Sunday, June 23, 2019

INSTITUSI zakat disaran turun padang dekati asnaf: Mujahid



BERNAMA | 22 Jun 2019


Beliau berkata golongan itu seharusnya dijejaki supaya mendapat bantuan zakat yang sememangnya hak mereka.

"Bila kata hak, tidak boleh tunggu mereka minta, kita kena bagi dan cari, itu dasar hari ini...

"Yang di-Pertuan Agong (Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah) selalu pesan kalau nak cari orang miskin suruh datang cari kita, kadang-kadang mereka tidak datang kepada kita, malah mereka tidak tahu pun kita, oleh kerana itu, kena pergi cari mereka," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Majlis Sambutan Aidilfitri Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) Tahun 2019 di sini, hari ini. Pada majlis itu, beliau turut menyampaikan sumbangan kepada 500 orang anak yatim dan anak-anak asnaf termasuk 200 orang berbangsa Cina dan India.

Sementara itu, Mujahid berkata selari dengan gagasan pengurusan Islam yang diperkenalkan iaitu Islam Rahmatan Lila'lamin, masyarakat yang berlainan agama turut diraikan dan menerima sumbangan dalam majlis berkenaan.

"Kemiskinan tiada sempadan, bangsa (atau) agama. Ia masalah kemanusiaan. Mereka sangat gembira diraikan hari ini, pemimpin mereka datang jumpa saya, kata inilah pertama kali satu institusi majlis agama (Islam) jemput mereka dengan penuh penghormatan," jelasnya.

Turut hadir, Pengerusi MAIWP Datuk Seri Syed Hussien Alhabshee dan Ketua Pegawai Eksekutif MAIWP Datuk Abdul Aziz Jusoh.

Majlis yang dihadiri 1,000 tetamu itu turut menyaksikan kehadiran Menteri Kanan Tugas-tugas Khas Kemboja, Datuk Dr Othsman Hassan. -Bernama


Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/article/33877/BERITA/Nasional/Institusi-zakat-disaran-turun-padang-dekati-asnaf-Mujahid
© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Your Website Title
How to Share With Just Friends

How to share with just friends.

Posted by Facebook on Friday, December 5, 2014