Wednesday, September 4, 2019

Sasterawan Negara: Apa sudah jadi dengan pemilihan sebelum ini?


Sasterawan Negara: Apa sudah jadi dengan pemilihan sebelum ini?: KUALA LUMPUR 3 Sept. - Apa sudah jadi dengan keputusan pemilihan Sasterawan Negara?

Persoalan itu dilontarkan oleh Tokoh Sasterawan Perak, Dr. Malim Ghozali rentetan pengumuman penerima Anugerah Sastera Negara Ke-14 yang membawa gelaran tersebut hari ini.

Malim mendakwa, hal ini kerana pemilihan penerima anugerah tersebut telah dibuat oleh Ketua Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka dengan ‘secara sebulat suara’ kira-kira enam bulan lalu iaitu pada 28 Mac.

“Apa terjadi selepas itu? Kalau ada orang atasan yang menolak saya, saya nak tahu kenapa? Kita kena faham hak bukan mutlak sifatnya.

“Ia datang dengan tanggungjawab. Waima menteri sekalipun! Ketika apa ratus sastera sudah  
dipolitik, dimanipulasi dan diselewengkan, saya sudah hilang kepercayaan terhadapnya sama sekali,” tegas beliau dalam kenyataan hari ini.

Kementerian Pendidikan hari ini mengumumkan pengkaji seni budaya, Prof. Dr. Siti Zainon Ismail sebagai penerima Anugerah Sastera Negara Ke-14 yang membawa gelaran Sasterawan Negara.

Berikutan itu, Malim mendakwa keputusan yang diumumkan hari ini sebagai suatu penganiayaan sastera bentuk baharu.




No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Your Website Title
How to Share With Just Friends

How to share with just friends.

Posted by Facebook on Friday, December 5, 2014