Friday, January 25, 2019

PERKEMBANGAN ilmu perubatan sebelum kedatangan islam



Oleh: Ibrahim Jauhari
dikemaskini 18 Jan 2019


Sistem perubatan Islam pada mula sejarahnya telah diceduk daripada pengaruh tamadun kuno. Unsur pengaruh kuno ini kebanyakannya berasal daripada ilmu perubatan Yunani atau sistem perubatan Hipocrates dan juga amalan-amalan perubatan daripada tamadun India dan China (Ismail Saad, 1985: 1). Pengaruh-pengaruh kuno ini kemudiannya dimajukan lagi dengan disiplin ajaran Islam dan dibentuk dalam acuan yang sejajar dengan prinsip-prinsip Islam.

Namun, kemajuan perubatan yang berasaskan dibina sebelum Islam berasaskan prinsip penganalisaan dan pengalaman yang dibentuk daripada konsep aliran Yunani ini mulai lumpuh kira-kira dua ratus tahun sebelum Hijrah. Kelumpuhan ini berpunca daripada peperangan, penyakit yang merebak dan melanda umatnya serta serang puak Barbarian yang merentas pergunungan Alps lalu menyerang Itali dan meruntuhkan empayar Rom (Ismail Saad, 1985: 1).

Apabila meninjau kedudukan ilmu perubatan dalam lingkungan dunia Arab secara khusus sebelum kedatangan Islam, maka terdapat dua pandangan ahli akademik berhubung perkara ini. Ada yang perpandangan bahawa dunia Arab sebelum Islam tidak mempunyai sistem perubatannya yang saintifik dan sistematik dan ada pula sebahagian yang lain mencanggahi pandangan tersebut.

Menurut Ahmad Taha (1992: 9), orang-orang Arab sebelum kedatangan Islam sebenarnya tidaklah begitu arif tentang ilmu perubatan. Sebab itu, mereka amat ketinggalan di dalam bidang ini. Boleh dikatakan asas perubatan mereka ialah mempercayai bahawa punca penyakit adalah dari semangat ruhruh yang jahat. Mereka sering mendapatkan rawatan daripada para sami, tukang-tukang tilik, ahli nujum dan tukang-tukang sihir. Disamping itu, mereka juga menggunakan jampi serapah dan tangkal-tangkal untuk merawat penyakit. (AhmadTaha, 1992).

Pandangan yang dikemukakan oleh Ahmad Taha (1992) di atas tidak dipersetujui oleh Dr. ‘Ali Abdullah al Difa dan beliau menegaskan bahawa kemajuan orang-orang Arab sebelum kedatangan Islam di dalam bidang perubatan sebenarnya telah pun terserlah. Cuma dengan kedatangan Islam yang menjadi titik tolak awal ke arah pembentukan tamadun baru dunia, bidang ini lebih menonjol kepentingan dan keperluannya.

Seorang penulis sejarah ilmu perubatan Islam, Dr. ‘Amir al Najjar menyetujui pendapat yang kedua ini. Beliau memberi alasan bahawa suasana yang menyelubungi tanah Arab seperti banyaknya terdapat pokok-pokok dan tumbuh-tumbuhan telah menolong menjadikan mereka ke depan di dalam ilmu perubatan. Mereka menggunakan sumber-sumber ini di dalam pengamalan perubatan (Amir al Najjar, 1987:52).

Menurut Ustaz ‘Abbas al Aqqad, dakwaan yang mengatakan mereka (orang-orang Arab pada zaman Jahiliyyah) hanya terlibat dengan kaedah perubatan maknawi sahaja (seperti menggunakan tukang nujum, ahli sihir dan sebagainya) sebenarnya kurang tepat. Bahkan bentuk perubatan secara saintifik lebih terdedah kepada mereka. Ini kerana mereka selalu terdedah dengan pekerjaan-pekerjaan yang boleh mendekatkan mereka kepada bentuk perubatan yang lebih saintifik seperti menggembala binatang ternakan. Pekerjaan seperti itu akan mendedahkan kepada mereka tentang sistem kelahiran anak, pembesarannya, bentuk penjagaannya, fungsi anggota tubuh badan, punca penyakit dan berbagai-bagai lagi.

Melalui rekod sejarah, terdapat beberapa orang ahli perubatan saintifik pada zaman tersebut. Antara yang terkemuka ialah Harith bin Kaldah al Thaqafi. Menurut Ibn Hajar, beliau (Harith) sempat berjumpa dengan junjungan Nabi Muhammad S.A.W, bahkan diriwayatkan bahawa ketika Sa’ad bin Abi Waqqas r.a sakit, baginda S.A.W telah mencadangkan supaya dijemput Harith bin Kaldah untuk membantu mengubati penyakit Sa’ad r.a. Walau bagaimanapun, Harith tidak memeluk Islam hingga ke akhir hayatnya (al Asqalani, 1948: 228-229).

Seorang lagi pengamal perubatan terkemuka pada zaman kedatangan Islam ialah Ibn Abi Ramthah al Tamimi. Diriwayatkan bahawa beliau juga mempunyai kepandaian di dalam bidang pembedahan (Amir al Najjar, 1987:58).


Rujukan:



Sunday, January 20, 2019

​KISAH tutupnya sebuah kumpulan whatsapp ​


Mudah-mudahan tidak terjadi dalam kumpulan kita, menyinggung perasaan dan seterusnya putus silaturrahim. Berhati-hati ketika bergurau.

Bermula dari chatting antara ahli lama dengan ahli baru.

Abang Din: Hello Sari, selamat datang ke kumpulan ini

SARI: Hello juga, saya ahli baru ni. Mohon bimbing ya.

Abang Chak: Ya Sari, jangan khuatir sayang, saya akan bantu apapun buat sayang.

Raof: Hello Sari, kalau  perlu bantuan bagi tahu saja, ‘anytime.’

Ibrahim: Hello Sari, saya sedia jadi teman ke mana saja. Hanya bagi tahu ya saying.

Abg Mi: Hello Sari, saya sentiasa available. boleh membantu, bila-bila masa.

SARI:  Terima kasih rakan-rakan semua diatas perhatian yang diberi. Abang-abang semua memang baik-baik belaka.

Pak Rahim: Nak tahu juga, nama penuh adik apa ya.

SARI:  SARIFUDIN, asli Jawa.

Abang Din keluar group.
Abang Chak keluar.
Raof keluar.
Ibrahim keluar.
Abang Mi keluar.
Pak Rahim sebagi admin keluar.

Cuma Soleh yang masih 'online'

SARI: Abang Soleh kenapa tak ikut keluar?

Soleh: Laaaa. Saya orang yang sabar, semua ni mesti ada hikmahnya.

SARI: Untuk makluman abang Soleh, nama lengkap saya INDAH PUTRI SARIFUDIN.

SARIFUDIN nama ayah saya, saya bekas ratu cantik Malaysia tahun 2015

SARI: Saya janda ditinggal mati, suami saya meninggal selepas selesai akad nikah, jadi kami belum sempat berbulan madu

SARI: Mudah-mudahan abang Soleh berkenan menjadi imam saya.

Soleh: Alhamdulillah. Masya Allah.

SARI: nama lengkap abang Soleh apa ya?

Soleh: SITI SOLEHAH

SARI keluar group.

Jangan ketawa sendiri ya.

Minta maaf, kalau nama kebetulan sama.

Semoga terhibur.

.........Laughter is the best medicine....





Saturday, January 12, 2019

LIMA petua semula jadi dapatkan anak kembar









#1. Amalkan makanan yang mengandungi kalsium

Penyelidikan oleh Dr. Gary Steinman, Pusat Perubatan Long Island New York State mengatakan wanita yang minum susu lima kali ganda cenderung dapat bayi kembar. Begitu juga kalau makan daging.

Hal ini kerana, protein yang terdapat pada haiwan adalah faktor penting bagi memastikan kehamilan kembar.

Protein ada pertumbuhan insulin yang dipanggil IGF. Ia terdapat dalam susu lembu dan produk haiwan lain yang membolehkan ovari bertindak lebih mudah sekaligus meningkatkan bilangan sel telur.


#2. Banyak makan

Jika anda banyak makan, tubuh berada dalam keadaan baik untuk memiliki lebih janin. Namun hati-hati, ini tidak bermaksud anda boleh makan apa saja sesuka hati tanpa melihat risiko lain yang boleh terjadi.


#3. Makan asid folik

Satu kajian dari Australia mendapati, asid folik menyumbang kepada kehamilan kembar. Tapi dalam penyelidikan yang lain ia sukar dibuktikan.


#4. Makanan yang tinggi zat besi

Ia boleh diperoleh daripada sayuran berdaun hijau, tiram dan bijirin.

Semua ini kaya dengan zat besi yang mampu merangsang pengeluaran sperma dan meningkatkan peluang anda untuk mempunyai kehamilan kembar.


#5. Merancang kehamilan

Merancang kehamilan adalah sangat penting jika anda benar-benar mengimpikan cahaya mata kembar.

Wednesday, January 9, 2019

TEORI peluang hamil kembar



Peluang Hamil Kembar Tinggi Dengan Petua Semula Jadi

Inginkan anak kembar? Di sini kami kongsikan petua mendapatkan bayi kembar melalui cara semulajadi.

Ramai ibu bapa yang teringin anak kembar kerana comel dan seronok memiliki dua anak dalam satu masa yang sama. Tapi apakah cara mendapatkan bayi kembar yang sangat berkesan?

Menurut doktor, membuat bayi kembar tidaklah mudah dan melahirkannya juga akan ada pelbagai risiko tertentu hingga ibu mungkin terpaksa memilih cara bersalin pembedahan.

Walau bagaimanapun, lima ke 10% wanita hamil akan mempunyai kehamilan kembar. Jadi, tidak mustahil untuk anda mempunyai peluang hamil kembar juga, kan?

Cara mendapatkan bayi kembar: 2 jenis kehamilan kembar sebelum tahu apa cara mendapatkan bayi kembar yang terbukti berkesan, jom kenali apakah 2 jenis kehamilan kembar ini dulu:

Kembar seiras: Satu telur (isteri) bersenyawa dengan satu benih sperma (suami). Kemudian embrio itu terbahagi dan menghasilkan dua embrio.

Kembar tak seiras: Berkongsi gen sesama sendiri (jantina mereka serupa contohnya lelaki-lelaki atau perempuan-perempuan atau boleh jadi jantinanya berlawanan lelaki-perempuan.

Kehamilan kembar berisiko tinggi pada ibu dan janin. Doktor pakar O&G perlu memberi perhatian khusus kepada kehamilan kembar ini. Ibu juga perlu mendapatkan hasil pemeriksaan kehamilan yang terbaik.

Banyak perkara yang harus diperhatikan ketika ibu hamil kembar seperti berat setiap janin, bilangan kembar sama ada dua, tiga atau lebih dan fungsi paru-paru yang boleh menyebabkan ketidakupayaan atau kematian.

Faktor-faktor bagi mendapatkan bayi kembar:

Sejarah keturunan kembar.
Umur linkungan 30-an atau lebih tua.
Mengambil ubat kesuburan sebelum mengandung.
Menjalani prosidur IVF (bayi tabung uji).

Terdapat juga maklumat dari Majalah Parenting Real mengatakan wanita yang gemuk atau memiliki indeks jisim badan lebih besar mempunyai peluang cerah untuk hamil kembar.

Kredit: Little baby life



Wednesday, January 2, 2019

ULAMA' beri perumpamaan


Ada seekor katak yang nampak nelayan sedang memancing.
Jadi katak itu pun masuk kedalam air dan ingin berjumpa ikan.

Katak itu tegur ikan yang sedang memakan umpan nelayan itu.

Katak itu beritahu pada ikan; 

"Jangan makan cacing ni, sebenarnya ini perangkap, kalau kau makan juga, kau akan ditangkap, perut kau akan dibelah, kulit kau akan dibakar atas api. Mereka akan makan makan kau (sebabnya katak ini tahu keadaan di atas darat )."

Tapi ikan ini tak ambil endah teguran si katak dan bila sahaja ikan itu makan umpan itu, ikan itu di sentap dan ditarik naik keatas, ikan itu terkejut, dia nampak apa yang dikatakan oleh katak sebenar adalah benar.

Dia yakin yang dia akan di bakar, kulitnya akan disiat, perutnya akan dibelah.

Ikan itu sangat menyesal. Tapi, tak ada dah peluang untuk kembali dalam air.

Ulama' beritahu.

Keadaan sama pada kita manusia, bila ada orang beritahu kepada kita keadaan kita nanti, di padang masyhar, balasan neraka, balasan syurga, azab neraka, titian sirat, kita ambil tak endah saja.

Bila sudah mati, hijab akhirat akan dibuka.

Kita nampak manusia yang dibakar atas api.

Orang yang akan diseksa kerana melakukan maksiat dan kemungkaran.

Seperti mana keadaan ikan telah nampak apa yang berlaku di atas darat.

Sahabatku yang disayangi Allah. Kita hanya ada satu peluang sahaja untuk beramal di dunia ini.

Jadi jangan bazirkan usia dan keringat kita perkara yang sia-sia, terutamanya bab akidah pegangan kita islam.

Semoga Allah beri kita kefahaman. Aamiin Allahumma Aamiin.






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Your Website Title
How to Share With Just Friends

How to share with just friends.

Posted by Facebook on Friday, December 5, 2014