Monday, April 17, 2017

WASIAT Nabi Yusuf diperkenankan



Nabi Yusuf a.s. telah diberikan separuh dari kecantikan seluruh manusia. Ketampanan, kelembutan dan kehalusan kulit diberikan kepadanya,  hingga  makhluk yang ada di dunia mengenalnya dengan ketampanan dan keindahan perangainya.

Ketampanan Nabi Yusuf a.s. adalah warisan dari datuknya, Nabi Ishak a.s.. Nabi Ishak sendiri adalah orang Ibrani dan beliau mewarisi kecantikan dari Sarah, ibunya. Dikisahkan bahawa kecantikan Sarah adalah setengah dari kecantikan Hawa.

Setelah Nabi Yusuf a.s. mendapat kenikmatan sama ada melalui orang-orang terdekat atau yang jauh patuh kepadanya, termasuklah  saudara-saudara dan ayahnya merendahkan diri di hadapannya. Perkara ini dibolehkan dalam syariatnya dan Allah s.w.t. telah memuliakannya dengan Islam.

Nabi Yusuf a.s. berdoa:


A101


"Wahai Tuhanku! Sesungguhnya Engkau telah mengurniakan daku sebahagian dari kekuasaan (pemerintahan) dan mengajarku sebahagian dari ilmu tafsiran mimpi. Wahai Tuhan yang menciptakan langit dan bumi Engkau Penguasa dan Pelindungku di dunia dan di akhirat; sempurnakanlah ajalku (ketika mati) dalam keadaan Islam, dan hubungkanlah daku dengan orang-orang yang soleh". (Quran, surah Yusuf: 101)

Dalam ajaran Islam, tidak diperbolehkan  bagi seseorang meminta atau mengharapkan kematian kecuali jika dia khuatir terjadi fitnah dan kemungkaran pada dirinya.

Rasulullah s.a.w pernah berdoa:


“Ya Allah, aku memohon kepadaMu agar aku selalu mengerjakan segala bentuk kebaikan, menjauhi segala bentuk kemungkaran, dan mengasihi orang-orang miskin. Dan jika Engkau menghendaki fitnah terjadi pada suatu kaum maka kembalikanlah diriku kepadaMu dalam keadaan tidak terfitnah” (Hadith riwayat  ahmad dan Tirmidzi dari Ibnu Abbas)


Namun, jika keadaan aman dari kemungkaran maka tidak diperbolehkan meminta kematian.

Diriwayatkan dari Anas bin Malik r.a. bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda:


“Janganlah seorang di antara kamu mengharapkan kematian kerana musibah yang menimpanya dan apabila dia memang harus mengharapkan, sebaiknya dia berkata: Ya Allah! Hidupkanlah aku selama kehidupan itu yang terbaik bagiku, dan matikanlah aku jika kematian itu yang terbaik bagiku.” (hadith riwayat Bukhari dan Muslim)


Ketika umur Nabi Yusuf a.s. telah mencapai 120 tahun beliau berbaring menanti kematian. Beliau berwasiat kepada Bani Israil dan penduduk Mesir agar jasadnya dimakamkan di dekat datuk dan ayahnya; Nabi Ibrahim a.s., Nabi Ishak a.s. dan Nabi Yakub a.s..

Ketika Nabi Yusuf a.s. wafat, Bani Israil mengawetkan jasadnya kemudian ditempatkan di dalam peti. Jasadnya baru dibawa keluar dari Mesir ketika Firaun bersama tenteranya keluar dari Mesir. Pada saat itu, Nabi Musa a.s. ikut bersama membawa jasad Nabi Yusuf a.s..

Jasad Nabi Yusuf a.s. dimakamkan berdekatan ayah dan datuknya sesuai dengan wasiatnya.


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Your Website Title
How to Share With Just Friends

How to share with just friends.

Posted by Facebook on Friday, December 5, 2014