Tuesday, March 19, 2019

ANJING mengamuk bila nabi muhammad s.a.w. dihina


Anjing marah! ketika Nabi Muhammad dihina.

Sehina-hina anjing, yang engkau pandang hina sangat tu, apatah lagi anjing yang berkurap, lagilah manusia pandang hina dan jijik. Tapi bila Rasullullah s.a.w. dihina oleh seorang pendeta nasrani ketika berkhutbah dihadapan para pembesar dan puak Mongolia seekor anjing milik seorang pembesar Mongolia yang sedang dirantai merasa marah dan meronta sehingga terputus rantai, lalu menggigit kaki pendeta tersebut.

Keadaan kembali tenang ketika anjing itu ditarik oleh beberapa orang, maka berkata pembesar Mongolia:

"Mungkin kau digigit kerana menghina Muhammad."  

Pendeta tersebut menafikan dan berkata:

"Tidak! Ianya mungkin dia terasa terancam kerana tidak pernah melihatnya."

Ketika mana anjing itu dirantaikan sekali lagi, dan pendeta tersebut memulakan khutbahnya dan menghina kembali Nabi Muhammad s.a.w., maka anjing tersebut sekali lagi meronta sehingga terputuslah rantai tersebut dengan izin Allah s.w.t., lalu anjing itu berlari ke arah pendeta nasrani dan menggigit di bahagian lehernya sehingga Mati!

Kisah ini diriwayatkan oleh Ibnu Hajar Asqalani Rahimahullah Ta'ala Dan Imam Dzahabi Rahimahullah Ta'ala.

Jadi bagaimana dengan kita?

Apakah yang kita lakukan saat Nabi dihina?

Apakah di hati kita tidak terguris sedikit pun?





Thursday, March 14, 2019

ADAKAH PEMERINTAHAN ISLAM PERKARA CABANG ATAU USUL AGAMA?


Oleh Dr Yusuf Al Qaradawi

Terdapat sebahagian hukum- hukum siyasah syariyyah dipindahkan daripada perbahasan cabang kepada usul, (Usuluddin), iaitu tajuk al- Imamah (melantik pemimpin tertinggi) dan al- Khilafah. Kedua- dua bab ini dimasukkan di bawah bab aqidah, tauhid atau ilmu kalam. Umum mengetahui bahawasanya Syiah Imamiyyah menganggap perkara Imamah adalah termasuk dalam bab Aqidah atau Usul Agama (Usuluddin).

Inilah yang menyebabkan para ulama Ahlus Sunnah membahaskan isu ini di dalam tajuk Aqidah, walaupun di sisi mereka, ia merupakan perbahasan cabang. Ini adalah kerana ia berkait rapat dengan amal dan bukannya perkara iktiqad secara asasnya.
Perkara ini menjadikan sebahagian orang mengambil mudah perkara tersebut dan menggunakan hujah dengan berkata: “Ini adalah perkara cabang agama bukan asal”

Kita menerima hujah tersebut tanpa ragu- ragu akan tetapi tidaklah sampai kepada tahap mengambil mudah kerana ISLAM BUKAN HANYA AQIDAH SEMATA- MATA, BAHKAN IA AQIDAH DAN AMAL kerana Iman adalah apa yang diakui oleh hati dan dibenarkan dengan amal.

Sekiranya kita melihat kefardhuan asas sekalipun, seperti solat dan zakat, kita akan dapati ianya adalah cabang agama bukan usul, kerana ia adalah amal (praktis) bukan iktiqad, tapi ia tetap merupakan antara rukun Islam dan syiar yang agung. Diikuti dengan pengakuan (iktiqad) akan kewajipannya dan beriman dengan “kerukunan”nya dalam agama. Oleh sebab itu, muslim yang mengingkari kefardhuannya atau mengambil ringan akannya dikira sebagai kafir, keluar dari agama (sekiranya menepati beberapa syarat yang ditentukan oleh ulama), kerana muslim tersebut telah mengingkari perkara Al- Maklum min Ad- Din Bi Ad- Dhorurah, maka tindakan tersebut merupakan penyelewengan kepada Allah dan Rasul.

Maka begitu jugalah kita katakan, perkara Imamah dan berhukum dengan hukum Allah ADALAH PERKARA CABANG AGAMA, TETAPI IKTIQAD AKAN KEWAJIPANNYA DAN BERIMAN DENGAN HUKUM ALLAH DALAM KITABNYA SERTA MENGIKUTI RASULNYA ADALAH PERKARA USUL AGAMA.

Allah SWT berfirman dalam surah An- Nisa’

 أَلَمْ تَرَ إِلَى الَّذِينَ يَزْعُمُونَ أَنَّهُمْ آمَنُوا بِمَا أُنْزِلَ إِلَيْكَ وَمَا أُنْزِلَ مِنْ قَبْلِكَ يُرِيدُونَ أَنْ يَتَحَاكَمُوا إِلَى الطَّاغُوتِ وَقَدْ أُمِرُوا أَنْ يَكْفُرُوا بِهِ وَيُرِيدُ الشَّيْطَانُ أَنْ يُضِلَّهُمْ ضَلَالًا بَعِيدًا

Tidakkah engkau (hairan) melihat (wahai Muhammad) orang-orang (munafik) yang mendakwa bahawa mereka telah beriman kepada Al-Quran yang telah diturunkan kepadamu dan kepada (Kitab-kitab) yang telah diturunkan dahulu daripadamu? Mereka suka hendak berhakim kepada Taghut, padahal mereka telah diperintahkan supaya kufur ingkar kepada Taghut itu. Dan Syaitan pula sentiasa hendak menyesatkan mereka dengan kesesatan yang amat jauh. (Ayat 60)

Sehingga ayat 65:

 فَلَا وَرَبِّكَ لَا يُؤْمِنُونَ حَتَّىٰ يُحَكِّمُوكَ فِيمَا شَجَرَ بَيْنَهُمْ ثُمَّ لَا يَجِدُوا فِي أَنْفُسِهِمْ حَرَجًا مِمَّا قَضَيْتَ وَيُسَلِّمُوا تَسْلِيمًا

Maka demi Tuhanmu (wahai Muhammad)! Mereka tidak disifatkan beriman sehingga mereka menjadikan engkau hakim dalam mana-mana perselisihan yang timbul di antara mereka, kemudian mereka pula tidak merasa di hati mereka sesuatu keberatan dari apa yang telah engkau hukumkan, dan mereka menerima keputusan itu dengan sepenuhnya.

Dalam ayat lain, Allah SWT menyebutkan dalam surah An- Nur (ayat 47- 51):

(وَيَقُولُونَ آمَنَّا بِاللَّهِ وَبِالرَّسُولِ وَأَطَعْنَا ثُمَّ يَتَوَلَّىٰ فَرِيقٌ مِنْهُمْ مِنْ بَعْدِ ذَٰلِكَ ۚ وَمَا أُولَٰئِكَ بِالْمُؤْمِنِينَ * وَإِذَا دُعُوا إِلَى اللَّهِ وَرَسُولِهِ لِيَحْكُمَ بَيْنَهُمْ إِذَا فَرِيقٌ مِنْهُمْ مُعْرِضُونَ * وَإِنْ يَكُنْ لَهُمُ الْحَقُّ يَأْتُوا إِلَيْهِ مُذْعِنِينَ * أَفِي قُلُوبِهِمْ مَرَضٌ أَمِ ارْتَابُوا أَمْ يَخَافُونَ أَنْ يَحِيفَ اللَّهُ عَلَيْهِمْ وَرَسُولُهُ ۚ بَلْ أُولَٰئِكَ هُمُ الظَّالِمُونَ * إِنَّمَا كَانَ قَوْلَ الْمُؤْمِنِينَ إِذَا دُعُوا إِلَى اللَّهِ وَرَسُولِهِ لِيَحْكُمَ بَيْنَهُمْ أَنْ يَقُولُوا سَمِعْنَا وَأَطَعْنَا ۚ وَأُولَٰئِكَ هُمُ الْمُفْلِحُونَ)

Ayat 47: Dan (di antara orang-orang yang tidak dikehendakiNya ke jalan yang lurus ialah) mereka yang berkata: "Kami beriman kepada Allah dan kepada RasulNya serta kami taat"; kemudian sepuak dari mereka berpaling (membelakangkan perintah Allah dan Rasul) sesudah pengakuan itu, dan (kerana berpalingnya) tidaklah mereka itu menjadi orang-orang yang sebenarnya beriman.

Ayat 48: Dan (bukti berpalingnya mereka ialah) apabila mereka diajak kepada Kitab Allah dan Sunnah RasulNya supaya menjadi hakim memutuskan sesuatu di antara mereka, maka dengan serta-merta sepuak dari mereka berpaling ingkar (menolak ajakan itu jika keputusan tidak menguntungkan mereka).

Ayat 49: Dan (sebaliknya) jika keputusan itu memberi hak kepada mereka, mereka segera datang kepadanya dengan tunduk taat (menerima hukumnya).

Ayat 50: (Mengapa mereka bersikap demikian), adakah kerana hati mereka mengandungi penyakit (kufur), atau kerana mereka ragu-ragu (terhadap kebenaran hukuman), ataupun kerana mereka takut bahawa Allah dan RasulNya akan berlaku zalim kepada mereka? (Allah dan RasulNya tidak sekali-kali akan berlaku zalim) bahkan merekalah sendiri orang-orang yang zalim (disebabkan keraguan dan kekufuran mereka).

Ayat 51: Sesungguhnya perkataan yang diucapkan oleh orang-orang yang beriman ketika mereka diajak ke pada Kitab Allah dan Sunnah RasulNya, supaya menjadi hakim memutuskan sesuatu di antara mereka, hanyalah mereka berkata: "Kami dengar dan kami taat": dan mereka itulah orang-orang yang beroleh kejayaan.

Oleh yang demikian, berhukum dengan hukum Allah dalam setiap perkara termasuk dalam tuntutan Iman dan dikira sebagai usul agama.

Hakikat sebenarnya, pertembungan ini merupakan merupakan PERTEMBUNGAN ANTARA KITA DENGAN GOLONGAN SEKULAR. Mereka menekankan konsep pemisahan agama daripada masyarakat dan hal- ehwal kenegaraan dan mengehadkan agama hanya kepada praktis individu sahaja.

Adapun sekiranya perkara “keagamaan” tersebut dibenarkan maka hanya dalam lingkungan masjid(tempat ibadah) sahaja, tidak lebih dari itu. Tambahan pula, masjid tersebut menjadikan negara sebagai kiblat (terikat dengan peraturan tidak syarie), bukannya tempat ibadah yang bebas menyuruh kepada ketaatan serta mencegah kemungkaran.

Pertembungan antara kita dan golongan sekular BUKAN LAGI PERKARA CABANG, tetapi merupakan salah satu daripada isu- isu semasa berkaitan usul agama(iaitu iktiqad), kerana ia berkait rapat dengan Sifat Kesaksamaan Allah (Hakimiyyah Allah), Adakah ia merupakan hak Allah atau sebaliknya, dalam menetapkan sesuatu hukuman kepada makhluknya, menyuruh dan menegah sesuatu, menghalalkan dan mengharamkan?

Golongan sekular menafikan hak ini, bahkan mereka sendiri yang mengajar tuhannya, dan menyangka mereka lebih mengetahui akan ciptaan tuhannya. Maka tidak syak lagi, ini merupakan perkara asal aqidah.


Dr Yusuf Al- Qaradhawi
Kitab As- siyasah Asy- Syariyyah 2013
Muka Surat 16 - 18






Tuesday, March 12, 2019

AHLI politik anti-Islam peluk Islam



JORAM VAN KLAVEREN (kiri) bersama Geert Wilder  dalam Parlimen Belanda di The Hague sekitar tahun 2013. AFP

07 Februari 2019 12:00 PM

THE HAGUE 6 Feb. - Bekas ahli Parlimen Belan­da dan tokoh penting da­lam kempen anti-Islam yang dilancarkan oleh ahli po­litik, Geert Wilders, mence­tus­kan perdebatan dalam ka­langan masyarakat selepas meng­umum­kan sudah memeluk agama Islam.

Selama bertahun-tahun, Joram van Klaveren ‘memperjuangkan’ kempen menentang Islam yang tidak henti-henti di Dewan Perwakilan ketika menjadi ahli Parlimen dari Parti Pembebasan Belanda (PVV) dipimpin Wilders.

Akhbar harian, Algemeen Dag­blad melaporkan, sepanjang kempen itu, beliau mendesak kerajaan supaya mengharamkan pemakaian burka dan pembinaan menara masjid serta berkata: “Kami tidak memerlukan Islam, walaupun sedikit di Belanda.”

Bagaimanapun, Klaveren, 40, berkata, beliau menukar fikirannya ketika sedang dalam proses menulis buku anti-Islam.

“Jika segala yang saya tulis hingga ke tahap itu adalah benar, dan saya mempercayainya, pada hakikatnya saya adalah orang Islam,” katanya kepada NRC.

Menurut NRC dalam laporan yang diterbitkan menjelang pelancaran buku Klaveren bertajuk, Apostate: From Christia­nity to Islam in the Time of Secular Terror, beliau memeluk Islam pada 26 Oktober lalu.

“Saya terlihat kitab Injil dile­takkan pada rak, di atas meja pula tersusun buku-buku yang menceritakan tentang Nabi Muhammad SAW. Tahun-tahun sebelum ini saya memendam kebencian terhadap Islam.

“Apabila anda menyedari bahawa tindakan anda selama ini adalah salah, ini bukan sesuatu yang menyeronokkan. Dalam mencari Allah, saya berdepan ra­sa tidak senang. Akhirnya, pe­rasaan itu hilang sendirinya,” katanya.

Bekas ahli politik yang membesar dalam persekitaran Kristian Protestan itu menyifatkan tindakan memeluk Islam sebagai satu pencarian untuk sekian la­ma.

Namun katanya, dia tidak merancang untuk memaksa isteri dan dua anaknya membuat keputusan yang sama.

Beliau kemudiannya me­lahirkan rasa kesal ke­rana menjadi penyumbang kepada salah faham dan gambaran yang salah terhadap Islam.

Tambahnya, segala analisis yang dilakukannya iaitu kebanyakan masalah di Belanda dan dunia adalahdisebabkan oleh Islam adalah tidak benar. – AFP/AGENSI


Monday, March 4, 2019

BAGAIMANA Cara Rasulullah Berdakwah? Ini Tujuh Kode Etik Dakwah Rasulullah

 


Dakwah bukanlah penyampaian semata, tetapi moralitas dan perilaku. Dakwah untuk mengajak dalam kebaikan dan menjauhi kemaksiatan merupakan sikap terpuji dan mulia. Namun, semua tidak terlepas dari akhlak dan etika. Tidak hanya sekadar dakwah penyampaian saja. Sebagaimana Nabi s.a.w. saat ingin berbicara dan bersikap maka selalu menyesuaikan siapa dan dengan siapa berbicara dan bersikap. Almarhum kiyai Ali Mustafa Yaqub, pakar ilmu Hadis menjelaskan dalam buku beliau yang berjudul 'Sejarah dan Metode Dakwah Nabi' terkait kode etika Dakwah Nabi s.a.w. yang dapat kita tiru dan teladani.


1. Tidak Memisahkan Antara Ucapan Dan Perbuatan

Rasulullah s.a.w. tidak pernah memisahkan antara ucapan dan perbuatan. Ertinya, perintah dan larangan yang disampaikan dalam berdakwah berlaku juga untuk diri pendakwah itu sendiri. Etika dakwah seperti ini harus tertanam dalam hati para da’i, jika tidak maka dakwah tersebut tidak berhasil. Kerana sejatinya pendakwah adalah 'role model' dari apa yang mereka sampaikan. Sehingga para da’i memiliki integritas dakwah yang baik. Allah s.w.t. menegaskan hal ini dalam surat al-Shaff ayat 2-3 yang artinya:

A002
A003

“Wahai orang-orang yang beriman! Mengapa kamu memperkatakan apa yang kamu tidak melakukannya! Amat besar kebenciannya di sisi Allah - kamu memperkatakan sesuatu yang kamu tidak melakukannya.”


2. Tidak Melakukan Toleransi Dalam Akidah

Toleransi atau tasamuh sangat dianjurkan, namun tidak dalam masalah akidah. Dahulu, ketika Nabi s.a.w. berada di Mekah, orang musyrikin mengajak berdiskusi atau kompromi keagamaan. Orang musyrikin mengajak Nabi s.a.w. untuk mengikuti agama mereka dan menyembah sesembahan mereka. Kemudian, orang musyrikin akan mengikuti agama yang dibawa Nabi s.a.w. dan menyembah Allah s.w.t. Mendengar tawaran dan ajakan tersebut, Nabi s.a.w. menjawab “Saya memohon perlindungan Allah s.w.t. agar tidak mempersekutukan Allah s.w.t. dengan yang lain”. 

Sebab itu, Allah s.w.t. menurunkan wahyu berupa surat al-Kafirun.


3. Tidak Mencerca Sesembahan Lawan

Etika dakwah tidak mencerca atau mencaci sesembahan agama lain juga sangat penting diperhatikan oleh para da’i. Tidak semena-mena mengatakan Tuhan agama lain itu sesat menyesatkan. Hal tersebut dikeranakan dapat menimbulkan kekecewaan umat selain muslim dengan mencerca balik Tuhan yang diimani oleh umat muslim atau bahkan dapat menimbulkan peperangan. Allah s.w.t. menegaskan dalam surat al-An’am ayat 108 yang artinya:


A108

Dan janganlah kamu cerca benda-benda yang mereka sembah yang lain dari Allah, kerana mereka kelak, akan mencerca Allah secara melampaui batas dengan ketiadaan pengetahuan. Demikianlah Kami memperelokkan pada pandangan tiap-tiap umat akan amal perbuatan mereka, kemudian kepada Tuhan merekalah tempat kembali mereka, lalu Ia menerangkan kepada mereka apa yang mereka telah lakukan.


4. Tidak Melakukan Diskriminasi

Allah s.w.t. tidak memperkenankan Nabi s.a.w. melakukan diskriminasi sosial dalam menjalankan dakwah. Tidak membeza-bezakan perlakuan dakwah untuk kaum elite dan kaum menengah ke bawah hanya kerana soal materi semata. Semua diperlakukan sama. Suatu hari, Nabi s.a.w. mengajarkan agama Islam kepada sahabat Nabi s.a.w. yang tergolong miskin seperti Khubab bin al-Aritt,’Abdullah bin Mas’ud dan Bilal al-Habsyi. Tiba-tiba datanglah para pemuka Quraisy seperti al-Arqa bin Habis al Tamimi dan ‘Uyaynah bin Hishn al-Fazari.

Pemuka Quraisy tadi meminta kepada Nabi s.a.w. untuk memisahkan tempat duduk mereka dengan sahabat yang miskin, kerana takut dilihat oleh para suku mereka. Akhirnya Nabi s.a.w. mengabulkan permintaan mereka dengan menulis suatu perjanjian. Nabi s.a.w. berpikir bahwa jika para pemuka Quraisy sudah masuk Islam maka suku Quraisy seluruhnya akan ikut masuk Islam. Lalu Bilal menjauh ke sudut ruangan sebelum Nabi s.a.w. menyuruhnya pergi. Allah s.w.t. kemudian menurunkan surat al-An’am ayat 52 yang artinya:

A052

“Dan janganlah engkau usir orang-orang yang beribadat dan berdoa kepada Tuhan mereka pagi dan petang, sedang mereka menghendaki keredaanNya semata-mata. Tiadalah engkau bertanggungjawab sesuatu pun mengenai hitungan amal mereka, dan mereka juga tidak bertanggungjawab sesuatu pun mengenai hitungan amalmu. Maka (sekiranya) engkau usir mereka, nescaya menjadilah engkau dari orang-orang yang zalim.”


Jangan sampai para da’i lebih mendahulukan tawaran untuk mengisi suatu pengajian di masjid yang para jamaahnya adalah orang kaya daripada mengisi pengajian yang jamaahnya adalah orang biasa sebab pemberian amplop ceramah yang jumlahnya lebih besar.


5. Tidak Memungut Imbalan

Dalam hal ini, ada perbezaan pendapat di kalangan ulama;

Pertama kalangan mazhab Hanafi, berpendapat bahwa memungut imbalan dalam menyiarkan ajaran Islam itu hukumnya haram secara mutlak. 

Kedua kalangan mazhab Syafi’i, berpendapat bahwa memungut imbalan dalam menyebarkan ajaran Islam itu boleh baik sebelumnya ada perjanjian ataupun tidak. 

Terakhir iaitu pendapat dari Hasan al-Basri, al-Sya’bi dan Ibnu Sirin bahwa jika ada perjanjian sebelumnya untuk memungut imbalan maka itu diharamkan, namun jika tidak ada perjanjian sebelumnya kemudian orang yang mengajarkan agama Islam itu diberi imbalan maka hal itu hukumnya boleh.

Almarhum kiyai Ali Mustafa Yaqub menekankan dalam hal ini bahwa perbezaan ulama tersebut dalam hal menyebarkan ajaran Islam atau berdakwah, misalnya mengajarkan al-Qur’an, Fikih, Hadis. Sedangkan, jika hanya membacakan al-Quran saja, bukan mengajarkannya maka para ulama sepakat haram hukumnya memungut imbalan. Alasannya, dalam mengajarkan agama Islam ada unsur jasa mentransfer ilmu, sedangkan dalam membaca al-Qur’an saja unsur tersebut tidak ada. Jadi, membaca al-Quran benar-benar merupakan ibadah murni kepada Allah s.w.t. seperti halnya salat.


6. Tidak Mengawani Pelaku Maksiat

Etika yang tak kalah penting dalam berdakwah iaitu tidak mengawani pelaku maksiat, atau menjadikannya sahabat. Kerana jika pelaku maksiat dijadikan sahabat atau teman baik maka secara tidak langsung kita sama saja dengan membolehkan perbuatan maksiat yang mereka lakukan. Lalu, siapa lagi yang akan memberikan nasihat kepada para pelaku maksiat ini supaya berhenti? Konteks mengawani dengan mendakwahi itu berbeza. Mereka tetap didakwahi untuk berhenti dari maksiat namun tidak diperlakukan khusus kecuali setelah mereka bertaubat.

Nabi s.a.w. mengemukakan bahawa para ulama yang berkawan baik dengan para pelaku maksiat dan para pelaku dosa lagi melampaui batas akan dilaknat oleh Allah s.w.t.. Nabi s.a.w. menceritakan kisah di surat al-Maidah ayat 78-79 tentang para ulama di kalangan Bani Israil yang dilaknat oleh Allah s.w.t. kerana ikut serta bergaul dengan para pelaku dosa. Awalnya ulama tersebut melarang pelaku dosa kaum Bani Israil tetapi mereka tidak mahu meninggalkan perbuatan dosanya dan akhirnya para ulama ini mengakrabi para pelaku dosa dan akhirnya baik para ulama dan pelaku dosa semuanya dilaknat Allah s.w.t.. Para da’i harus memiliki sikap tegas dan tegar dalam berdakwah seperti yang dicontohkan oleh Nabi s.a.w..

A078
A079

"Orang-orang kafir Yahudi dari Bani Israil telah dilaknat (di dalam Kitab-kitab Zabur dan Injil) melalui lidah Nabi Daud dan Nabi Isa ibni Maryam. Yang demikian itu disebabkan mereka menderhaka dan selalu menceroboh. Mereka sentiasa tidak berlarang-larangan (sesama sendiri) dari perbuatan mungkar (derhaka dan ceroboh), yang mereka lakukan. Demi sesungguhnya amatlah buruknya apa yang mereka telah lakukan."


7. Tidak Menyampaikan Hal-Hal Yang Tidak Diketahui

Para da’i tidak boleh menyampaikan sesuatu yang tidak diketahuinya kerana dapat menyesatkan. Jika ditanya suatu perkara atau masalah maka lebih baik menjawab “tidak tahu” atau “wallau a’lam” atau “nanti saya cuba buka kitabnya dan cari lagi jawabannya” daripada asal menjawab dan mengikuti selera serta hawa nafsu sendiri dalam menjawab. Allah s.w.t. menegaskan dalam surat al-Isra ayat 36:


A036


"Dan janganlah engkau mengikut apa yang engkau tidak mempunyai pengetahuan mengenainya; sesungguhnya pendengaran dan penglihatan serta hati, semua anggota-anggota itu tetap akan ditanya tentang apa yang dilakukannya."


Beberapa ulama zaman sekarang merasa malu jika menjawab “tidak tahu” saat ditanya oleh jamaahnya kerana akan terlihat tidak berilmu atau tidak pintar. Hal ini yang harus diperhatikan, tidak boleh menjawab suatu perkara agama yang jawabannya berasal dari selera dan hawa nafsu atau jawaban kira-kira kerana dapat menyesatkan.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Your Website Title
How to Share With Just Friends

How to share with just friends.

Posted by Facebook on Friday, December 5, 2014