Sehina-hina anjing, yang engkau pandang hina sangat tu,
apatah lagi anjing yang berkurap, lagilah manusia pandang hina dan jijik. Tapi
bila Rasullullah s.a.w. dihina oleh seorang pendeta nasrani ketika berkhutbah
dihadapan para pembesar dan puak Mongolia seekor anjing milik seorang pembesar Mongolia yang sedang dirantai merasa marah dan meronta sehingga
terputus rantai, lalu menggigit kaki pendeta tersebut.
Keadaan kembali
tenang ketika anjing itu ditarik oleh beberapa orang, maka berkata pembesar Mongolia:
"Mungkin kau digigit kerana menghina Muhammad."
Pendeta tersebut menafikan dan berkata:
"Tidak! Ianya mungkin dia terasa terancam kerana tidak
pernah melihatnya."
Ketika mana anjing itu dirantaikan sekali lagi, dan pendeta
tersebut memulakan khutbahnya dan menghina kembali Nabi Muhammad s.a.w., maka
anjing tersebut sekali lagi meronta sehingga terputuslah rantai tersebut dengan
izin Allah s.w.t., lalu anjing itu berlari ke arah pendeta nasrani dan menggigit di
bahagian lehernya sehingga Mati!
Kisah ini diriwayatkan oleh Ibnu Hajar Asqalani Rahimahullah
Ta'ala Dan Imam Dzahabi Rahimahullah Ta'ala.
Jadi bagaimana dengan kita?
Apakah yang kita lakukan saat Nabi dihina?
Apakah di hati kita
tidak terguris sedikit pun?
No comments:
Post a Comment