Menjelang selesainya salat Asar 30 Zulhijjah, tahun 1440H, mulalah tahun 1440H melabuhkan tirainya untuk
beberapa jam sebelum beralih kepada tahun 1441H.
Ia menandakan berakhirnya tahun 1440H, apabila matahari mula membenamkan dirinya di ufuk barat pada hari tersebut, dan bermulanya tahun 1441H.
Ia menandakan berakhirnya tahun 1440H, apabila matahari mula membenamkan dirinya di ufuk barat pada hari tersebut, dan bermulanya tahun 1441H.
Bagi umat Islam, kalender ini penting bagi menentukan syiar-syiar
Islam terus dilaksanakan menurut ketetapan dan peristiwa-pristiwa yang berlaku untuk dijadikan sandaran panduan.
Ketepatan kalendar hijriah ini dapat diperhatikan menurut urutan perubahan-perubahan bulan di langit dari sehari ke sehari. bermula ketika bulan mula muncul, mengembang dan menyusut mengecil sehinggalah lenyap. Perubahan-perubahan tersebut terus berlaku menurut tabiinya.

Kadang-kadang perubahan-perubahan bentuk bulan, biasanya
menurut urutannya dimulai dengan; bulan baru atau bulan mati, kemudian bulan
alis mata atau bulan sabit, diikuti dengan bulan setengah lingkaran, dan bulan
bungkuk, atau bulan cembung. Kemuncaknya berada pada bulan penuh atau purnama. Selepas
itu menyusut dengan kedudukan yang berlawanan dengan pengembangan bulan
sehinggalah ia lenyap.
Bagi mereka yang menuruti peredaran bulan, perkembangan dan peristiwa yang pernah berlaku; terutamanya
bulan-bulan hijriah maka di sana ada petunjuk tentang perkembangan manusia dan
kehidupan mereka.
Ambillah peringatan daripadanya kerana tempohnya singkat antara 29 hari atau 30 hari sahaja. ia pula tidak berkurang dan tidak melebihi batas hari tersebut.
Ambillah peringatan daripadanya kerana tempohnya singkat antara 29 hari atau 30 hari sahaja. ia pula tidak berkurang dan tidak melebihi batas hari tersebut.
Binalah azam baru, bahawa esok lebih baik dari hari ini.
Amin.
Selamat tahun baru 1441H.
No comments:
Post a Comment