Islam perlu kepada sebuah iklan
dunia yang besar-besaran kerana Islam adalah sebuah khabar yang agung. Seruan
kepadanya hendaklah dilakukan dengan cara yang baik dan penuh etika kerana
kebahagian manusia tidak akan ditemui kecuali dalam agama yang benar dan kekal
ini, iaitu Islam.
Sungguh menderita manusia yang
tidak memahami Islam dan belum mendapat petunjuk untuk sampai kepadanya.
Mari kita lihat firman Allah
s.w.t. dalam surah Ali Imran ayat 85:
"Dan sesiapa yang mencari agama selain agama Islam, maka tidak akan
diterima daripadanya, dan ia pada hari akhirat kelak dari orang-orang yang
rugi.”
Terdapat seorang pendakwah muslim
yang sangat terkenal tinggal di kota Munich, Jerman. Di pintu masuk kota itu
terdapat sebuah papan iklan besar yang memuatkan kalimah dalam bahasa Jerman
yang bererti:
"ANDA BELUM MENGETAHUI INDAHNYA YOKOHAMA!"
Pendakwah tadi meletakkan sebuah
papan iklan yang besar di samping papan iklan tadi. Di dalamnya tertulis:
"ANDA BELUM
MENGETAHUI ISLAM,
JIKA ANDA INGIN MENGETAHUINYA,
MAKA HUBUNGI KAMI DI NOMBOR TELEFON INI."
Maka berderinglah telefon dari
berbagai wilayah dan daerah yang terdapat di Jerman. Dalam tempoh setahun
terdapat kira-kira seratus ribu orang Jerman lelaki dan perempuan yang masuk
Islam melalui pendakwah tersebut. Kemudian dia mendirikan sebuah masjid, 'Islamic Centre' dan Lembaga Pendidikan.
Sesungguhnya manusia berada dalam
kebingungan dan sangat memerlukan agama yang agung ini sehingga mereka dapat
menikmati rasa aman, kedamaian dan ketenangan.
“Dengan (Al-Quran) itu Allah menunjukkan jalan-jalan keselamatan serta kesejahteraan kepada sesiapa yang mengikut keredaanNya, dan (dengannya) Tuhan keluarkan mereka dari gelap-gelita (kufur) kepada cahaya (iman) yang terang-benderang, dengan izinNya; dan (dengannya juga) Tuhan menunjukkan mereka ke jalan yang lurus.” (Quran, surah Al-Maidah: 16)
Suatu ketika, rombongan tertinggi pegawai Arab Saudi melawat negara Kemboja dan dibawa melawat sebuah sekolah agama, pelajar-pelajarnya terdiri dari kanak-kanak.
Apabila rombongan menghampiri sekolah, seorang
kanak-kanak telah menyapa mereka dengan menggunakan bahasa Arab, mengalu-alukan
kedatangan mereka.
Ketika rombongan duduk, seorang kanak-kanak
lain berucap dalam bahasa Arab dengan rasa gembiranya pihak sekolah berbesar
hati kerana dilawati dan memohon izin kepada hadiran untuk sama-sama
mendengar nyanyian ‘Asmaul Husna’, salawat dan nasyid dari pelajar-pelajar
sekolah.
Semasa dikumandangkan ‘Asmaul Husna’ ketua
rombongan pegawai tinggi Arab Saudi menangis teresek-esek sepanjang alunan “Asmaul Husna’ dilaungkan.
Semasa dijemput menyampai ucapan penghargaan,
ketua rombongan pegawai tinggi Arab Saudi yang menangis teresek-esek tadi berkata:
“Saya tidak menyangka
bahawa di negara yang pengganutnya menyembah patung-patung masih ada penduduknya
mentauhidkan Allah s.w.t.”
No comments:
Post a Comment