Sunday, July 28, 2019

Tentera Iran lebih hebat – Daily Express


Tentera Iran lebih hebat – Daily Express: LONDON 28 Julai - Akhbar Britain, Daily Express dilapor menerbitkan laporan yang memaparkan ‘carta mengejutkan’ yang menunjukkan kekuatan tentera Iran mungkin mengatasi Britain dalam beberapa aspek di te­ngah-tengah ketegangan antara London dan Teheran.

Lapor Press TV, laporan itu diperolehi daripada kumpulan Global Fire Power (GFP) yang menunjukkan Iran mempunyai kelebihan berbanding Britain daripada kriteria biasa digunakan untuk melihat potensi kekuatan tentera negara-negara.

“Perbandingan antara kekuatan tentera Britain dan Iran menunjukkan London ketinggalan dari segi jumlah anggota tentera, kekuatan darat dan laut serta sumber petroleum.
  
“Iran mempunyai kelebihan dari segi jumlah kekuatan tenteranya, kereta kebal, kapal dan aset artileri selain hampir 40 juta orang boleh dipanggil menyertai khimdat negara, hampir dua kali ganda daripada angka dimiliki Britain,” jelas laporan itu, semalam.




No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Your Website Title
How to Share With Just Friends

How to share with just friends.

Posted by Facebook on Friday, December 5, 2014