JORAM
VAN KLAVEREN (kiri) bersama Geert Wilder dalam Parlimen Belanda di The Hague sekitar
tahun 2013. AFP
07 Februari 2019 12:00 PM
THE HAGUE 6 Feb. - Bekas ahli Parlimen Belanda dan tokoh
penting dalam kempen anti-Islam yang dilancarkan oleh ahli politik, Geert
Wilders, mencetuskan perdebatan dalam kalangan masyarakat selepas
mengumumkan sudah memeluk agama Islam.
Selama bertahun-tahun, Joram van Klaveren
‘memperjuangkan’ kempen menentang Islam yang tidak henti-henti di Dewan
Perwakilan ketika menjadi ahli Parlimen dari Parti Pembebasan Belanda (PVV)
dipimpin Wilders.
Akhbar harian, Algemeen Dagblad melaporkan, sepanjang
kempen itu, beliau mendesak kerajaan supaya mengharamkan pemakaian burka dan
pembinaan menara masjid serta berkata: “Kami tidak memerlukan Islam, walaupun
sedikit di Belanda.”
Bagaimanapun, Klaveren, 40, berkata, beliau menukar
fikirannya ketika sedang dalam proses menulis buku anti-Islam.
“Jika segala yang saya tulis hingga ke tahap itu adalah
benar, dan saya mempercayainya, pada hakikatnya saya adalah orang Islam,”
katanya kepada NRC.
Menurut NRC dalam laporan yang diterbitkan menjelang
pelancaran buku Klaveren bertajuk, Apostate: From Christianity to Islam in the
Time of Secular Terror, beliau memeluk Islam pada 26 Oktober lalu.
“Saya terlihat kitab Injil diletakkan pada rak, di atas
meja pula tersusun buku-buku yang menceritakan tentang Nabi Muhammad SAW.
Tahun-tahun sebelum ini saya memendam kebencian terhadap Islam.
“Apabila anda menyedari bahawa tindakan anda selama ini
adalah salah, ini bukan sesuatu yang menyeronokkan. Dalam mencari Allah, saya
berdepan rasa tidak senang. Akhirnya, perasaan itu hilang sendirinya,”
katanya.
Bekas ahli
politik yang membesar dalam persekitaran Kristian Protestan itu menyifatkan
tindakan memeluk Islam sebagai satu pencarian untuk sekian lama.
Namun
katanya, dia tidak merancang untuk memaksa isteri dan dua anaknya membuat
keputusan yang sama.
Beliau
kemudiannya melahirkan rasa kesal kerana menjadi penyumbang kepada salah
faham dan gambaran yang salah terhadap Islam.
Tambahnya,
segala analisis yang dilakukannya iaitu kebanyakan masalah di Belanda dan dunia
adalahdisebabkan oleh Islam adalah tidak benar. – AFP/AGENSI
No comments:
Post a Comment