Bila kita
meneliti perkembangan tamadun manusia, sudah pasti kita dapati bahawa junjungan Nabi
s.a.w. senentiasa diberi perhatian oleh
generasinya terhadap hadith-hadith dengan menghafalnya dan dikaji setiap masa,
diadakan majlis-majlis ilmu mempelajarinya dan mengajar anak-anak.
Disamping itu diwujudkan sekolah-sekolah untuk
mengkaji dan masyarakat pula memathui displin kepada mereka yang banyak
menghafaznya, seperti para imam mazhab; Syafie, Maliki, Hanafi dan Hambali.
Bahkan,
ratusan perawi menghabiskan umur mereka untuk mengumpul, menyusun dan mencatat
hadith.
Mereka juga
mengembara dari sebuah negeri ke sebuah negeri untuk mempastikan hadith-hadith
itu, menghalusi lafaz-lafaz hadith, perawi serta sejarah hidup mereka seperti
Al-Bukhari, Muslim, Al-Nasai, Imam Ahmad, Al-Tirmizi, Abu Daud, Al-Tabarani dan
lain-lain.
Di kalangan mereka itu ada yang menghafaz 700,000 hadith
Rasulullah s.a.w. dengan sanad dan kedudukannya.
Perkara ini
ditekankan kerana hadith merupakan sebahagian dari agama yang mengatur kehidupan harian bagi seseorang muslim, sama ada melalui
salatnya, zakatnya, puasanya, hajinya, jual belinya, nikah cerainya, serta
hubungan kekeluargaan dan kejiranan.
Ia juga menjelaskan tanggungjawab kepada
Tuhan Rabbal alamin dan umatnya.
Hadith Nabi
s.a.w. mendapat perhatian utama daripada orang-orang Islam berdasarkan suruhan
Allah s.w.t., firmanNya dalam surah Al-Hashar: 7:
“Apa yang Allah kurniakan kepada RasulNya (Muhammad) dari harta penduduk
negeri, bandar atau desa dengan tidak berperang, maka adalah ia tertentu bagi
Allah, dan bagi Rasulullah, dan bagi kaum kerabat (Rasulullah), dan anak-anak
yatim, dan orang-orang miskin, serta orang-orang musafir (yang keputusan).
(Ketetapan yang demikian) supaya harta itu tidak hanya beredar di antara
orang-orang kaya dari kalangan kamu. Dan apa jua perintah yang dibawa oleh
Rasulullah (s.a.w) kepada kamu maka terimalah serta amalkan, dan apa jua yang
dilarangNya kamu melakukannya maka patuhilah laranganNya. Dan bertaqwalah kamu
kepada Allah; sesungguhnya Allah amatlah berat azab seksaNya (bagi orang-orang
yang melanggar perintahNya).”
Hadith-hadith
Nabi s.a.w. yang dicatat dan dipastikan
merupakan dokumen sejarah yang mendapat sanjungan daripada orang yang waras.
Dalam
dokumen ini kita menemui mukjizat serta bukti kerasulan yang telah
diperlihatkan oleh Nabi s.a.w. kepada manusia.
Berasaskan itu, mereka telah beriman
dan mempercayainya.
Allahu akhbar.
------------------------
Kuliah Maghrib 1
Surau Al-Maarif, Sungai Sering,
Bukit Antarabangsa
18 Jun 2019
No comments:
Post a Comment