Untuk kita
memahami betapa pentingnya sejarah hidup Nabi s.a.w. di dalam merakam
fakta-fakta, keterangan-keterangan serta perbuatan Nabi s.a.w. maka
perhatian kepada tokoh-tokoh pemimpin hari ini, kemudian kita bertanya;
"Apa yang kita
tahu siapa bapanya, siapa ibunya, siapa datuknya, siapa anak lelakinya, siapa anak
gadisnya?
Adakah kita
tahu dimana pemimpin itu dilahirkan, di mana ia dididik, siapa yang
menyusukannya, siapa memeliharanya, siapa sahabat-sahabatnya, siapa nama-nama
mereka, bagaimana permulaan terjalin persahabatan mereka, apa makanan mereka,
pakaian dan minuman yang digemari oleh pemimpin itu serta apa pandangan pemimpin
itu tentang urusan kehidupan keseluruhannya sama ada di dunia dan setelah
kematian?"
Ketika itu
kita akan dapati semacam suatu teka-teki mengenai kehidupan pemimpin itu yang kita
tidak mengetahui walaupun banyak akhbar, buku-buku, buletin, majalah, risalah
dan biografi serta siaran yang menyentuh mengenai pemimpin tersebut didedahkan.
Sementera itu
kita mengetahui tentang Nabi s.a.w. di dalam kitab-kitab, buku-buku yang
menggambarkan perawakannya, warna kulitnya, pakaiannya, bentuk capalnya malahan diterangkan kehidupan Nabi s.a.w. secara terperinci.
Bukan kita
sahaja mengetahuinya, tetapi jutaan manusia di seluruh pelusuk dunia dan pada
setiap masa mengetahui secara terperinci kehidupan Nabi s.a.w., maka sejarah hidup Nabi s.a.w. merupakan sejarah hidup yang paling harmoni dan
paling terang di atas muka bumi ini.
Kita
tidak pernah mengenali seorang pun manusia yang berjuta-juta orang di dalam tempoh kehidupan mereka dan selepas
kematiannya dibicarakan oleh masyarakat secara terperinci, berulangkali dan dijadikan panduan hidup; perbuatan dan gerak
lakunya, bimbingan manusia serta dijadikan doa seruan
di dalam salat dan ibadat seperti yang dilakukan terhadap Nabi s.a.w.
Segala kesan
amalan yang dilakukan Nabi s.a.w. dikumpulkan dan dibuat ulasan secara
berhati-hati, secara cermat dan terhormat.
Perhatian dan
rakaman gerak laku kehidupan Nabi s.a.w. yang dijadikan contoh teladan
dikira ibadah yang diberi pahala kepada orang yang melakukannya serta menghampirkan
diri kepada Allah s.w.t.
------------------------
Kuliah Maghrib 2
Surau Al-Maarif, Sungai Sering,
Bukit Antarabangsa
18 Jun 2019
No comments:
Post a Comment