Dikisahkan oleh Dale Camegie bahawa seorang lelaki menderita luka bernanah di dalam ususnya. KeadaaNnya sangat parah sehingga para doktor mengatakan saat kematiannya telah hampir dan menyarakan supaya pesakit bersiap sedia.
Camegie mengatakan; tiba-tiba pesakit Earl R. Haney mengambil keputusan
yang mengejutkan.
"Jika hanya
sedikit waktu yang tersisa bagiku, mengapa aku tidak menikmati sisa waktu yang
ada dengan apa sahaja yang aku sukai. Telah lama aku memendam keinginan untuk
bermusafir (melancong) keliling dunia sebelum kematian menjemputku. Maka
sekaranglah waktu yang tepat bagiku,
untuk mewujudkan cita-citaku itu," ujarnya.
Lalu dia pun membeli tiket perjalanan.
Para doktor kebingungan seraya berkata
kepadanya: "Kami memperingatkanmu
agar jangan meneruskan perjalanan, jika kamu masih bersikap keras juga untuk meneruskannya,
kamu pasti akan dikubur si dalam lautan!"
Lalu dia pun menjawab: "Tidak, semuanya itu tidak akan pasti berlaku, ini adalah kerana
aku telah berjanji kepada semua keluarga saya bahawa jenazah saya tidak akan
dikuburkan kecuali di kuburan keluarga."
Maka Earl R. Haney pun segera naik kapal.
Maka mulalah dia menempuh perjalanan yang
dipenuhi dengan suka ria dan gembira.
Suatu hari, dia mengirim sepucuk surat kepada
isterinya yang berbunyai: "Aku makan
dan minum dengan begitu nikmatnya di atas kapal ini. Aku terhibur dan aku makan
kesemua makanan sehingga makanan berlemak yang dilarang sebelumnya. Aku
menikmati saat yang tidak pernah aku rasakan sebelumnya selama hidupku. Lalu
apa lagi yang aku perlukan."
Dale Damegie menyatakan bahawa pemuda tersebut
telah sembuh dari penyakitnya kerana dia telah menempuh cara yang efektif dalam
melawan dan mengalahkan penyakit yang dideritainya.
No comments:
Post a Comment