Saturday, July 20, 2019

Korban Luar Negara Jadikan Warga Tempatan Kurang Terima Daging Korban?


MK Azman

Saya terperasan tangkap layar hantaran ini di Facebook.Ada berberapa hal yang saya kira elok diberi pencerahan.Tapi oleh kerana Twitter sangat menyekat saya untuk menulis panjang,maka eloklah saya beri respon di Facebook,kalau tuan empunya tweet terbaca, mudah-mudahan kita saling bertukar pandangan,bukan mencari balah.

Untuk memahami polemik mengapa berlaku pengurangan perserta korban tempatan berbanding korban di luar negara serta kurangnya agihan korban tempatan setiap tahun,mari kita lihat faktor-faktor seperti berikut:

1)Kekurangan perbekalan lembu tempatan berbanding permintaan.
Kekurangan perbekalan lembu tempatan untuk kegunaan domestik,usahkan untuk dibuat korban,bahkanpermintaan di luar musim korban juga terlalu tinggi sehingga negara kita kerap mengimport lembu dari Australia,Brazil,India,New Zealand dan lain-lain.

Lihat sahaja data pada tahun 2017 di mana penghasilan lembu tempatan hanya sekitar
52,000 tan berbanding permintaan pasaran 191,000 tan. 

Ini menjadikan sebab mengapa harga kos bagi seekor lembu tempatan untuk dibuat korban agak tinggi sehingga harga bagi suatu bahagian korban boleh mencecah sehingga RM 700.

2)Daging lembu di sebahagian negara miskin tidak menjadi komoditi dagangan harian, lantaran kurangnya permintaan yang menjadikan harganya lebih murah sekiranya dijual pukal berbanding dijual secara runcit ketika luar musim korban.Justeru tidak hairan di Kemboja 1 ekor lembu tidak sampai rm 4000 seekor,menjadikan 1 bahagian korban boleh dilakukan pada harga serendah Rm 250 satu bahagian.

3)Kekurangan agihan daging korban juga adalah berpunca daripada pertambahan jumlah fuqara dan masakin samada warga tempatan mahupun warga asing seperti warganegara Indonesia,Bangladesh,Rohingya,Pakistan dan sebagainya.Bahkan mengikut pengalaman saya selama 7 tahun terlibat dalam urusan kerja korban,fuqara dan masakin warganegara asing ini yang terlebih diharap ketika saat bergotong royong sewaktu ibadah korban serta siap sedia menunggu di surau/masjid/pusat agihan korban hingga menjadikan lebih sedikit warga tempatan yang menerima bahagian korban.

Namun hal ini tidak sepatutnya dipermasalahkan kerana sebahagian besar warga tempatan berkemampuan untuk makan daging lembu di luar waktu korban sekalipun,berbanding mereka yang disebutkan di atas.Justeru kurang enak jika hal remeh sekitar tidak merasa agihan daging korban ditimbulkan sebagai suatu 'kebimbangan'.

4)Sekiranya berlaku 'oversupply' atau lambakan daging di negara minoriti umat Islam seperti Kemboja sekalipun,hal itu tidak menjadi masalah kerana penerima daging korban dari kalangan fakir dan miskin diharuskan untuk menjual semula daging yang diterima mereka agar mereka dapat mengambil wang jualan tersebut untuk menampung kelangsungan hidup mereka,sebagaimana yang tersebut dalam kitab Sabilal Muhtadin oleh Syeikh Arshad Al Banjari رحمه الله تعالى.

Itulah antara jalan yang terbaik bagi kita untuk menjadikan ibadah korban suatu rahmat buat mereka yang benar-benar memerlukan.

5) Dakwaan mengatakan jumlah peserta yg melakukan korban di masjid2 tempatan semakin berkurangan pada saya kurang tepat kerana rata2 masjid mendapat permintaan yg menggalakkan sehingga terpaksa menutup permohonan utk berkorban. Berdasarkan pemerhatian saya, setiao tahun org yg sama melakukan ibadah korban. Sepatutnya kita menggalakan penyertaan dah ahli kariah.

6) Kami mempunyai beberapa orang daie di Kemboja lulusan Pusat Dakwah Serantau, Bangi. Setiap tahun mereka akan mohon sumbangan daging korban utk kampung mereka yg sukar dan jarang dimasuki oleh ngo2 dari malaysia.

7) Sedikit pengalaman saya menguruskan korban dalam dan luar negara, matlamat kita adalah dakwah. Ada yg murtad kerana tidak pernah merasai daging korban. Mereka faham dalam Islam ada ibadah korban, tp tidak pernah mereka merasai nikmat daging korban. Keadaan ini juga berlaku di sarawak. 

Wallahu A'lam.






No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Your Website Title
How to Share With Just Friends

How to share with just friends.

Posted by Facebook on Friday, December 5, 2014