adalah:
Tidak mengamalkan riba,
contoh: Memberi pinjaman duit tanpa ada tambahan (al-Qardul Hasan).
Membuka akaun dengan
bank yang patuh Syariah seperti Bank Islam dan Tabung Haji.
Tidak membuat pinjaman
dengan institusi yang tidak diiktiraf seperti along.
Elakkan pelaburan yang
tidak patuh Syariah.
Memastikan makanan
halal dan rezeki berkat.
17 MUNAKAHAT
Perkahwinan
disyariatkan oleh Allah s.w.t. sesuai dengan kehendak fitrah manusia. Allah
menjadikan makhluk-Nya khususnya manusia suka kepada ketenangan atau sakinah
dengan kehidupan beristeri dan seterusnya berkeluarga. Hidup berkeluarga pada
dasarnya lebih berkat, tenteram dan teratur berbanding hidup berseorangan,
membujang atau menyendiri.
18 JINAYAT
Kehidupan
individu dalam sesebuah masyarakat atau negara perlu mendapat perlindungan yang
sewajarnya. Walaupun ada ahli-ahli masyarakat yang baik akhlaknya, bertimbang
rasa, kasih mengasihi, hormat menghormati sesama Islam mahupun yang bukan
Islam, namun tidak dinafikan terdapat juga anasir-anasir tidak sihat dalam
masyarakat. Oleh itu, hukuman jinayat dan perundangan Islam boleh memelihara
insan daripada setiap perbuatan atau tindakan yang ditegah oleh syarak.
Jenis-jenis
hukuman jinayat
1. Hukum hudud
Hukuman syarak yang wajib dilaksanakan sebagai menunaikan hak Allah s.w.t. seperti memotong tangan si pencuri, rejam ke atas penzina dengan syaratsyarat tertentu menurut al-Quran dan as-Sunnah. Kesalahan di bawah hukum hudud adalah:
Hukuman syarak yang wajib dilaksanakan sebagai menunaikan hak Allah s.w.t. seperti memotong tangan si pencuri, rejam ke atas penzina dengan syaratsyarat tertentu menurut al-Quran dan as-Sunnah. Kesalahan di bawah hukum hudud adalah:
i. Mencuri
ii. Berzina/liwat/musahaqah
Liwat ialah perhubungan seks antara lelaki dengan lelaki (homoseks). Musahaqah
ialah perhubungan seks antara perempuan dengan perempuan (lesbian).
ii. Merompak
iii. Menuduh perempuan berzina tanpa bukti (qazaf)
iv. Meminum minuman keras
v. Murtad
2. Hukum
qisas
Hukuman
Allah s.w.t. yang wajib dilaksanakan bagi menunaikan hak manusia seperti membunuh
dibalas bunuh. Kesalahan di bawah hukum qisas adalah: i. Kesalahan membunuh
dengan sengaja ii. Kesalahan mencederakan tubuh badan dengan sengaja
3. Hukum
takzir
Hukuman yang
tidak tergolong di bawah hudud dan qisas tetapi harus dijatuhkan bagi
menunaikan hak Allah s.w.t. dan manusia. Hukumannya tertakluk kepada budi bicara
hakim/qadi. Umumnya, kesalahan takzir adalah seperti kesalahan meninggalkan
kewajipan-kewajipan agama atau melanggar larangan Allah s.w.t. dan rasul-Nya dalam
semua aspek kehidupan.
4. Hukum
diyat (denda)
Denda yang
ditetapkan syarak sebagai menggantikan qisas yang tidak dilaksanakan. Misalnya,
hukuman untuk sesuatu pembunuhan boleh tergolong kepada kategori berikut: i.
Dibunuh balas sebagai qisas ii. Dihukum membayar denda iii. Memaafkan tanpa terikat kepada sebarang
syarat
19 AKHLAK
Akhlak
merupakan gambaran perilaku seorang manusia. Akhlak mulia merupakan tanda dan
natijah daripada pegangan aqidah yang benar dan amalan syariat yang benar.
Tingkah laku, budi pekerti dan perangai suami isteri dalam kehidupan
rumahtangga yang berteraskan al-Quran dan al-Hadith. Firman Allah s.w.t. dalam
surah al-Ahzab ayat 21:
“Demi sesungguhnya, adalah
bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik, iaitu bagi orang
yang sentiasa mengharapkan (keredaan) Allah dan (balasan baik) hari akhirat,
serta ia pula menyebut dan mengingati Allah banyak-banyak (dalam masa susah dan
senang)”
Rasulullah s.a.w. bersabda:
Maksudnya: “Sesungguhnya yang terbaik di antara kamu
adalah yang paling baik akhlaknya.” (Hadith riwayat al-Bukhari, No.3559)
20 SIFAT MAZMUMAH
Berdasarkan
Hujjatul Islam Imam al-Ghazali dalam salah sebuah kitab utamanya Hidayatus
Salihin telah mengupas secara terperinci sifat-sifat mahmudah (terpuji) dan
juga sifat-sifat mazmumah (tercela).
Menurut Imam
al-Ghazali, antara sifat-sifat mazmumah ialah seperti berikut:
1. Makan dan minum
berlebihan
2. Banyak berkata-kata
(yang sia-sia)
3. Marah
4. Hasad, dengki dan iri
hati
5. Kasih pada harta
6. Takbur
7. Riak
8. Ujub
9. Kasihkan dunia
1. Makan
dan minum berlebihan
Orang yang
selalu kekenyangan akibat suka makan dan minum akan terhindar daripada
melakukan ibadah kerana sentiasa terdorong untuk tidur dan beristirahat. Firman
Allah s.w.t. dalam surah al-Baqarah, ayat 155:
Maksudnya:
“Dan sungguh akan Kami berikan cobaan kepadamu, dengan sedikit ketakutan,
kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buahbuahan. Dan berikanlah berita gembira
kepada orang-orang yang sabar.”
2. Banyak
berkata-kata (yang sia-sia)
Telah
menjadi lumrah manusia suka bercakap yang siasia, yang boleh ditakrifkan
sebagai bencana lisan ialah mengumpat, menghina, berdusta dan bertengkar.
Firman Allah s.w.t. dalam surah an-Nisa‟ ayat 114:
“Tidak ada kebaikan pada
kebanyakan bisik-bisikan mereka, kecuali (bisik-bisikan) orang yang menyuruh
bersedekah, atau berbuat kebaikan, atau mendamaikan di antara manusia. Dan
sesiapa yang berbuat demikian dengan maksud mencari keredaan Allah, tentulah
Kami akan memberi kepadanya pahala yang amat besar.”
3. Marah
Sifat marah berpunca daripada kurang sikap kesabaran dalam menghadapi sebarang
keadaan.
Orang yang
bersikap sedemikian selalunya didorong oleh pengaruh syaitan yang ingin
merosakkan iman dan dirinya. Sering kali orang yang pemarah ini mewarisi
sifat-sifat seperti sombong, bongkak, tidak boleh ditegur dan lain-lain. Rasulullah s.a.w. menganjurkan orang yang
bersifat pemarah supaya berwuduk supaya reda kemarahannya. Bagaimanapun, Islam
tidak melarang umatnya mempunyai sifat marah dalam hal-hal tertentu. Contohnya
firman Allah s.w.t. dalam surah at-Tahrim ayat 9:
Maksudnya: “Wahai Nabi, berjihadlah (menentang)
orang kafir dan orang
munafik, serta bertindak keras terhadap mereka.”
4. Hasad
(dengki)
Hasad adalah
sifat yang lahir daripada rasa kurang senang dengan nikmat yang dikecapi oleh
orang lain lalu mengharapkan nikmat itu terhapus daripadanya. Hasad atau dengki
ini timbul bermula dengan suatu permasalah atau permusuhan yang menyebabkan
terjadinya persaingan untuk saling menjatuhkan dan ingin lebih dari orang lain.
Hasad juga
wujud dengan sikap yang mengganggap dirinya paling hebat dan paling berhak
mendapatkan sesuatu, sehingga apabila ada orang lain yang mendapatkan seperti
yang diinginkan, maka ia tidak suka atau tidak senang kerana merasa disaingi.
Firman Allah s.w.t. dalam surah ali`Imran ayat 120:
“Kalau kamu beroleh kebaikan
(kemakmuran dan kemenangan, maka yang demikian) menyakitkan hati mereka; dan
jika kamu ditimpa bencana, mereka bergembira dengannya. Dan kalau kamu sabar
dan bertaqwa, (maka) tipu daya mereka tidak akan membahayakan kamu sedikitpun.
Sesungguhnya Allah meliputi pengetahuanNya akan apa yang mereka lakukan.”
Nabi s.a.w. bersabda:
Maksudnya:
“Tidak akan masuk syurga seseorang yang dalam hatinya terdapat seberat biji
sawi daripada sifat kesombongan. Lalu seorang lelaki bertanya: "Bagaimana
dengan seseorang yang suka memakai baju dan sandal yang bagus (apakah ini
termasuk daripada kesombongan)?" Baginda menjawab: "Sesungguhnya
Allah itu indah dan menyukai keindahan. Kesombongan itu adalah menolak
kebenaran dan meremehkan orang lain."
(Hadith riwayat Muslim, No. 91)
Contoh perilaku hasad (dengki)
- Tidak mensyukuri
nikmat yang Allah s.w.t. berikan
- Tidak senang terhadap
kejayaan seseorang
- Senang jika seseorang
menderita atau mengalami kesusahan
- Timbul perasaan untuk
mencelakakan orang lain, kerana ingin lebih unggul
dari orang lain
- Berperilaku sombong,
kerana merasa dirinya lebih baik dari orang lain
sehingga apabila orang lain
mendapatkan nikmat daripada Allah s.w.t. ia tidak
senang atau tidak suka
5.
Kasihkan
harta
Tiada
salahnya memiliki harta dan kemewahan hidup. Tetapi kemewahan yang membawa
kepada sifat bakhil, tamak haloba dan membazir dibenci oleh Islam. Agama kita
menuntut orang yang kaya dan berada menunaikan tanggungjawab kepada masyarakat
seperti bersedekah, berzakat dan membelanjakan harta di jalan Allah s.w.t.. Firman
Allah s.w.t. dalam surah al-Munafiqun ayat 9:
Maksudnya:
“Wahai orang yang beriman, janganlah kamu dilalaikan oleh (urusan) harta benda
kamu dan anak-pinak kamu daripada mengingati Allah (dengan menjalankan
perintah-Nya). Dan (ingatlah), sesiapa yang melakukan demikian, maka mereka
itulah orang yang rugi”.
5. Takbur
Banyak sebab
yang boleh membawa seseorang itu kepada sifat takbur atau menyombong diri.
Antaranya sebab keturunan, kuasa pemerintahan, kecantikan, kekayaan, kelebihan
ilmu, banyak pengikut dan banyak ibadat. Firman Allah s.w.t. dalam surah
al-Baqarah ayat 206:
Maksudnya:
“Dan apabila dikatakan kepadanya: "Bertaqwalah kepada Allah",
bangkitlah kesombongannya yang menyebabkannya berbuat dosa. Maka cukuplah
(balasannya) neraka Jahanam. Dan sungguh neraka Jahanam itu tempat tinggal yang
seburukburuknya.”
6. Riak
Riak ialah
sifat untuk menarik pandangan orang dengan menampakkan pelbagai amalan baik
yang dilakukan semata-mata untuk mendapatkan pujian, pangkat atau kedudukan.
Sifat riak yang nyata seperti menunjuk-nunjuk dalam amal ibadah dan riak yang
tersembunyi ialah beratnya hati seseorang untuk beramal apabila bersendirian
tetapi akan berbuat demikian apabila ada orang lain yang menyaksikannya. Firman
Allah s.w.t. dalam surah al-Nisa‟ ayat 142:
“Sesungguhnya orang munafik itu melakukan tipu daya (terhadap ugama) Allah
(dengan perbuatan pura-pura beriman sedang mereka kafir pada batinnya), dan
Allah pula tetap membalas tipu daya mereka (dengan membiarkan mereka dalam
keadaan munafik). Mereka pula apabila berdiri hendak sembahyang, mereka berdiri
dengan malas. Mereka (hanya bertujuan) riak (memperlihatkan sembahyangnya)
kepada manusia (supaya disangka bahawa mereka orang yang beriman), dan mereka
pula tidak mengingati Allah (dengan mengerjakan sembahyang) melainkan sedikit
sekali (jarangjarang).”
Rasulullah SAW bersabda:
Maksudnya:
“Sesungguhnya riak yang paling ringan pun sudah termasuk dalam dosa syirik.” (Hadith riwayat Ibnu Majah, No. 3989)
Perkara yang
boleh membuatkan seseorang itu riak ialah memperlihatkan keindahan seperti
tubuh badan, pakaian, ucapan dan perlakuan.
7. Ujub
Ujub
bermaksud bangga dengan diri sendiri, merasa kagum terhadap diri sendiri kerana
kelebihan atau sesuatu yang terdapat padanya. Diri sendiri yang dimaksudkan
adalah berkaitan peribadi, orang keliling, harta benda, kecantikan, kepandaian,
anggota keluarga atau apa sahaja yang dekat dan akrab dengan dirinya. Orang yang
terkena penyakit ujub akan memandang remeh dosa-dosa yang dilakukannya. Firman
Allah s.w.t. dalam surah alKahfi ayat 104:
Maksudnya:
“(Iaitu) orang yang telah sia-sia amal usahanya dalam kehidupan dunia ini,
sedang mereka menyangka bahawa mereka sentiasa betul dan baik pada apa sahaja
yang mereka lakukan.”
Dalam ayat
ini, dijelaskan bahayanya sifat ujub dapat membuat seseorang beranggapan bahawa
yang dilakukannya adalah sesuatu yang benar tapi sesungguhnya dia telah dia
telah menempuh jalan yang sesat dan tidak ada manfaat dari amalannya.
8. Kasihkan
dunia
Hati yang
sentiasa berpaut kepada kehidupan dan kesenangan duniawi akan menyebabkan
seseorang itu takutkan mati. Firman Allah s.w.t. dalam surah al-Hadid ayat
20:
“Ketahuilah bahawa (yang dikatakan) kehidupan dunia itu tidak lain hanyalah
(bawaan hidup yang berupa semata-mata) permainan dan hiburan (yang melalaikan)
serta perhiasan (yang mengurang), juga (bawaan hidup yang bertujuan)
bermegahmegah di antara kamu (dengan kelebihan, kekuatan dan bangsa keturunan)
serta berlumba-lumba memperbanyakkan harta benda dan anak pinak.”
Allah s.w.t. telah menjelaskan dalam firman-Nya yang lain bahawa yang dijadikan di muka bumi
ini adalah sebagai perhiasan dan cubaan kepada manusia untuk menilai baik
buruknya amalan seseorang itu. Seandainya insan itu mengenali hakikat kejadian
dirinya dan mengenali rahsia dirinya dengan sebaik-baiknya, mengenali rahsia
dan hikmah dunia ini sebagai tempat menimba takwa menuju akhirat, pasti
kecintaan yang melampaui batas terhadap kehidupan dunia yang sementara ini akan
terhapus.
21 SIFAT MAHMUDAH
Bagi
mendapatkan hati yang selamat ialah dengan cara membuang sifat-sifat mazmumah
dan mengisinya dengan sifat-sifat mahmudah seperti di bawah:
1. Taubat
2. Takutkan Allah s.w.t.
3. Kasihkan Allah s.w.t.
4. Zuhud
5. Sabar
6. Syukur
7. Ikhlas dan benar
8. Tawakal
9. Redha dengan qada‟
Allah s.w.t.
10. Mengingati mati
1. Taubat
Keazaman
untuk meninggalkan segala kesalahan dan dosa-dosa besar, melalui jalan ilmu,
penyesalan dan niat untuk tidak mengulanginya. Firman Allah s.w.t. dalam surah
an-Nur ayat 31:
Maksudnya:
“Dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang yang beriman, supaya
kamu berjaya.”
Dalam
melaksanakan taubat, terdapat beberapa langkah dan syarat yang perlu diikuti
bagi mencapai hasil yang sempurna antaranya ialah:
i. Seseorang perlulah
bertaubat dan menanam rasa penyesalan dengan bersungguh-sungguh, iaitu taubat
nasuha.
ii. Apabila berlakunya
musibah yang mengakibatkan berlakunya maksiat, ia perlu dikawal agar tidak
menjadi kebiasaan atau tabiat.
iii. Menyesali segala dosa
tersebut.
iv. Istiqamah dalam
melaksanakan ketaatan.
v. Menghindari dan
menjauhkan diri daripada orang yang melakukan kejahatan kerana golongan ini
akan mendorong untuk mengingkari niat untuk bertaubat
Hukum
dosa-dosa kecil akan terhapus dengan banyak istighfar, tahmid, zikir dan
berwuduk.
2. Takutkan
Allah s.w.t.
Apabila
seseorang Muslim itu mengenali zat Allah s.w.t. melalui mengenal sifat-sifat-Nya, maka
jiwanya akan mewarisi perasaan takut terhadap Allah s.w.t.. Ini seterusnya akan
membantu seseorang Muslim atau Mukmin itu melipatgandakan amalan soleh dan
meninggalkan segala perbuatan yang dimurkai-Nya. Firman Allah s.w.t. dalam surah
Faatir ayat 28:
“Sebenarnya yang menaruh bimbang dan takut (melanggar perintah) Allah s.w.t. dari
kalangan hamba-hamba-Nya hanyalah orang yang berilmu.”
3. Kasihkan Allah s.w.t.
Kasihkan
Allah s.w.t. itu dipuji oleh syarak dan dimuliakan oleh Rasulullah s.a.w.. Mengasihi
Allah s.w.t. dan rasul-Nya melebihi segala yang lain akan melahirkan jiwa insan
yang benar-benar cintakan agama dan rela berjuang (berjihad) dan berkorban demi
menegakkannya. Firman Allah s.w.t. dalam surah ali`Imran ayat 31
“Katakanlah (wahai Muhammad): Jika benar kamu
mengasihi Allah maka ikutilah daku, nescaya Allah mengasihi kamu serta
mengampunkan dosa-dosa kamu dan (ingatlah), Allah Maha Pengampun, lagi Maha
Mengasihani.”
4. Zuhud
Zuhud
merupakan suatu kehidupan insan Mukmin yang mengekang jiwa daripada segala rupa
kesenangan dunia sambil berusaha meninggalkan semua perkara yang tidak baik.
Tanda-tanda zuhud adalah:
- Tidak terlalu gembira
apabila mendapat sesuatu dan tidak pula terlalu sedih apabila kehilangan
sesuatu.
- Sentiasa memandang
sama kepada orang yang memuji dan mencela
- Sentiasa berasa tenang
ketika beribadat dan hati sentiasa terdorong untuk membuat amal ibadah.
5. Sabar
Sabar
didefinisikan sebagai menahan diri dari hawa nafsu, di samping memotivasikan
diri agar tekun dalam beramal serta bersungguh-sungguh dalam menghadapi dugaan
dan ujian yang menimpa. Oleh yang demikian, kesungguhan seseorang hamba dalam
menahan diri dari hawa nafsu dan dalam menghadapi ujian akan menyuburkan
ketaatan kepada Allah s.w.t. di samping bersabar dalam memperbaiki akhlak buruk
agar terbentuk akhlak yang mulia dalam pergaulan.
Sifat yang
terpuji ini tidak dapat diterima dan diamalkan melainkan oleh orang-orang yang
bersikap sabar. Sabar dilihat sebagai suatu kekayaan spiritual yang memandu
manusia ke arah kejayaan, kemenangan, keampunan, kegembiraan, ketenangan dan
kebahagiaan. Firman Allah s.w.t. dalam surah ali`Imran ayat 186:
“Demi sesungguhnya, kamu akan diuji pada
harta benda dan diri kamu dan demi sesungguhnya, kamu akan mendengar dari orang
yang telah diberikan Kitab dahulu daripada kamu dan orang yang Musyrik: Banyak
(tuduhan-tuduhan dan cacian) yang menyakitkan hati. Dalam pada itu jika kamu
bersabar dan bertakwa maka sesungguhnya yang demikian itu adalah dari
perkara-perkara yang dikehendaki diambil berat (melakukannya).”
6. Syukur
Syukur itu
meliputi ilmu, amalan dan suasana. Ilmu itu adalah dengan mengenal Allah s.w.t. menerusi nikmatNya. Amalan adalah dengan melaksanakan tugas yang diamanahkan
oleh Allah s.w.t.. Suasana pula ialah menimbulkan kegembiraan atas nikmat yang
dikecapi. Manusia patut bersyukur atas nimat-nikmat lain seperti kesihatan,
rezeki, kurniaan pancaindera dan sebagainya. Firman Allah s.w.t. dalam surah
Ibrahim ayat 7:
“Dan (ingatlah) ketika Tuhan kamu
memberitahu: Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambahi
nikmat-Ku kepada kamu dan demi sesungguhnya, jika kamu kufur ingkar
sesungguhnya azab-Ku amatlah keras.”
7. Ikhlas dan benar
Mereka yang
sentiasa membersihkan amalannya dinamakan orang yang ikhlas. Untuk mencapai
tahap ikhlas ini, amat dituntut untuk melawan dorongan hawa nafsu dan kasihkan
dunia. Amalan ikhlas dan suci dalam perbuatan tutur kata dan ibadah akan dapat
mendekatkan diri insan kepada Allah s.w.t.. Firman Allah s.w.t. dalam surah an-Nisa
ayat 146:
“Kecuali orang yang bertaubat (dari perbuatan
munafik itu) dan memperbaiki amalan mereka (yang salah) dan mereka pula
berpegang teguh kepada (agama) Allah, serta mengerjakan agama mereka dengan
ikhlas kerana Allah…Ayat”
Lima cabang hakikat benar iaitu:
- Benar dalam perkataan
- Benar dalam niat dan
kehendak
- Benar dalam keazaman
- Benar dalam amalan
- Benar dalam menepati
janji
8. Tawakal
Tawakal
ialah meletakkan pergantungan hanya pada Allah s.w.t. setelah berazam. Seterusnya
diikuti dengan usaha. Firman Allah s.w.t. dalam surah ali`Imran ayat 159:
Maksudnya: “Kemudian apabila engkau telah berazam
(sesudah bermesyuarat, untuk membuat sesuatu) maka bertawakallah kepada Allah.”
9. Redha dengan qada’ Allah s.w.t.
Segala
ketentuan Allah sama ada baik atau buruk diterima dengan syukur atau sabar.
Tidak ada penyesalan atau keluh kesah menerima apa-apa sahaja ketentuan yang
berlaku. Firman Allah s.w.t. dalam surah al-Bayyinah ayat 8:
Maksudnya: “Balasan
mereka di sisi Tuhannya ialah syurga Adn (tempat tinggal yang tetap), yang mengalir
di bawahnya beberapa sungai; kekallah mereka di dalamnya selama-lamanya; Allah
reda akan mereka dan merekapun reda (serta bersyukur) akan nikmat pemberianNya.
Balasan yang demikian itu untuk orang-orang yang takut (melanggar perintah)
Tuhannya.”
10. Mengingati mati
Mengingati
mati sebagai penyudah kehidupan di dunia ini, orang Mukmin akan terhindar
daripada melakukan segala kemungkaran dan mentaati perintah Allah SWT pada setiap
masa. Nabi s.a.w. bersabda:
Maksudnya:
"Orang yang cerdik (yang berakal) adalah orang yang mempersiapkan dirinya
dan beramal untuk hari stelah kematian, sedangkan orang yang lemah (imannya)
adalah orang yang jiwanya mengikuti hawa nafsunya dan berangan-angan kepada
Allah s.w.t. (bahawa Allah akan mengampuninya)." Berkata Abu „Isa: Hadith ini
hassan, (Riwayat at-Tirmizi, No. 2459)
22 CHECKLIST DIRI
Analisis diri dalam pelaksanaan ajaran
Islam.
1. Solat wajib lima waktu?
2. Solat berjemaah?
3. Puasa pada bulan
Ramadhan?
4. Bayar zakat?
5. Tutup aurat?
6. Taat ibu bapa?
7. Baca al-Quran?
8. Sedekah?
9. Guna bomoh?
10. Mengumpat?
11. Tular perkara yang tidak
pasti?
23 RUMUSAN
Cara
penghayatan Islam, iman dan ihsan dalam kehidupan berumahtangga:
• Memelihara kesucian
aqidah
• Beribadah kepada Allah s.w.t.
• Meningkatkan ibadah
sunnah
• Mengamalkan sifat-sifat
mahmudah dan menjauhi sifat-sifat mazmumah
• Mensyukuri segala
nikmat/pemberian/anugerah daripada Allah s.w.t.
• Menjaga hubungan baik
sesama ahli keluarga, jiran dan masyarakat
Assalamualaikum. Saya mohon keizinan menggunakan bahan nota di atas untuk pengajaran saya di institusi
ReplyDelete