Tuesday, August 27, 2019

LHDN saman anak perempuan Najib, tuntut RM10.3 juta


LHDN saman anak perempuan Najib, tuntut RM10.3 juta: Kerajaan selaku plaintif memfailkan writ saman dan pernyataan tuntutan bagi menuntut cukai pendapatan yang tidak dibayar dari 2011 hingga 2017.

Selepas bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan anak lelakinya Datuk Mohd Nazifuddin disaman Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), kini anak perempuannya pula diarah membayar RM10.3 juta cukai pendapatan yang tidak dibayar dari 2011 hingga 2017.

Kerajaan Malaysia selaku plaintif memfailkan writ saman dan pernyataan tuntutan itu melalui LHDN pada 24 Julai lepas di Mahkamah Tinggi Shah Alam, Selangor, dengan menamakan Nooryana Najwa Mohd Najib, 31, sebagai defendan.

Mengikut penyataan tuntutan itu, Kerajaan Malaysia mendakwa Nooryana Najwa gagal mengemukakan Borang-Borang Nyata Orang Perseorangan di bawah Seksyen 77 Akta Cukai Pendapatan 1967 bagi tahun-tahun taksiran 2011 hingga 2017 kepada LHDN.

Kerajaan Malaysia berkata oleh itu satu taksiran di bawah subseksyen 90(3) Akta Cukai termasuk penalti telah dibangkitkan melalui Notis-Notis Taksiran bertarikh 15 Mac 2019.




No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Your Website Title
How to Share With Just Friends

How to share with just friends.

Posted by Facebook on Friday, December 5, 2014