AHLI
SUFFAH: (أهل الصفة ) Iaitu sekumpulan lelaki dari kalangan Sahabat
Rasulullah sollallaahu alaihi wasallam (s.a.w.), yang tinggal disuatu sudut di
dalam Masjid Madinah.
Sudut Ahli Suffah di masa ini dibina padanya
lantai yang lebih tinggi dari tempat lain. Ianya terletak antara Pintu Jibril
dan Pintu An Nisa’.
Apabila
ditanya kepada Ibnu Taimiyyah tentang siapakah Ahli Suffah, maka Ibnu Taimiyyah
menjawab: Adapun Ahli Suffah itu dinisbahkan kepada sekumpulan sahabat
Rasulullah s.a.w. yang tinggal di hujung Masjid Madinah. Mereka adalah
orang-orang miskin yang tidak mempunyai keluarga dan tempat tinggal. Pada
peringkat awalnya mereka semua dari kalangan yang berhijrah dari Mekah. Mereka itu berjumlah lebih dari 400 orang,
mereka hanya bekerja untuk menampung kehidupan mereka. Kadang-kadang mereka
diberi bantuan dari harta baitulmal dan kadang-kala dari kalangan orang-orang
soleh.
Mereka itu tidak dikenali oleh orang ramai dan
tidak mengganggu orang lain, bahkan mereka sering disangka sebagai orang
yang kaya kerana tidak bekerja dan tidak pula mereka meminta-minta walaupun
mereka kelaparan.
Dikatakan juga, bahawa Ahli Suffah itu tidak
tertentu bilangannya, kadang-kadang sedikit, kadang-kadang ramai. Ada ketika
beberapa orang lelaki tinggal di situ untuk beberapa ketika kemudian mereka
berpindah. Mereka kurang berilmu, bahkan ada yang murtad dari Islam
sehingga Nabi s.a.w. membunuhnya. Ahli Suffah bukan dari kalangan kaum Ansar, dan bukan juga dari kalangan pembesar
Muhajirin.
Perihal tentang mereka difirman oleh Allah
dalam al-Quran, Surah al-Baqarah ayat 273:
“Pemberian sedekah
itu) ialah bagi orang-orang fakir miskin yang telah menentukan dirinya (dengan
menjalankan khidmat atau berjuang) pada jalan Allah (membela Islam), yang tidak
berupaya mengembara di muka bumi (untuk berniaga dan sebagainya); mereka itu
disangka: orang kaya - oleh orang yang tidak mengetahui halnya, kerana mereka
menahan diri daripada meminta-minta. Engkau kenal mereka dengan (melihat)
sifat-sifat dan keadaan masing-masing, mereka tidak meminta kepada orang ramai
dengan mendesak-desak. Dan (ketahuilah), apa jua yang kamu belanjakan dari
harta yang halal maka sesungguhnya Allah sentiasa Mengetahuinya.”
Dalam Surah al-Kahfi ayat 28 menyebutkan:
“Dan jadikanlah dirimu
sentiasa berdamping rapat dengan orang-orang yang beribadat kepada Tuhan mereka
pada waktu pagi dan petang, yang mengharapkan keredaan Allah semata-mata; dan
janganlah engkau memalingkan pandanganmu daripada mereka hanya kerana engkau
mahukan kesenangan hidup di dunia; dan janganlah engkau mematuhi orang yang
Kami ketahui hatinya lalai daripada mengingati dan mematuhi pengajaran Kami di
dalam Al-Quran, serta ia menurut hawa nafsunya, dan tingkah-lakunya pula adalah
melampaui kebenaran.”
Pada surah al-An’am ayat 52 dinyatakan:
“Dan janganlah engkau
usir orang-orang yang beribadat dan berdoa kepada Tuhan mereka pagi dan petang,
sedang mereka menghendaki keredaanNya semata-mata. Tiadalah engkau
bertanggungjawab sesuatu pun mengenai hitungan amal mereka, dan mereka juga
tidak bertanggungjawab sesuatu pun mengenai hitungan amalmu. Maka (sekiranya)
engkau usir mereka, nescaya menjadilah engkau dari orang-orang yang zalim.”
Ahli Suffah antaranya ialah:
Abd
Allah Dzu al-Bijadam
Abdullah
bin Mas’ud
Abu
Barzah al-Aslami
Abu
dZarr al-Ghaafiri
Abu
Hurairah
Abu Said
al-Khudri
Abu
Suraybah al-Ghifari
Ammar
bin Yaaser
Hanzhalah
al-Ghazil.
Haritsah
ibn Nu’man al-Ansari
Jurhad
ibn Khuwa’ad
Kaab
al-Harith
Kharim
ibn Fatik al-Asadi
Khubayh
ibn Yasaf
Saad bin
Abi Waqqas
Safwan
ibn Bayda
Salim
ibn Umair
Salman
al-Faarisi
Suhaib
San’am
Tamin
ad-Daari
Tariq
ibn Amr
Uqbah
bin Amir
Wabisah
bin Ma’bad al-Juhani
Zayd ibn
Khattab
Dan lain-lain.
No comments:
Post a Comment