Peluang Hamil Kembar
Tinggi Dengan Petua Semula Jadi
Inginkan anak kembar? Di sini kami kongsikan petua
mendapatkan bayi kembar melalui cara semulajadi.
Ramai ibu bapa yang teringin anak kembar kerana comel dan
seronok memiliki dua anak dalam satu masa yang sama. Tapi apakah cara
mendapatkan bayi kembar yang sangat berkesan?
Menurut doktor, membuat bayi kembar tidaklah mudah dan
melahirkannya juga akan ada pelbagai risiko tertentu hingga ibu mungkin
terpaksa memilih cara bersalin pembedahan.
Walau bagaimanapun, lima ke 10% wanita hamil akan mempunyai
kehamilan kembar. Jadi, tidak mustahil untuk anda mempunyai peluang hamil
kembar juga, kan?
Cara mendapatkan bayi kembar: 2 jenis kehamilan kembar sebelum tahu apa cara mendapatkan bayi kembar yang terbukti
berkesan, jom kenali apakah 2 jenis kehamilan kembar ini dulu:
Kembar seiras:
Satu telur (isteri) bersenyawa dengan satu benih sperma (suami). Kemudian
embrio itu terbahagi dan menghasilkan dua embrio.
Kembar tak seiras:
Berkongsi gen sesama sendiri (jantina mereka serupa contohnya lelaki-lelaki
atau perempuan-perempuan atau boleh jadi jantinanya berlawanan lelaki-perempuan.
Kehamilan kembar berisiko tinggi pada ibu dan janin. Doktor
pakar O&G perlu memberi perhatian khusus kepada kehamilan kembar ini. Ibu
juga perlu mendapatkan hasil pemeriksaan kehamilan yang terbaik.
Banyak perkara yang harus diperhatikan ketika ibu hamil
kembar seperti berat setiap janin, bilangan kembar sama ada dua, tiga atau
lebih dan fungsi paru-paru yang boleh menyebabkan ketidakupayaan atau kematian.
Faktor-faktor bagi mendapatkan bayi kembar:
Sejarah keturunan kembar.
Umur linkungan 30-an atau lebih tua.
Mengambil ubat kesuburan sebelum mengandung.
Menjalani prosidur IVF (bayi tabung uji).
Terdapat juga maklumat dari Majalah Parenting Real
mengatakan wanita yang gemuk atau memiliki indeks jisim badan lebih besar
mempunyai peluang cerah untuk hamil kembar.
Kredit: Little baby life
No comments:
Post a Comment