Tuesday, August 20, 2019

Pakar bimbang hutang negara cecah RM58 bilion dalam 6 bulan


Pakar bimbang hutang negara cecah RM58 bilion dalam 6 bulan: (FMT) - Pakar ekonomi menggesa Putrajaya mengurangkan perbelanjaan dengan memetik angka Bank Negara Malaysia (BNM) menunjukkan kerajaan sudah meminjam RM58.1 bilion dalam tempoh 6 bulan pertama tahun ini.

Barjoyai Bardai dari Universiti Tun Abdul Razak berkata angka itu menunjukkan hutang kerajaan persekutuan meningkat daripada RM686.8 bilion pada akhir 2017 kepada RM799.1 bilion sekarang.

Beliau berkata angka BNM juga menunjukkan nisbah hutang berbanding Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) menunjukkan trend menurun pada 2018, kini meningkat 4% daripada 48.7% pada akhir Q1 2018 kepada 52.7% pada akhir Q2 2019.

“Berita tidak gembira ialah peningkatan hutang tempatan, hutang luar negara kita menurun,” katanya, sambil menyatakan nisbah hutang berbanding KDNK meningkat daripada 34.5% pada Q1 2018 kepada 40.1% pada Q2 2019.

Walaupun kutipan cukai jualan dan perkhidmatan melepasi jumlah yang diunjurkan, katanya, hasil yang diperoleh masih jauh rendah berbanding cukai barang dan perkhidmatan (GST).




No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Your Website Title
How to Share With Just Friends

How to share with just friends.

Posted by Facebook on Friday, December 5, 2014