Friday, May 31, 2019

JENIS darah


Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Antara penentu jenis darah ialah antigen kumpulan darah ABO yang ada dalam sel darah merah.

Jenis darah (atau kumpulan darah) ialah pengelasan darah berasaskan kehadiran atau ketiadaan bahan-bahan antigen terwaris pada permukaan sel darah merah (SDM). Antigen-antigen ini berbentuk protein, karbohidrat, glikoprotein, atau glikolipid, bergantung pada sistem kumpulan darah. Sesetengah antigen ini juga didapati pada permukaan jenis sel lain pada pelbagai jenis tisu. Dari satu alel (atau gen-gen yang terkait rapat), sebilangan antigen permukaan sel darah merah ini bersama-sama membentuk sebuah sistem kumpulan darah.

Jenis darah adalah terwaris dan mewakili sumbangan dari kedua-dua ibu bapa. Sejumlah 30 sistem kumpulan darah manusia kini diitiraf oleh Persatuan Pemindahan Darah Antarabangsa (International Blood Transfusion Society, ISBT).

Ramai wanita hamil mengandung janin yang berlainan jenis darahnya, dan badan si ibu boleh menghasilkan antibodi sebagai perlindungan dari SDM janin. Adakalanya, antibodi keibuan ini merupakan IgG, sejenis imunoglobulin kecil yang boleh merentasi uri lalu menyebabkan hemolisis SDM janin yang boleh membawa kepada penyakit hemolisis bayi baru lahir, iaitu penyakit kiraan sel darah rendah yang boleh menjadi ringan atau parah.














RASULULLAH s.a.w. dan empat khalifah rasyidin









Thursday, May 30, 2019

SALAT Isyak tidak sah


SHAH ALAM - Jemaah yang menunaikan salat Isyak di Masjid Bandar Puncak Alam di sini pada Isnin lalu perlu menggantikan semula salat selepas didapati tidak sah.

Ini berikutan kekhilafan imam tidak menurut rukun salat selepas didapati tidak membaca satu ayat di dalam surah al-Fatihah dengan salat itu diteruskan sehingga selesai.


Ahli Jawatankuasa Masjid Bandar Puncak Alam, Fadli Mohd. Yusuf berkata, kejadian terbabit disedari ahli kariah masjid berkenaan selepas selesai salat itu.

Katanya, beberapa ahli kariah kemudiannya mempersoalkan kepada pihak masjid sama ada salat itu sah atau perlu diqada semula.

"Kami kemudiannya terus merujuk perkara itu kepada pejabat Mufti Selangor untuk tindakan selanjutnya.

"Mufti Selangor, Datuk Mohd. Tamyes Abd. Wahid mengemukakan alasan bahawa rukun salat adalah perlu membaca al-Fatihah dengan tertib," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Terdahulu, rakaman video berdurasi 58 saat tular di laman sosial berhubung salat tersebut yang jelas kedengaran imam tidak membaca ayat ke-6 daripada tujuh ayat surah al-Fatihah. - K! ONLINE





BANTUAN ihya' ramadan maiwp 1440h














Wednesday, May 29, 2019

KAABAH dan pemandangannya





















SELAMAT berpuasa


Selamat menunaikan puasa masuk hari ke 25. 

Sempena bulan dan tahun barakah ini marilah kita sama-sama meningkatkan amal ibadah. 

Amalan-amalan yang saleh yang telah kita laksanakan, terus kita pertingkat dari masa ke semasa dan tetap pada kedudukan yang benar. 

Semoga puasa kita diterima olehNya.


Amin.



MAJLIS berbuka puasa ydpa bersama agensi-agensi agama dan asnaf maiwp 1440h


Majlis Berbuka Puasa KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA SERI PADUKA BAGINDA YANG DI-PERTUAN AGONG bersama Agensi-Agensi Agama dan Asnaf Baitulmal MAIWP pada 22 Ramadan 1440H di Dewan Serbaguna Masjid Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.



 





























Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Your Website Title
How to Share With Just Friends

How to share with just friends.

Posted by Facebook on Friday, December 5, 2014