Thursday, May 30, 2019

SALAT Isyak tidak sah


SHAH ALAM - Jemaah yang menunaikan salat Isyak di Masjid Bandar Puncak Alam di sini pada Isnin lalu perlu menggantikan semula salat selepas didapati tidak sah.

Ini berikutan kekhilafan imam tidak menurut rukun salat selepas didapati tidak membaca satu ayat di dalam surah al-Fatihah dengan salat itu diteruskan sehingga selesai.


Ahli Jawatankuasa Masjid Bandar Puncak Alam, Fadli Mohd. Yusuf berkata, kejadian terbabit disedari ahli kariah masjid berkenaan selepas selesai salat itu.

Katanya, beberapa ahli kariah kemudiannya mempersoalkan kepada pihak masjid sama ada salat itu sah atau perlu diqada semula.

"Kami kemudiannya terus merujuk perkara itu kepada pejabat Mufti Selangor untuk tindakan selanjutnya.

"Mufti Selangor, Datuk Mohd. Tamyes Abd. Wahid mengemukakan alasan bahawa rukun salat adalah perlu membaca al-Fatihah dengan tertib," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Terdahulu, rakaman video berdurasi 58 saat tular di laman sosial berhubung salat tersebut yang jelas kedengaran imam tidak membaca ayat ke-6 daripada tujuh ayat surah al-Fatihah. - K! ONLINE





No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Your Website Title
How to Share With Just Friends

How to share with just friends.

Posted by Facebook on Friday, December 5, 2014