Senarai MPP dan wakil rakyat PKR tempelak Anwar: Berikut adalah teks kenyataan bersama ahli MPP & ahli parlimen PKR yang membidas Anwar dan senarai nama mereka.
Dua puluh tiga pemimpin kanan PKR bersama 14 anggota parlimen hari ini nmendesak Anwar Ibrahim - yang juga presiden mereka - supaya berhenti mengeluarkan kenyataan yang memecah-belahkan parti.
Dalam kenyataan bersama dikeluarkan pagi ini, mereka berkata sebagai presiden Anwar perlu segera menggembleng perpaduan anggota parti demi keutuhan PKR, Pakatan Harapan (PH) dan negara.
Mereka juga dikatakan tidak setuju dengan kenyataan Anwar semalam yang menyatakan Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, perlu melepaskan jawatan kerajaan sekiranya video berkenaan tulen.
No comments:
Post a Comment