Manakala orang dungu akan membuat suatu musibah
berganda-ganda dan bertumpuk yang menyesakkan nafasnya.
Rasulullah s.a.w. ketika diusir dari Mekah, Baginda
berhijrah di Madinah dan kemudiannya membangunnya menjadi sebuah negara yang
sangat akrab di telinga dan mata sejarah.
Ahmad Hanbal pernah dipenjara dan dihukum dera, tetapi
kerana itu ia menjadi imam salah satu mazhab.
Ibnu Taimiyyah pernah dipenjara, tetapi penjara itu
banyak melahirkan karya hebat.
As-Sarakhsi pernah dikurung si dasar perigi
bertahun-tahun, tetapi tempat itulah ia mengarang buku 20 jilid.
Ibnu Atsir ketika dipecat dari jawatannya, ia berhasil
menyelesaikan karyanya 'Jami'ul Ushul' dan 'An-Nihayah', salah satu buku
terkenal tentang hadith.
Ibnu Jauzi pernah dibuang negeri dari Baghdad, namun
mengasah bakatnya dengan menguasai
'qira'ah sab'ah.
Malik Ar-Raib mengidap penyakit yang mematikan, namun ia
mampu menghasilkan syair-syair yang sangat indah dan setanding dengan penyair
besar zaman Abbasiyyah.
Abi Dzuaib Al-Hudzali kematian semua anak-anaknya kerana
musibah, namun ia mampu mencipta nyanyian-nyanyian puisi yang mampu menutup
mulut para pendengarnya, pendengarnya seperti tersihir, memaksa pendengarnya
bertepuk tangan terpukau saat mendengarnya.
Begitulah, ketika ditimpa suatu musibah, kita harus
melihatnya dari sudut positif; ketika seseorang memberi air limau maka kita
tambah sesudu gula memaniskannya, ketika menerima seekor ular dari seseorang
ambil kulitnya yang mahal itu dan buang bahagian tubuh yang lain, ketika
disengat kala jengking ketahuilah bahawa sengatan itu sebenarnya memberikan
kekebalan pada tubuh kita dari bahaya bisa ular.
'Boleh jadi kita benci sesuatu padahal ia amat baik bagi
kita'.

No comments:
Post a Comment