Wednesday, September 4, 2019

'Menantu gua tanya siapa Malim?'


'Menantu gua tanya siapa Malim?': Penulis, aktivis seni sambut baik pemilihan Siti Zainon sebagai penerima terbaru Anugerah Sastera Negara, malah ada beranggapan beliau wajar diiktiraf lebih awal dari sekarang

"Membaca benda yang tak pasal-pasal menjadi kalut dan hodoh ini tiba-tiba menantu gua (saya) pun tertarik," kata penyair, Pyanhabib Rahman, ketika diminta mengulas kontroversi pemilihan Sasterwan
Negara ke-14, Dr Siti Zainon Ismail yang diumumkan oleh Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik, semalam.

Kontroversi itu muncul selepas sasterawan dari Perak, Malim Ghozali PK, tampil mengkritik dan menyatakan rasa tidak puas hatinya terhadap pemilihan tersebut.

Pyanhabib berkata, ketika isu tersebut sedang meriah diperkatakan - menantunya tiba-tiba bertanya: "Siapa itu Malim Ghozali?"

"Ya, Malim yang memberitau semua orang bahawa karyanya tersebar ke dunia antarabangsa itu, tidak dikenali namanya oleh menantu gua. 

"Sebaliknya nenantu gua yang tak reti sastera itu, tahu siapa Siti Zainon Ismail," katanya kepada Malaysiakini, hari ini.

Mengulas kritikan rakan penulis itu Pyanhabib mempersoalkan, tidakkah Malim berasa aibnya terbuka dengan tindakannya mempersoalkan pemilihan berkenaan.

"Brader (brother) Malim, gua tidak peduli pun brader berada dalam senarai akhir Anugerah Sasterawan Negara ke-14.

"Gua akan berasa malu sendiri kalau gua menganggap gua paling layak dan beritahu orang bahawa saya calon yang paling tinggi pencapaian, di dalam dan di luar negara.

"Aduh. Kalau Malim berasa ia bukan bermaksud angkat bakul, gua tidak patut berfikir salah.

"Kerana Anugerah Sasterawan Negara tidak berpihak kepadanya, Malim dengan terang benderang berkata: Sastera sudah dipolitik, dimanipulasi dan diselewengkan, saya sudah hilang kepercayaan terhadapnya sama sekali," katanya dalam satu hantaran di Facebook, semalam.




No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Your Website Title
How to Share With Just Friends

How to share with just friends.

Posted by Facebook on Friday, December 5, 2014