Friday, June 21, 2019

AMALKAN hidup sihat


Seorang bijak pandai mengatakan bahawa barangsiapa ingin sihat hendaklah ambil perhatian berkaitan perkara-perkara berikut, antaranya (mereka yang hidup di negara aman damai):


Menjaga harga diri.

Menepati janji.

Dermawan.

Takwa.

Makan buah-buahan ketika musimnya di  kawasan mastautin.

Tidak digalakkan makan makanan berbagai bercampur pada masa sama.

Minum air segar sebelum tidur dan ketika bangun pagi.

Amalkan bangun pagi bagi menunaikan salat.

Memperbaiki menu makannya.

Makan dalam keadaan bersih.

Minum ketika benar-benar haus.

Mengurangi kebiasaan banyak minum.

Jangan dipenuhi perut dengan makanan dan minuman berlebihan.

Merehatkan badan setelah makan siang.

Menyegerakan makan malam.

Berjalan-jalan selepas makan malam.

Tidak menyimpan makanan yang akan melukai dalam penghadaman.

Tidak tidur kecuali setelah membuang qada hajat dahulu (kencing atau berak).

Amalkan setiap hari membersihkan mulut atau bersugi ketika hendak menunaikan salat fardu.

Jangan mandi setelah makan.

Mandi dengan air panas ketika musim panas.

Jangan mandi air panas pada musim sejuk (atau mandi kerana semalaman pasang penghawa dingin).

Mandi air panas pada musim panas berbanding mandi dengan air panas pada musim sejuk 10 kali lebih kebaikannya.

Jika mudah didapati, amalkan makan madu, habbatus saudah, kurma dan minum air zam-zam.

Menolak nasihat.

Bersama-sama orang-orang yang bodoh dan mentertawakan orang-orang pandai.

Dapatkan rawatan sembelit kerana ia permulaan kepada penyakit buasir.

Selepas kencing berdehem sambil urut zakar kehadapan ketika membasuhnya.

Ketika hendak qada hajat (kencing atau berak) jangan ditangguh atau dilengah-lengahkan.

Amalkan berpuasa 3 hari sebulan untuk mengurangkan lemak badan (kolestrol) atau kalau tidak puasa banyakkan berlapar.

Jangan makan ubat jika tidak sakit. Ubat diperlukan oleh orang sakit sahaja.

Jangan menunjuk-nunjuk kemewahan kecuali boleh berkongsi dengan orang lain.

Hiduplah secara sederhana (biasa) walaupun seorang  jutawan.

Sabar dan kurangkan marah kerana marah itu baran, baran pula boleh menyerap penyakit darah tinggi.

Kekalkan keceriaan seperti kcerianya burung-burung berkicauan.

Awas keluar masuk tandas terutama waktu subuh (di dalam tandas udaranya panas kerana tertutup manakala suhu bilik sejuk) terutama kepada pesakit darah tinggi.

Jangan hala kipas ke badan tanpa alas khuatir kekejangan (badan bersifat  panas kipas pula  menyejukkan).

Sifat berlebih-lebihan bertentangan dengan tabiat jiwa.




















No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Your Website Title
How to Share With Just Friends

How to share with just friends.

Posted by Facebook on Friday, December 5, 2014