Beliau bernikah dengan adik Aminah binti Wahab, ibu nabi.
Maka Hubungan Nabi s.a.w. dengan Harith bin Kaldah sebagai pak cik saudara
sebelah ibunya.
Ketokohan Harith dalam perubatan meliputi semenanjung Arab;
Mekah, Madinah, Yaman sehingga merentasi Afrika, Parsi dan Rom.
Suatu kehebatan Harith bin Kaldah, ilmu perubatan diperolehi hasil pengembaraannya. Ketokohannya kerana mempelajari
ilmu perubatan, mengenali penyakit, ubatan-ubatan, herba-herba disamping ia mempelajari
seni memetik gambus.
Kisah pengembaraan Harith begitu popular di kalangan berbagai-bagai kabilah,
lebih-lebih lagi berhubung dengan perubatan. Beliau dianggap sebagai tokoh dan
pengasas ilmu perubatan. Dia menjadi sebutan dan kebanggaan Bani Tsaqif.
Ketika di Parsi, dia dapat bertemu dengan Kisra Anu Syirwan,
sebelum Kisra meninggal dunia. Hubungannya dengan Kisra banyak dirakamkan oleh
ahli sejarah seperti juga seni syair.
Suatu hari, ketika lawatan Harith ke Parsi beliau telah
mengadap Kisra Anu Syirwan. Dia masuk mengadap setelah diperkenankan.
"Siapa nama kamu?" Tanya Kisra Anu Syirwan sebaik
sahaja Harith mengadap.
"Saya Harith bin Kaldah al-Tsaqafi," jawab Harith.
"Apa pekerjaan kamu?"
"Tabib."
"Bukankah kamu orang Arab?"
"Ya, tuanku."
"Apakah yang boleh dilakukan oleh orang Arab sedangkan
mereka bodoh, lemah akal dan kuat makan?" Soal semula Anu Syirwan.
"Tuanku! Kalau begitu keadaannya mereka memerlukan
seseorang yang dapat menghapuskan kebodohannya, meluruskan jalannya dan
membaiki kesilapannya. Orang yang bijak akan dapat menyedari kebodohan dirinya
sendiri."
"Bagaimana engkau tahu ini semua? Kalaulah engkau dapat
berkata sedemikian, mengapa bangsamu dianggap bodoh?"
"Tuanku! Akal adalah pemberian Allah, yang
dibahagi-bahagikan oleh Allah antara hamba-hambanya seperti juga rezeki. Ada orang kaya, ada orang miskin, ada orang
alim dan ada pula orang bodoh. Itu semua suratan takdir."
"Anak kecil itu menangis dan ketawa, gelombang itu
mengalun tinggi dan rendah," jelas Harith dengan bahasa kiasan.
Kisra Anu Syirwan kagum dengan kepetahannya bercakap.
"Apakah mendorong kamu begitu memuji akhlak bangsamu
dan mengagumi pegangan hidup dan tabiat mereka?" Tanya Anu Syirwan lagi.
"Tuanku! Bangsa Arab berjiwa murah, berhati mulia,
lidahnya fasih, keturunannya baik, mulia, kata-katanya lancar, lebih indah
daripada udara pada musim bunga; lebih lembut daripada air salsabil. Mereka
memberi makan orang yang lapar. Gagah perkasa di medan perang. Mereka tidak
mahu kemuliaan mereka hancur. Mereka tidak menyakiti jiran. Mereka menentang
pemerintahan yang zalim," terang Harith dengan fasihnya.
Sinar kegembiraan terpancar di wajah Kisra setelah mendengar
kefasihan Harith berbicara.
"Dia seorang yang pintar, gemar memuji kelebihan
kaumnya. Beta tahu kata-katanya benar. Inilah contoh seorang lelaki bijak yang
melalui banyak pengalaman hidup," kata Anu Syirwan kepada
menteri-menterinya.
Kisra memerintahkan Harith duduk. Harith tunduk patuh.
No comments:
Post a Comment