Rasulullah s.a.w. bersabda:
ﻋَﻦِ ﺍﺑْﻦِ ﻣَﺴْﻌُﻮﺩٍ، ﻋَﻦِ ﺍﻟﻨَّﺒِﻲِّ - ﺻﻠﻰ ﺍﻟﻠﻪ ﻋﻠﻴﻪ ﻭﺳﻠﻢ
- ،ﻗَﺎﻝَ : ﺃَﻻَ ﺃُﺧْﺒِﺮُﻛُﻢْ ﺑِﻤَﻦْ ﺗُﺤَﺮَّﻡُ ﻋَﻠَﻴْﻪِ ﺍﻟﻨَّﺎﺭُ؟ ﻗَﺎﻟُﻮﺍ : ﺑَﻠَﻰ
ﻳَﺎ ﺭَﺳُﻮﻝَ ﺍﻟﻠﻪِ، ﻗَﺎﻝَ : ﻋَﻠَﻰ ﻛُﻞِّ ﻫَﻴِّﻦٍ، ﻟَﻴِّﻦٍ، ﻗَﺮِﻳﺐٍ، ﺳَﻬْﻞٍ
"Mahukah kalian aku tunjukkan orang yang haram baginya
tersentuh api neraka?"
Para sahabat r.a. berkata:
"Mahu, wahai Rasulullah!"
Baginda s.a.w. menjawab:
"( Haram tersentuh api neraka
adalah) Orang yang Hayyin, Layyin, Qarib, Sahl."
(Hadith diriwayatkan oleh At-Tirmidzi dan Ibnu Hiban)
1. Hayyin ( ﻫَﻴِّﻦٍ )
Orang yang memiliki ketenangan dan keteduhan lahir mahupun
batin. Tidak mudah memaki, melaknat serta tenang jiwanya..
2. Layyin ( ﻟَﻴِّﻦٍ )
Orang yang lembut dan santun, baik dalam bertutur-kata atau
bersikap. Tidak kasar, tidak ikut hawa nafsu sendiri. Lemah lembut dan selalu
menginginkan kebaikan untuk sesama manusia
3. Qarib ( ﻗَﺮِﻳﺐٍ )
Akrab, ramah diajak bicara, menyenangkan bagi orang yang
diajak bicara. Dan murah senyum jika bertemu.
4. Sahl ( ﺳَﻬْﻞٍ )
Orang yang tidak mempersulit sesuatu. Selalu ada cara untuk
selesaikan setiap permasalahan.
No comments:
Post a Comment