Friday, June 28, 2019

MENTERI dan asnaf putrajaya memeriahkan semarak syawal 1440h


Putrajaya - Menteri di Jabatan Perdana Menteri YB Fauziah Salleh hadir bersama-sama asnaf Putrajaya sempena Semarak Syawal 1440H yang dianjurkan oleh MAIWP cawangan Putrajaya di Dewan Seri Siantan, Presint 3, di sini hari ini.

Turut hadir memeriahkan majlis tersebut Ketua Pegawai Eksekutif MAIWP Datuk Abdul Aziz Jusoh dan Pengarah Jawhar Tuan Haji Roslan Said.

Pada majlis tersebut, YB Menteri telah meraihkan golongan asnaf seramai 300 orang; termasuklah penerima bantuan kewangan, perubatan, peralatan kesihatan, pesakit hemodialisis, pendidikan sekolah dan Institusi Pengajian Tinggi.

Keseluruhan bantuan berjumlah RM2.83 juta.

YB Menteri berharap pada tahun ini MAIWP dapat mengadakan majlis walimatulurus beramai-ramai bagi meraihkan pengantin baru.

"Tahniah kepada MAIWP kerana menyediakan kerangka SOP (Standard Operation Prosedure) Paza di setiap kawasan Parlimen Wilayah Persekutuan.

"SOP ini memudahkan persoalan dan saluran bantuan dihulurkan mengikut tempoh yang ditetapkan," ujar beliau.

Seterusnya YB Menteri berharap golong asnaf suatu hari nanti dapat keluar dari kepongpong golongan asnaf kepada berdikari.

"Selamat Hari Raya maaf zahir dan batin"


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Your Website Title
How to Share With Just Friends

How to share with just friends.

Posted by Facebook on Friday, December 5, 2014