Hatim al-Ta'i seorang penyair
terkenal. Beliau orang yang dimuliakan oleh kaumnya. Cakapnya sederhana; tidak
meninggi dan lemah, juga tidak sombong bahkan senentiasa merendah diri.
Suatu keistimewaan yang ada
padanya ialah ia senentiasa beruntung.
Kalau berperang dia selalu
menang. Kalau menternak, kambing-kambingnya akan membiak. Kalau menilik nasib,
dia selalu mendapat untung yang baik. Kalau bertanding dia selalu menang. Kalau
ditawan dia pasti akan dibebaskan. Itulah yang istimewanya yang ada pada Hatim
al-Ta'i.
Isterinya, Mawiah binti
Abdullah bercerita tentang sifat suaminya, Hatim al-Ta'i ketika orang ramai di
kampongnya dilanda kebuluran yang amat memeritkan. Terlihatlah di sana hati
budi sebenar yang bernama Hatim al-Ta'i.
Kata isterinya, pada suatu
malam kami benar-benar kelaparan. Hatim mengambil 'Adi. Aku mengambil Safanah.
Kami memujuk dan mendodoi kedua-dua anak kami hingga mereka tertidur. Hatiku
benar-benar sayu dengan susah payah suamiku.
Aku berpura-pura tidur untuk
menghalangnya dari terus bercerita.
Suamiku menyangka aku telah
tertidur. Dia memanggil namaku berulangkali. Aku tidak menjawab panggilannya.
Aku matikan diri. Hatim diam dalam kegelapan malam yang sepi itu.
Tiba-tiba sesuatu mendekati
khemah kami. Hatim menjenguk. Didapatinya seorang perempuan menuju ke arahnya.
"Hatim! Aku mahu meminta pertolongan darimu. Anakku sedang
kelaparan," kata perempuan itu.
"Bawa anak-anakmu ke mari! Demi Allah aku akan memberinya
makan," jawab Hatim.
Isteri Hatim yang tadi
pura-pura tidur segera bingkas bangun.
"Dengan apa abang mahu beri mereka makan. Anak-anak kita sendiri
tertidur dengan pujukan dodoian abang," kata Mawiah.
Hatim bangun menuju ke arah
kudanya. Kudanya yang seekor itu disembelih. Kemudian api dinyalakan. Hamparan
dibentangkan.
"Makanlah dan berilah anak-anakmu makan sehingga kenyang,"
suruh Hatim.
"Kejutkan anak-anak kita untuk makan," arah Hatim kepada
isterinya.
"Demi Allah! Daging ini cukup untuk penduduk di sini. Mereka juga
lapar seperti kita," kata Hatim lagi setelah isterinya mengejutkan
anak-anak mereka.
Hatim menghantar daging-daging
itu daripada rumah ke rumah dan menyuruh mereka membakarnya. Mereka makan
daging itu beramai-ramai. Hatim sendiri tidak menyentuh daging itu. Beliau
berasa puas hati dengan perbuatannya itu.
"Demi Allah! Peristiwa ini sungguh ganjil. Engkau mencerca sifat
pemuruhnya, tetapi berbangga dengan kemuliaan itu untuk selamanya,"
kata salah seorang daripada penduduk kampong.
"Ya! Hatim mahukan namanya disanjung orang, Mawiah mahukan
kehidupan."
Hatim mengetahui perkara ini,
lalu ia bersyair:
"Dia mencerca sikap dermawanku,
Seolah-olah sikap ini menyakitkan hatinya,
Ingatlah!
Kemungkinan tidak akan musnah dan lenyap,
Ia bukan milik seorang yang bakhil,
Akhlak yang terpuji sentiasa dikenang,
Meskipun telah sampai ke liang lahad,
Sesiapa yang melakukan perkara yang tidak baik,
Dia telah menyalahi tabiatnya."
Kisah ini menunjukkan tentang
sifat kesederhanaan dan ia pula dijadikan catatan untuk rekod sebagai ingatan
dan panduan kepada mereka selepasnya.
Sehingga kini kita belum lagi
mendengar seseorang akan menginfakkan harta dan diri kecuali mereka yang bergelar
muslim.
------------------------
Kulia Maghrib 1
Surau Al-Maarif, Sungai
Sering,
Bukit Antarabangsa
16 Julai 2019
No comments:
Post a Comment