Thursday, July 18, 2019

RESOLUSI YANG DICAPAI HASIL PERBINCANGAN TERTUTUP BERSAMA NGO-NGO ISLAM BERKAITAN ISU ARAB SAUDI


Setelah disedari bahawa sekian lama kerajaan Saudi telah menjadi alat dan boneka kepada rejim haram zionis Israel dan Amerika Syarikat dari dalam tubuh umat Islam, maka sebuah perbincangn telah dilakukan hari ini dan beberapa 'action plan' telah dirangka unuk digerakkan. Maka dengan itu beberapa tuntutan akan kami sampaikan bagi mendesak kerajaan Arab Saudi iaitu:

1. Menghentikan segera pencabulan dengan menerapkan nilai-nilai anti Islam di bumi Rasulullah s.a.w. iaitu dengan penganjuran 'Jeddah World Fest' pada 18 Julai 2019 dengan mengundang artis lucah Nicki Minaj.

2. Menghentikan segala diskriminasi dan penganiayaan terhadap golongan minoriti dan ulama' di Saudi dan menuntut dibebaskan para tahanan politik serta merta.

3. Menghentikan segala usaha memecahbelahkan umat Islam serta menghormati perbezaan antara ulama' Islam.

4. Menghentikan serta merta dan mengundurkn tentera pakatan yang dikepalai oleh Arab Saudi dari bumi Yaman yang sudah berlanjut selama 4 tahun lebih serta membenarkan akses kemanusiaan untuk masuk ke dalam Yaman.

5. Membatalkan sekatan terhadap Qatar dan mengharmonikan hubungan antara negara-negara Islam.

6. Berhenti bekerjasama dengan Amerika Syarikat dan zionis Israel dalam segala hal termasuk ekonomi, keselamatan dan pertahanan, terutamanya dalam usaha terbaru yang dinamakan 'Deal Of The Century' tajaan Amerika Syarikat yang mengkhianati perjuangan di Palestin

Dengan ini kami mengisytiharkan untuk menggerakkan beberapa perkara di bawah:

1. Menyerahkan memorandum bantahan ini kepada Perdana Menteri Malaysia dan kepada kedutaan Arab Saudi di Kuala Lumpur sebaik sahaja kami mengumpulkan sokongan sebanyak mungkin dan secukupnya untuk memo tersebut.

2. Kami akan menyeru semua organisasi Islam untuk duduk bersama dan bersatu bagi menangani masalah umat Islam di Asia Barat dengan menganjurkan Persidangan Ummah untuk Perpaduan.

3. Kami akan menyerahkan memorandum bantahan terhadap Arab Saudi kepada badan OIC dan semua organisasi Islam antarabangsa.

4. Kami akan memastikan agar sebuah pertemuan para ulama' dan ilmuan Islam bagi memastikan agar dapat dihidupkan kembali persidangan Amman Mesej serta kempennya.

5. Kami akan menggerakkan masjid-masjid di seluruh Malaysia untuk meningkatkan kesedaran rakyat khususnya umat Islam mengenai perspektif politik yang berkaitan dengan konflik yang melanda dunia Islam.

6. Menggerakkan kempen 'cyber war' terhadap Arab Saudi.

7. Menubuhkan pusat penyelidikan bagi menyusun strategi jangka panjang bagi menangani krisis ummah.

8. Menubuhkan Lembaga Antarabangsa bagi menjadi platform partisipasi umat Islam dalam mengelola al-Haramain (2 tanah suci Makkah dan Madinah),

9.Menganjurkan Seminar Antarabangsa setiap tahun mengenai falsafah haji yang sebenarnya untuk mendidik umat Islam agar tahu kepentingan dan tujuan utama perhimpunan teragung umat Islam setiap tahun di musim haji yang tidak terlepas dari unsur membangun kekuatan politik, ekonomi dan sosial umat Islam sedunia.

💐💐💐💐💐💐💐💐

Sekian terima kasih

Syed Sheikh Alattas
Presiden SEJAGAT Malaysia

Resolusi bersama:

MAPIM
SHURA
SEJAGAT
MANAR
ABIM
CITIZEN INTERNATIONAL
PEKEMA
RAHMATAN LIL ALAMIN
HALUAN
Wakil dari YB
Wakil dari Pakistan
Wakil dari Rohingya

🌐https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=472436753330340&id=228276287746389





No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Your Website Title
How to Share With Just Friends

How to share with just friends.

Posted by Facebook on Friday, December 5, 2014