Jadi katak itu pun masuk kedalam air dan ingin berjumpa
ikan.
Katak itu tegur ikan yang sedang memakan umpan nelayan itu.
Katak itu beritahu pada ikan;
"Jangan makan cacing ni, sebenarnya ini perangkap, kalau kau makan
juga, kau akan ditangkap, perut kau akan dibelah, kulit kau akan dibakar atas
api. Mereka akan makan makan kau (sebabnya katak ini tahu keadaan di atas darat
)."
Tapi ikan ini tak ambil endah teguran si katak dan bila
sahaja ikan itu makan umpan itu, ikan itu di sentap dan ditarik naik keatas,
ikan itu terkejut, dia nampak apa yang dikatakan oleh katak sebenar adalah
benar.
Dia yakin yang dia akan di bakar, kulitnya akan disiat,
perutnya akan dibelah.
Ikan itu sangat menyesal. Tapi, tak ada dah peluang untuk
kembali dalam air.
Ulama' beritahu.
Keadaan sama pada kita manusia, bila ada orang beritahu
kepada kita keadaan kita nanti, di padang masyhar, balasan neraka, balasan
syurga, azab neraka, titian sirat, kita ambil tak endah saja.
Bila sudah mati, hijab akhirat akan dibuka.
Kita nampak manusia yang dibakar atas api.
Orang yang akan diseksa kerana melakukan maksiat dan
kemungkaran.
Seperti mana keadaan ikan telah nampak apa yang berlaku di
atas darat.
Sahabatku yang disayangi Allah. Kita hanya ada satu peluang
sahaja untuk beramal di dunia ini.
Jadi jangan bazirkan usia dan keringat kita perkara yang
sia-sia, terutamanya bab akidah pegangan kita islam.
Semoga Allah beri kita kefahaman. Aamiin Allahumma Aamiin.
No comments:
Post a Comment