Thursday, August 15, 2019

Petua,Idea dan Pandangan: Senarai 20 Rappers Yang Telah Memeluk Islam


Petua,Idea dan Pandangan: Senarai 20 Rappers Yang Telah Memeluk Islam: dari canada.connections.com 

1. Philippe Fragione (Akhenaton)

Akhenaton adalah seorang rapper yang berasal dari Perancis yang mengisi masa mudanya dengan traveling ke New York, Amerika, untuk mencari pengalaman dan ilmu tentang rap. Di Amerika dia dikenali dengan nama  Chill Phil. Akhenaton yang dilahirkan pada tahun 1968 di Marseille ini selain gemar bernyanyi rap dia juga seorang produser muzik hip hop Perancis. Selain itu, dia cukup pintar menulis, terbukti dengan munculnya tulisannya mengenai Hip Hop yang berjudul La deuxième génération du hip-hop (The second generation of hip-hop). Pada tahun 1989 dia membentuk kumpulan hiphop IAM yang berfokus pada lirik bertema kritikan keras sosial dan politik. Setakat ini, selain di IAM, dia juga bergiat solo dan telah menghasilkan 8 album sejak 1995 hingga 2010.


2. Erik Francis Schrody (Everlast)

Everlast adalah seorang rapper dari kumpulan House of Pain dan La Coka Nostra.Kerjayanya di bidang muzik rap telah membawanya pada anugerah Grammy Award di tahun 2000 untuk kategori the best rock performance bersama Carlos Santana.Everlast yang dilahirkan di New York pada tahun 1969, bersama DJ Lethal membentuk House of Pain dan dengan Danny Boy membentuk La Coka Nostra. Dalam kehidupan rapper, dia pernah bersiteru dengan Eminem sejak tahun 1999 gara-gara Eminem tidak mengendahkannya di sebuah konsert rapper. Perseteruan itu berlanjutan sehingga dimasukan ke dalam isi lirik lagu mereka.


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Your Website Title
How to Share With Just Friends

How to share with just friends.

Posted by Facebook on Friday, December 5, 2014