Saturday, August 31, 2019
Friday, August 30, 2019
SELAMAT tahun Baru 1441H
Menjelang selesainya salat Asar 30 Zulhijjah, tahun 1440H, mulalah tahun 1440H melabuhkan tirainya untuk
beberapa jam sebelum beralih kepada tahun 1441H.
Ia menandakan berakhirnya tahun 1440H, apabila matahari mula membenamkan dirinya di ufuk barat pada hari tersebut, dan bermulanya tahun 1441H.
Ia menandakan berakhirnya tahun 1440H, apabila matahari mula membenamkan dirinya di ufuk barat pada hari tersebut, dan bermulanya tahun 1441H.
Bagi umat Islam, kalender ini penting bagi menentukan syiar-syiar
Islam terus dilaksanakan menurut ketetapan dan peristiwa-pristiwa yang berlaku untuk dijadikan sandaran panduan.
Ketepatan kalendar hijriah ini dapat diperhatikan menurut urutan perubahan-perubahan bulan di langit dari sehari ke sehari. bermula ketika bulan mula muncul, mengembang dan menyusut mengecil sehinggalah lenyap. Perubahan-perubahan tersebut terus berlaku menurut tabiinya.
Ketepatan kalendar hijriah ini dapat diperhatikan menurut urutan perubahan-perubahan bulan di langit dari sehari ke sehari. bermula ketika bulan mula muncul, mengembang dan menyusut mengecil sehinggalah lenyap. Perubahan-perubahan tersebut terus berlaku menurut tabiinya.
Kadang-kadang perubahan-perubahan bentuk bulan, biasanya
menurut urutannya dimulai dengan; bulan baru atau bulan mati, kemudian bulan
alis mata atau bulan sabit, diikuti dengan bulan setengah lingkaran, dan bulan
bungkuk, atau bulan cembung. Kemuncaknya berada pada bulan penuh atau purnama. Selepas
itu menyusut dengan kedudukan yang berlawanan dengan pengembangan bulan
sehinggalah ia lenyap.
Bagi mereka yang menuruti peredaran bulan, perkembangan dan peristiwa yang pernah berlaku; terutamanya
bulan-bulan hijriah maka di sana ada petunjuk tentang perkembangan manusia dan
kehidupan mereka.
Ambillah peringatan daripadanya kerana tempohnya singkat antara 29 hari atau 30 hari sahaja. ia pula tidak berkurang dan tidak melebihi batas hari tersebut.
Ambillah peringatan daripadanya kerana tempohnya singkat antara 29 hari atau 30 hari sahaja. ia pula tidak berkurang dan tidak melebihi batas hari tersebut.
Binalah azam baru, bahawa esok lebih baik dari hari ini.
Amin.
Selamat tahun baru 1441H.
Tuesday, August 27, 2019
LHDN saman anak perempuan Najib, tuntut RM10.3 juta
LHDN saman anak perempuan Najib, tuntut RM10.3 juta: Kerajaan selaku plaintif memfailkan writ saman dan pernyataan tuntutan bagi menuntut cukai pendapatan yang tidak dibayar dari 2011 hingga 2017.
Selepas bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan anak lelakinya Datuk Mohd Nazifuddin disaman Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), kini anak perempuannya pula diarah membayar RM10.3 juta cukai pendapatan yang tidak dibayar dari 2011 hingga 2017.
Kerajaan Malaysia selaku plaintif memfailkan writ saman dan pernyataan tuntutan itu melalui LHDN pada 24 Julai lepas di Mahkamah Tinggi Shah Alam, Selangor, dengan menamakan Nooryana Najwa Mohd Najib, 31, sebagai defendan.
Mengikut penyataan tuntutan itu, Kerajaan Malaysia mendakwa Nooryana Najwa gagal mengemukakan Borang-Borang Nyata Orang Perseorangan di bawah Seksyen 77 Akta Cukai Pendapatan 1967 bagi tahun-tahun taksiran 2011 hingga 2017 kepada LHDN.
Kerajaan Malaysia berkata oleh itu satu taksiran di bawah subseksyen 90(3) Akta Cukai termasuk penalti telah dibangkitkan melalui Notis-Notis Taksiran bertarikh 15 Mac 2019.
Vince Focarelli
· 24 Ogos ·
Namanya Vince Focarelli (Muallaf)
Mantan Bos Gangster di Australia
1. Semua dosanya yang lalu akan diampuni.
Dalilnya: Quran surat
Al-Anfaal: 38, ertinya:
“Katakanlah (wahai Muhammad)
kepada orang-orang yang kafir itu, jika mereka berhenti (dari kekufurannya),
nescaya akan diampunkan dosa mereka yang telah lalu, dan jika mereka kembali
lagi (ingkar maka Kami akan menyeksa mereka), kerana sesungguhnya telah
berlakulah kebinasaan orang-orang (yang kufur ingkar) dahulu kala.”
Hadits ‘Amr bin ‘Ash r.a yang menceritakan kisahnya ketika masuk Islam,
ia berkata: Ketika Allah menjadikan Islam di dalam hatiku, maka aku mendatangi
Rasulullah s.a.w. dan kukatakan, 'Bentangkan tangan kananmu, maka aku akan
membaiatmu', maka beliaus.a.w. membentangkan tangan kanannya." Amru bin
al Ash berkata, 'Lalu aku memegang tanganku'. Beliau bertanya: 'Ada apa
denganmu wahai Amru? ' Aku menjawab, 'Aku ingin memberikan persyaratan.' Beliau
bersabda: "Kamu meminta syarat apa? ' Aku menjawab, 'Dengan syarat aku
diampuni.' Beliau bersabda: "Apakah kamu tidak tahu bahwa Islam telah
menghapuskan dosa yang telah terdahulu, dan bahwa hijrah juga menghapuskan dosa
yang terdahulu, dan haji juga menghapuskan dosa yang terdahulu.' (HR.
Muslim no.121)
2. Tetap diterimanya amal kebaikan sewaktu kafir dulu.
Dalilnya: Dari Hakim bin Hizam
r.a. ia berkata:
"Wahai Rasulullah, bagaimana pendapatmu, saat masih di zaman
Jahiliyah aku sering ber'ibadah mendekatkan diri dengan cara bershadaqah,
membebaskan budak dan juga menyambung silaturrahim, apakah dari itu semuanya
aku akan mendapatkan pahala?". Maka Nabi s.a.w. bersabda: "Kamu akan
menerima dari kebaikan yang dahulu kamu lakukan". (HR. Bukhari
no.2538)
3. Rasulullah s.a.w. bersabda:
"Apabila salah seorang dari
kalian memperbagus Islamnya maka setiap kebaikan yang dia kerjakan akan dicatat
sepuluh semisalnya hingga tujuh ratus kali lipat. Dan setiap kejelekan yang dia
kerjakan niscaya dicatat dengan semisalnya hingga dia menemui Allah."
(HR. Muslim no.129)
4. Masuk islam sebab terhindarnya seseorang dari siksa Neraka.
Dari Anas r.a. berkata:
"Ada seorang anak kecil Yahudi yang bekerja membantu Nabi s.a.w.
menderita sakit. Maka Nabi s.a.w.
menjenguknya dan Nabi s.a.w. duduk di sisi kepalanya lalu bersabda:
"Masuklah Islam". Anak kecil itu memandang kepada bapanya yang berada
di dekatnya, lalu bapanya berkata,: "Ta'atilah Abu Al-Qasim s.a.w.".
Maka anak kecil itu masuk Islam. Kemudian Nabi s.a.w. keluar sambil bersabda:
"Segala puji bagi Allah yang telah menyelamatkan anak itu dari
neraka". (HR. Bukhari no.1356)
Tuesday, August 20, 2019
Pakar bimbang hutang negara cecah RM58 bilion dalam 6 bulan
Pakar bimbang hutang negara cecah RM58 bilion dalam 6 bulan: (FMT) - Pakar ekonomi menggesa Putrajaya mengurangkan perbelanjaan dengan memetik angka Bank Negara Malaysia (BNM) menunjukkan kerajaan sudah meminjam RM58.1 bilion dalam tempoh 6 bulan pertama tahun ini.
Barjoyai Bardai dari Universiti Tun Abdul Razak berkata angka itu menunjukkan hutang kerajaan persekutuan meningkat daripada RM686.8 bilion pada akhir 2017 kepada RM799.1 bilion sekarang.
Beliau berkata angka BNM juga menunjukkan nisbah hutang berbanding Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) menunjukkan trend menurun pada 2018, kini meningkat 4% daripada 48.7% pada akhir Q1 2018 kepada 52.7% pada akhir Q2 2019.
“Berita tidak gembira ialah peningkatan hutang tempatan, hutang luar negara kita menurun,” katanya, sambil menyatakan nisbah hutang berbanding KDNK meningkat daripada 34.5% pada Q1 2018 kepada 40.1% pada Q2 2019.
Walaupun kutipan cukai jualan dan perkhidmatan melepasi jumlah yang diunjurkan, katanya, hasil yang diperoleh masih jauh rendah berbanding cukai barang dan perkhidmatan (GST).
Thursday, August 15, 2019
Semua angkara agenda politik - Zakir Naik
Semua angkara agenda politik - Zakir Naik: KUALA LUMPUR 14 Ogos - Pendakwah antarabangsa, Dr. Zakir Naik mendakwa, kenyataan beliau berhubung isu kesetiaan masyarakat India di negara ini telah disalah tafsir.
Zakir mendakwa, terdapat pihak-pihak yang terdesak menyaksikan ceramah beliau semata-mata mahu mencari kesalahan.
Namun ujarnya, mungkin mereka gagal mencari apa yang dihajati pihak-pihak berkenaan telah bertindak melakukan perkara tidak jujur.
"Sejak kelmarin, terdapat kempen di media menentang saya, berkenaan dakwaan yang dibuat di luar konteks dengan tujuan untuk menganiaya saya demi agenda politik.
"Perdana Menteri India mahukan saya, Perdana Menteri Malaysia tidak mahu ketidakadilan berlaku kepada saya. Hindu Malaysia kebanyakkan mereka menyokong Perdana Menteri
Petua,Idea dan Pandangan: Senarai 20 Rappers Yang Telah Memeluk Islam
Petua,Idea dan Pandangan: Senarai 20 Rappers Yang Telah Memeluk Islam: dari canada.connections.com
1. Philippe Fragione (Akhenaton)
Akhenaton adalah seorang rapper yang berasal dari Perancis yang mengisi masa mudanya dengan traveling ke New York, Amerika, untuk mencari pengalaman dan ilmu tentang rap. Di Amerika dia dikenali dengan nama Chill Phil. Akhenaton yang dilahirkan pada tahun 1968 di Marseille ini selain gemar bernyanyi rap dia juga seorang produser muzik hip hop Perancis. Selain itu, dia cukup pintar menulis, terbukti dengan munculnya tulisannya mengenai Hip Hop yang berjudul La deuxième génération du hip-hop (The second generation of hip-hop). Pada tahun 1989 dia membentuk kumpulan hiphop IAM yang berfokus pada lirik bertema kritikan keras sosial dan politik. Setakat ini, selain di IAM, dia juga bergiat solo dan telah menghasilkan 8 album sejak 1995 hingga 2010.
2. Erik Francis Schrody (Everlast)
Everlast adalah seorang rapper dari kumpulan House of Pain dan La Coka Nostra.Kerjayanya di bidang muzik rap telah membawanya pada anugerah Grammy Award di tahun 2000 untuk kategori the best rock performance bersama Carlos Santana.Everlast yang dilahirkan di New York pada tahun 1969, bersama DJ Lethal membentuk House of Pain dan dengan Danny Boy membentuk La Coka Nostra. Dalam kehidupan rapper, dia pernah bersiteru dengan Eminem sejak tahun 1999 gara-gara Eminem tidak mengendahkannya di sebuah konsert rapper. Perseteruan itu berlanjutan sehingga dimasukan ke dalam isi lirik lagu mereka.
Subscribe to:
Posts (Atom)
Your Website Title