Tuesday, January 24, 2017

UJIAN Ibarat Penyakit

  
Umar bin Al-Khattab r.a. pernah mengatakan:

"Kami mendapatkan sebaik-baik kedudukan kami di dalam sabar."

Dia juga berkata:

"Sebaik-baik kehidupan adalah dengan kesabaran. Seandainya kesabaran itu seorang lelaki, pastilah dia seorang lelaki yang terhormat."

Ujian ibarat penyakit. Ia memerlukan masa penyembuhan. Sesiapa terburu-buru untuk membuangnya, maka keadaan tubuhnya akan semakin melemah dan semakin parah.

Demikianlah musibah dan ujian itu. Tidak dapat tidak ianya memerlukan masa sehingga hilang bersama kesan-kesannya.

Oleh itu, kewajipan orang yang mendapat ujian adalah bersabar menunggu datangnya jalan keluar dan sentiasa berdoa dan berikhtiar.

Tangan-tangan menengadah  mendoakan anda dan bibir memuji atas kebaikan yang anda berikan.

Sesungguhnya pujian itu adalah nyawa kedua, anak yang abadi, warisan yang awet dan peninggalan yang diberkati.


Saturday, January 21, 2017

PAKAR perubatan arab menasihat


Harith bin Kaldah al-Thaqafi memiliki hubungan kekeluargaan dengan Rasulullah s.a.w. melalui ibunya.  

Harith berkahwin dengan adik Aminah binti Wahab, ibu Nabi s.a.w..

Harith salah seorang pakar perubatan Arab pada zamannya. Beliau mempelajari perubatan, mengenali penyakit, pengunaan herba-herba dan ubat-ubatan. Dia mempelajari  perubatan dalam negeri sehingga melangkau ke Madinah, Parsi,  Rom, Yaman,  dan persekitaran semenanjung Arab.

Dia dianggap tokoh dan pengasas ilmu perubatan. Dia menjadi sebutan dan kebanggaan Bani Tsaqif.

Suatu ketika, semasa kunjungannya ke Parsi beliau telah bertemu dengan, Kisra Anu Syirwan yang memerintah wilayah tersebut. Disamping hubungan baik antara kisra Parsi, Harith Kaldah juga mempunyai hubungan baik dengan negara-negara yang dilawatinya kerana kehebatanya dalam bidang perubatan.

Antara dialog antara Harith Kaldah dan Kisra Anu Syirwan semasa di dalam istana Kisra yang  disertai oleh menteri-menerinya:

“Siapa nama kamu?” Tanya Anu Syirwan sebaik sahaja Harith mengadap.





Sunday, January 8, 2017

HARITH bin Kaldah menjawab dialog secara santai


Tokoh perubatan menjawab dialog secara santai


Ketokohan Harith bin kaldah diakui oleh kawan dan lawan. Ketokohannya dibuktikan dengan dialog antara Kisra Anu Syirwan dengan Harith bin Kaldah. Pertanyaan demi pertanyaan yang diajukan oleh Kisra Anu Syirwan dijelaskan oleh Harith secara spontan - tepat:

"Bagaimana engkau  mengkaji ilmu perubatan? Apakah dia asal kepada perubatan?" Soal Kisra.

"Pencegahan."

"Apakah maksud pencegahan."

"Bercakap dengan sopan bertindak dengan belas kasihan."

"Benar! Apakah dia yang dikatakan penyakit?"

"Makan berlebihan."

"Benar katamu. Apa pendapat kamu tentang  berbekam?"

"Sebaiknya dilakukan ketika pening kepala dan untuk menyerikan wajah. Badan akan sihat. Urat saraf akan sihat. Hidup pasti gembira."

"Apakah pendapat kamu tentang masuk ke bilik air?"

"Orang yang kenyang jangan masuk ke bilik air. Jangan sampai isterimu diperdaya oleh si pemabuk. Jangan berbogel di tengah malam. Jangan menghadap makanan ketika marah. Sekiranya jiwamu tenang, fikiran akan tenang. Sekiranya engkau makan sedikit tidurmu akan lena dan nyenyak."

"Apakah pula pandanganmu  tentang ubat?"

"Jauhilah segala-gala suatu yang boleh menghilangkan kesihatan. Jauhi setiap penyakit. Seandainya badan dijaga dengan baik, badan akan sihat. Jika sebaliknya, badan akan binasa."

"Apa pendapatmu tentang minuman?"

"Minuman yang paling baik ialah yang menyihatkan tubuh badan. Minuman yang paling enak ialah yang engkau sukai. Jangan minum terlalu banyak. Nanti engkau akan sakit kepala dan akan mendapat penyakit-penyakit yang berbagai jenis."

"Manakah daging yang paling baik?"

"Daging kambing (biri-biri) muda dan daging dendeng yang masin merosakkan kesihatan. Jauhi daging haiwan yang dimakan oleh binatang buas dan daging lembu."

"Apakah pandangan kamu tentang buah-buahan?"

"Bergantung pada jenisnya. Jangan makan buah-buahan yang telah lama (lama diperam dan busuk). Sebaik-baik buah ialah delima dan atraj (sejenis limau seperti limau purut). Sebaik bunga ialah mawar dan banafsaji. Sebaik-baik sayuran ialah handaba' dan khas."

"Apakah pendapat kamu tentang minum air?"

"Air penting untuk badan. Minumlah mengikut keperluan badanmu. Minum air sesudah tidur adalah satu bahaya. Sebaik-baik air ialah yang paling pahit dan paling jernih."

"Bagaimana dengan rasanya?"

"Rasa tidak penting kerana rasa sebenarnya lahir daripada hidup."

"Bagaimana dengan warnanya?"

"Warna adalah bayangan dari mata. Mata yang mencerap segala warna."

Kisra Anu Syirwan terus berdialog dengan Harith Kaldah manakala menteri-menteri dan pembesar istana mengikut perbincangan tersebut dengan tekun.






Thursday, January 5, 2017

BANGGA dengan bangsa sendiri


 Harith Kaldah Al-Tsaqafi adalah tokoh perubatan pada permulaan kemunculan Islam.

Beliau bernikah dengan adik Aminah binti Wahab, ibu nabi. Maka Hubungan Nabi s.a.w. dengan Harith bin Kaldah sebagai pak cik saudara sebelah ibunya.

Ketokohan Harith dalam perubatan meliputi semenanjung Arab; Mekah, Madinah, Yaman sehingga merentasi  Afrika, Parsi dan Rom.

Suatu kehebatan Harith bin Kaldah,  ilmu perubatan diperolehi hasil  pengembaraannya. Ketokohannya kerana mempelajari ilmu perubatan, mengenali penyakit, ubatan-ubatan, herba-herba disamping ia mempelajari seni memetik gambus.

Kisah pengembaraan Harith begitu popular  di kalangan berbagai-bagai kabilah, lebih-lebih lagi berhubung dengan perubatan. Beliau dianggap sebagai tokoh dan pengasas ilmu perubatan. Dia menjadi sebutan dan kebanggaan Bani Tsaqif.

Ketika di Parsi, dia dapat bertemu dengan Kisra Anu Syirwan, sebelum Kisra meninggal dunia. Hubungannya dengan Kisra banyak dirakamkan oleh ahli sejarah seperti juga seni syair.

Suatu hari, ketika lawatan Harith ke Parsi beliau telah mengadap Kisra Anu Syirwan. Dia masuk mengadap setelah diperkenankan.

"Siapa nama kamu?" Tanya Kisra Anu Syirwan sebaik sahaja Harith mengadap.

"Saya Harith bin Kaldah al-Tsaqafi," jawab Harith.

"Apa pekerjaan kamu?" 

"Tabib."

"Bukankah kamu orang Arab?"

"Ya, tuanku."

"Apakah yang boleh dilakukan oleh orang Arab sedangkan mereka bodoh, lemah akal dan kuat makan?" Soal semula Anu Syirwan.

"Tuanku! Kalau begitu keadaannya mereka memerlukan seseorang yang dapat menghapuskan kebodohannya, meluruskan jalannya dan membaiki kesilapannya. Orang yang bijak akan dapat menyedari kebodohan dirinya sendiri."

"Bagaimana engkau tahu ini semua? Kalaulah engkau dapat berkata sedemikian, mengapa bangsamu dianggap bodoh?"

"Tuanku! Akal adalah pemberian Allah, yang dibahagi-bahagikan oleh Allah antara hamba-hambanya  seperti juga rezeki.  Ada orang kaya, ada orang miskin, ada orang alim dan ada pula orang bodoh. Itu semua suratan takdir."

"Anak kecil itu menangis dan ketawa, gelombang itu mengalun tinggi dan rendah," jelas Harith dengan bahasa kiasan.

Kisra Anu Syirwan kagum dengan kepetahannya bercakap.

"Apakah mendorong kamu begitu memuji akhlak bangsamu dan mengagumi pegangan hidup dan tabiat mereka?" Tanya Anu Syirwan lagi.

"Tuanku! Bangsa Arab berjiwa murah, berhati mulia, lidahnya fasih, keturunannya baik, mulia, kata-katanya lancar, lebih indah daripada udara pada musim bunga; lebih lembut daripada air salsabil. Mereka memberi makan orang yang lapar. Gagah perkasa di medan perang. Mereka tidak mahu kemuliaan mereka hancur. Mereka tidak menyakiti jiran. Mereka menentang pemerintahan yang zalim," terang Harith dengan fasihnya.

Sinar kegembiraan terpancar di wajah Kisra setelah mendengar kefasihan Harith berbicara.

"Dia seorang yang pintar, gemar memuji kelebihan kaumnya. Beta tahu kata-katanya benar. Inilah contoh seorang lelaki bijak yang melalui banyak pengalaman hidup," kata Anu Syirwan kepada menteri-menterinya.

Kisra memerintahkan Harith duduk. Harith tunduk patuh.






Tuesday, January 3, 2017

MELANCONG mencari kedamaian

  
Dikisahkan oleh Dale Camegie bahawa seorang lelaki menderita luka bernanah di dalam ususnya. KeadaaNnya sangat parah sehingga para doktor mengatakan saat kematiannya telah hampir dan menyarakan supaya pesakit bersiap sedia.

Camegie mengatakan; tiba-tiba  pesakit Earl R. Haney mengambil keputusan yang mengejutkan.

"Jika hanya sedikit waktu yang tersisa bagiku, mengapa aku tidak menikmati sisa waktu yang ada dengan apa sahaja yang aku sukai. Telah lama aku memendam keinginan untuk bermusafir (melancong) keliling dunia sebelum kematian menjemputku. Maka sekaranglah waktu yang tepat bagiku,  untuk mewujudkan cita-citaku itu," ujarnya.

Lalu dia pun membeli tiket perjalanan.

Para doktor kebingungan seraya berkata kepadanya: "Kami memperingatkanmu agar jangan meneruskan perjalanan, jika kamu masih bersikap keras juga untuk meneruskannya, kamu pasti akan dikubur si dalam lautan!"

Lalu dia pun menjawab: "Tidak, semuanya itu tidak akan pasti berlaku, ini adalah kerana aku telah berjanji kepada semua keluarga saya bahawa jenazah saya tidak akan dikuburkan kecuali di kuburan keluarga."

Maka Earl R. Haney pun segera naik kapal.

Maka mulalah dia menempuh perjalanan yang dipenuhi dengan suka ria dan gembira.

Suatu hari, dia mengirim sepucuk surat kepada isterinya yang berbunyai: "Aku makan dan minum dengan begitu nikmatnya di atas kapal ini. Aku terhibur dan aku makan kesemua makanan sehingga makanan berlemak yang dilarang sebelumnya. Aku menikmati saat yang tidak pernah aku rasakan sebelumnya selama hidupku. Lalu apa lagi yang aku perlukan."

Dale Damegie menyatakan bahawa pemuda tersebut telah sembuh dari penyakitnya kerana dia telah menempuh cara yang efektif dalam melawan dan mengalahkan penyakit yang dideritainya.































Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Your Website Title
How to Share With Just Friends

How to share with just friends.

Posted by Facebook on Friday, December 5, 2014