Tuesday, December 18, 2018

AMALKAN minum air panas



Minum air hangat bisa selamatkan nyawa

Sekelompok Dokter Jepang menegaskan bahwa air hangat adalah 100% efektif dalam menyelesaikan beberapa masalah kesehatan seperti:

1. Migrain
2. Tekanan darah tinggi
3. Tekanan darah rendah
4. Nyeri sendi
5. Peningkatan dan penurunan detak jantung secara tiba-tiba
6. Epilepsi
7. Menghilangkan kadar kolesterol
8. Batuk
9. Ketidak nyamanan tubuh
10. Nyeri gout
11. Asma
12. Batuk terus menerus
13. Penyumbatan pembuluh darah
14. Penyakit yang terkait dengan Uterus & Urine
15. Masalah perut
16. Nafsu makan yang buruk
17. Juga semua penyakit yang berkaitan dengan mata, telinga & tenggorokan.
18. Sakit kepala

Bagaimana cara memakai air hangat

Bangun pagi-pagi dan minum sekitar  2 gelas air hangat ketika perut kosong. Anda mungkin tidak dapat membuat 2 gelas di awal tetapi perlahan-lahan.

CATATAN:

Jangann makan apa pun 45 menit setelah mengambil air.

Terapi air hangat akan menyelesaikan masalah kesehatan dalam jangka waktu yang wajar seperti:

Diabetes dalam 30 hari
Tekanan darah dalam 30 hari
Masalah perut dalam 10 hari
Semua jenis Kanker dalam 9 bulan
Penyumbatan pembuluh darah dalam 6 bulan
Nafsu makan yang buruk dalam 10 hari
Uterus dan penyakit terkait dalam 10 hari
Masalah Hidung, Telinga, dan Tenggorokan dalam 10 hari
Masalah wanita dalam 15 hari
Penyakit jantung dalam 30 hari
Sakit kepala / migrain dalam 3 hari
Kolesterol dalam 4 bulan
Epilepsi dan kelumpuhan terus menerus dalam 9 bulan
Asma dalam 4 bulan

Air dingin itu tidak baik untuk anda!

Jika air dingin tidak mempengaruhi anda pada usia muda, akan membahayakan anda di usia tua.

Air dingin menutup 4 urat-urat jantung dan menyebabkan serangan jantung. Minuman dingin adalah alasan utama untuk serangan jantung.

Ini juga menciptakan masalah di hati kerana membuat lemak terjebak di hati. Kebanyakan orang yang menunggu transplantasi hati adalah korban minum air dingin.

Air dingin mempengaruhi dinding internal lambung,Ini mempengaruhi usus besar dan menghasilkan Kanker.

## Ini untuk diri sendiri ##

Tuesday, November 13, 2018

SENGKETA dua beradik ke mahkamah


Di Malaysia realitinya, anak kandung menuntut ibu atau ayahnya di mahkamah hanya kerana wang, tanah, rumah dan harta.

Tetapi di Saudi, dua adik beradik ke mahkamah hanya untuk berebut hak penjagaan ibu kandung mereka. MasyaAllah.

Dua orang adik beradik di Saudi Arabia bergaduh dan berebut hak penjagaan ibu sehingga kes dibawa ke mahkamah. Di salah satu pengadilan Qasim, Kerajaan Saudi Arabia, Hizal al-Fuhaidi menangis sehingga air matanya membasahi janggut. 

Kenapa? 

Kerana dia kalah kepada saudara kandungnya di mahkamah.

Tentang apakah kekalahan pada saudaranya itu?

Tentang tanah?

Harta?

Bukan kerana itu semua tetapi dia kalah berkenaan hak penjagaan ibunya yang sudah tua dan bahkan hanya memakai sebuah cincin timah di jarinya yang telah kusam.

Seumur hidupnya, beliau tinggal bersama Hizan yang selama ini menjaganya. Tatkala beliau sudah semakin tua, datanglah adik yang tinggal di kota lain mahu mengambil ibunya untuk tinggal bersama dengannya dengan alasan kemudahan kesihatan dan lain-lain di kota jauh lebih baik dari kawasan desa.

Bagaimanapun Hizan menolak dengan alasan selama ini dia masih mampu untuk menjaga ibunya. Keengganan Hizan mencetuskan perbalahan di antara mereka berdua sehingga kes terpaksa dibawa ke mahkamah.

Sidang pun bermula, hingga hakim pun meminta agar si ibu hadir di mahkamah.

Kedua-dua lelaki bersaudara ini mendukung ibu mereka yang sudah tua, yang beratnya tak sampai 40 kilogram.

Hakim bertanya kepadanya: “Siapa yang lebih berhak tinggal bersamamu?”

Si ibu yang memahami pertanyaan itu pun menjawab: “Ini mata kananku!” sambil tangannya menunjuk ke arah Hizal dan “Ini mata kiriku!” jarinya tepat ditudung ke arah adik Hizan.

Hakim berfikir sejenak, kemudian memutuskan bahawa hak penjagaan diberikan kepada adik Hizan berdasarkan pertimbangan kemaslahatan bagi si ibu.

Betapa mulia air mata yang dikeluarkan oleh Hizan. Air mata penyesalan kerana tidak dapat memelihara ibunya tatkala beliau telah meningkat usianya semakin lanjut. Dan betapa bangga dan agungnya seorang ibu direbut oleh anak-anaknya sehingga berlaku seperti ini.

Andaikata kita dapat memahami, bagaimana seorang ibu mendidik kedua-dua anak lelakinya sehingga ia menjadi ratu dan mutiara yang mahal bagi anak-anaknya?

Ini adalah pelajaran dan pengajaran yang sangat mahal tentang berbakti kepada orang tua. 

Di zaman yang sudah hampir kiamat ini, betapa banyak anak yang derhaka.

“Ya Allah, Roob kami! Anugerahkan kepada kami keredhaan ibu kami dan berikanlah kami kekuatan agar selalu dapat berbakti kepadanya.

Aamiin, amin ya Rabbal alamiin.”

Thursday, October 4, 2018

MIMPI seorang benar, mimpi benarnya



Panduan untuk mimpi:

1. Sebelum tidur bersihkan badan dan tidurlah tanpa memikir sesuatu.

2. Kalau boleh, sebelum tidur tenang, 'beristigfar' dan wirid berdoa.

3. Bila bermimpi pada 1/3 malam, akan ada petunjuk;

a. Kalau mimpinya baik ceritakan kepada kawan yang dipercayai.

b. Kalau mimpi buruk, hembus 3 kali sebelah kiri atau meludah, baca istigfar. Jangan hebah mimpi itu kepada sesiapa pun termasuk binatang dan batu jika diluahkan juga ia akan menjadi realiti.

4. Sebagaimana Nabi Yusuf a.s. dalam menafsir mimpi dua orang kawannya dalam penjara dan mimpi raja Mesir.

5. Nabi s.a.w. bersabda s.a.w. mimpi orang salleh yang benar, mimpinya adalah benar.

6. Walaupun kita bukan orang salleh kita ikut panduan no. 3. sebagaimana al-Quran memberi petunjuk tentang mimpi Nabi Yusuf a.s. menafsir.

7. Amat penting jangan bercakap/dedahkan tentang mimpi tersebut. Ia akan menjadi realiti. 

Andaikan jika 10 orang diberitahu 10 cara mereka menafsir. Ia bercelaru. Akhirnya yang baik menjadi tak baik dan begitulah sebaliknya. Tolong jangan jadikan ianya berlaku.


Untuk kita pagar rumah supaya terlindung, terhindar dalam keselamatan bacalah surah Yaasin ayat 1-9 sebagaimana yang nabi pernah lakukan ketika dikepung oleh musuh ketika memulakan hijrah.




Monday, September 24, 2018

NASIHAT Ali bin Abi Talib


Simpan rahasiamu berdua saja:

1. Dirimu
2. Allah s.w.t.

Jagalah di dunia ini dua keredhaan:

1. Ibumu
2. Bapamu

Mohonlah bantuan ketika susah dengan dua hal:

1. Sabar
2. Salat

Jangan risau dua hal ini:

1. Rezeki
2. Ajal
Kerana keduanya berada di bawah kekuasaan Allah s.w.t.

Dua hal yang tak perlu diingati selamanya:

1. Kebaikanmu terhadap orang lain.
2. Kesalahan orang lain terhadapmu.

Dua hal yang jangan dilupakan selamanya:

1. Allah s.w.t.
2. Alam Akhirat

Selalu dekat dengan 4 orang ini:

1. Ibumu.
2. Ayahmu.
3. Saudara lelakimu.
4. Saudara perempuanmu.

Empat orang ini janganlah kamu kasar kepada mereka:

1. Yatim
2. Miskin
3. Fakir
4. Orang Sakit

Empat hal yang memperindah dirimu:

1. Sabar
2. Tabah
3. Tinggi ilmu
4. Dermawan

Empat orang yang hendaknya kamu dekati:

1. Orang yang Ikhlas
2. Orang yang setia
3. Orang yang dermawan
4. Orang yang jujur

Empat orang yang hendaknya jangan kamu jadikan teman:

1. Tukang bohong
2. Tukang curi/rasuah
3. Tukang hasut
4. Tukang adu domba

Empat orang ini jangan sampai kamu tahan kedermawananmu terhadap mereka:

1. Isterimu
2. anak-anakmu
3. Keluargamu
4. Sahabatmu

Empat hal yang hendaknya kamu kurangi:

1. Makan
2. Tidur
3. Malas
4. Bicara berlebih-lebihan/gosip

Empat hal yang jangan kamu putus:

1. Salat.
2. Quran.
3. Zikir.
4. Silaturrahimi.




Friday, August 10, 2018

DIALOG wartawan dengan seorang Lelaki berpoligami


Wartawan: Apa nama pak cik?

Lelaki: Hasan

Wartawan: Pak cik ada berapa orang isteri?

Lelaki: Alhamdulillah saya ada 4 orang isteri.

Wartawan: Berdasarkan pengalaman Pak cik, apa nasihat pak cik untuk kaum lelaki di luar sana?

Lelaki: Saya galakan mereka untuk berkahwin 3 atau 4 orang isteri.

Wartawan: Kenapa pak cik?

Lelaki: Kerana berurusan dengan 4 orang isteri umpana berurusan dengan syarikat penerbangan atau syarikat telekomunikasi di mana mereka sentiasa berlumba-lumba memberi khidmat terbaik dengan harga berpatutan.

Wartawan: Apa pula pandangan pak cik kepada lelaki yang hanya ada seorang isteri?

Lelaki: Sesungguhnya lelaki yang beristeri seorang umpama sedang berurusan dengan syarikat Astro. Perkhidmatan tak bagus, selalu terputus bekalan siaran bila hujan dan cerita berulang ulang. Bil pula mahal.




Saturday, March 17, 2018

8 Tanda Menentukan Hukum Bagi Khunsa Itu Lelaki atau Wanita



Maria Firdz

Oktober 25, 2017 Ulasan


بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

8 Tanda Menentukan Hukum Bagi Khunsa atau Wanita | Khunsa walaupun golongan ini adalah golongan minoriti tapi mereka tak terlepas dari hukum Islam.

Ada yang memandang remeh, bahkan ada golongan khunsa anggap mereka ada kelebihan untuk jadi wanita atau lelaki... Tapi sebenarnya tidak.

Jom ikuti penjelasan hukum berkaitan khunsa. Semoga dengan penjelasan ini, golongan khunsa ini tidak memandang remah bab hukum hakam dan orang sekeliling tidak lagi keliru dengan identiti tersebut.


Apa itu Khunsa

Khunsa dari sudut istilah para fuqaha ialah: Seseorang yang mempunyai dua kemaluan iaitu kemaluan lelaki dan juga kemaluan perempuan. Ataupun seseorang yang tidak memiliki kedua-duanya dan dia mempunyai lubang yang keluar daripadanya air kencing. Rujuk Hasyiah Ibn Abidin (5/464), Nihayah al-Muhtaj (6/31).

Manakala khunsa menurut Kamus Dewan adalah: Orang yang mempunyai dua alat kelamin. Lihat Kamus Dewan Edisi Keempat.


Jenis Khunsa

Merujuk kepada kitab-kitab para fuqaha, kita dapati bahawa mereka membahagikan khunsa kepada dua jenis:

Khunsa musykil: Seseorang yang tidak jelas tanda-tanda kelelakian atau keperempuanan pada dirinya. Tidak dapat diketahui sama ada dia merupakan seorang lelaki atau perempuan. Khunsa musykil juga memiliki dua kemaluan iaitu kemaluan lelaki dan kemaluan perempuan dan tidak dapat dipastikan keadaannya dari kedua jenis tersebut iaitu sama ada dia lelaki ataupun perempuan.

Khunsa ghayru musykil: Seseorang yang jelas padanya tanda-tanda kelelakian atau keperempuanan. Dia dapat diketahui sama ada dia merupakan seorang lelaki ataupun perempuan. Individu seperti ini tidak dikategorikan sebagai khunsa musykil. Ini kerana dia merupakan seorang lelaki atau perempuan, tetapi dalam masa yang sama mempunyai anggota lebihan. Hukum untuknya dalam mirath (pembahagian harta pusaka) dan selainnya dari hukum-hakam adalah hukum terhadap apa-apa yang jelas dari tanda jantinanya. Sekiranya jelas tanda-tanda kelelakian, maka ke atasnya hukum-hakam seorang lelaki dan begitulah sebaliknya.

Dalam bidang perubatan, khunsa dikenali sebagai Disorder of Sex Development (DSD). Penemuannya lebih kompleks daripada perbahasan para ulama terdahulu.


Kaedah Menentukan Identiti Khunsa

Oleh yang demikian, terdapat beberapa faktor lain selain daripada kelainan fizikal alat kelamin seperti kromosom dan gonad (testis dan ovari) yang turut boleh digunakan untuk mengklasifikasikan seseorang itu sebagai khunsa.

Para fuqaha turut mengambil kira beberapa faktor selain perbezaan fizikal alat kelamin dalam menentukan identiti khunsa. Antaranya ialah faktor pertumbuhan bulu yang lebat pada tubuh badan, misai, janggut, suara yang lebih keras, dan seumpamanya, maka para fuqaha lebih kuat menyatakan dia adalah seorang lelaki. Jika sebaliknya, maka dia diklasifikasikan sebagai seorang perempuan.

Demikian juga para fuqaha menyatakan beberapa cara lain untuk mengenalpasti jantina khunsa. Di antaranya ialah kecenderungan perasaan kepada jantina berlainan.

Sekiranya seorang khunsa itu kecenderungan perasaannya kepada seorang lelaki maka dia adalah perempuan dan jika kecenderungannya kepada perempuan maka dia adalah lelaki.

Perlu juga dijelaskan bahawa khunsa yang dimaksudkan di sini adalah khunsa musykil. Kata Al-Imam Al-Suyuthi Rahimahullah : Ketika digunakan perkataan khunsa di dalam feqah maka yang dimaksudkan dengannya adalah khunsa musykil. Rujuk Al-Asybaah wal Nazhair, Al-Suyuthi (1/202).

Imam Al-Nawawi Rahimahullah berkata: Khunsa itu ada dua jenis: Ada yang mempunyai faraj orang perempuan dan juga zakar orang lelaki. Manakala terdapat juga khunsa yang tidak memiliki satupun daripada keduanya (sama ada faraj atau zakar). Akan tetapi dia memiliki lubang yang keluar daripadanya sesuatu. Bagi golongan yang pertama (yang memiliki zakar dan juga faraj), terdapat beberapa tanda-tandanya:


Pertama: Air kencing

Sekiranya dia kencing melalui saluran zakar lelaki sahaja, maka dia adalah lelaki. Manakala jika dia kencing melalu faraj, maka dia adalah perempuan. Namun jika dia kencing melalui kedua-duanya, maka diambil kira saluran manakah yang dahulu ia keluar. 


Kedua dan Ketiga: Keluar mani dan darah haid

Sekiranya keluar air mani dan darah haid pada waktunya, maka jika air mani tersebut keluar melalui zakar maka dia adalah lelaki. Sekiranya air mani keluar melalui faraj ataupun keluar darah haid, maka dia adalah perempuan. Dengan syarat ia keluar secara berulangkali bagi menguatkan lagi sangkaan akan perkara tersebut.


Keempat: Kelahiran anak

Wiladah ataupun proses melahirkan anak membawa bukti yang pasti akan sifat keperempuanannya. Bahkan ia mendahului kesemua tanda-tanda lain yang bercanggah dengannya.


Kelima: Tidak datang haid pada waktunya

Ini merupakan tanda kelelakian bagi khunsa tersebut. Ia juga boleh menjadi tanda penentuan ketika seorang khunsa tersebut sama dari sudut keluar air kencing. Maka keluar haid pada waktunya atau tidak menjadi pemberat ke arah jantinanya.


Keenam: Kecenderungan

Sekiranya seorang khunsa itu cenderung perasaannya kepada orang perempuan maka dia adalah lelaki. Begitu juga jika dia cenderung kepada lelaki maka dia adalah perempuan. Namun, tanda ini digunakan apabila sudah tidak mampu mencari tanda-tanda yang lain.

Ketujuh: Munculnya keberanian, bersabar dalam melawan musuh, serta sifat-sifat kekuatan. Maka ini menunjukkan akan kelelakiannya.

Kelapan: Tumbuhnya janggut, atau timbulnya buah dada, serta keluarnya susu badan.

Manakala bagi golongan yang kedua (tidak memiliki zakar ataupun faraj), maka tanda-tandanya tidak dapat ditentukan melainkan dengan melihat kepada kecenderungannya.


Bolehkah Khunsa Menjadi Imam?

Isu ini turut dijadikan perbincangan apabila para fuqaha membahaskan berkenaan susunan saf ketika solat berjamaah. Imam Al-Nawawi menyatakan: Tidak sah apabila seorang perempuan dan khunsa menjadi imam kepada orang lelaki. Tidak sah pada solat fardhu dan tidak juga pada solat sunat. Adapun sekiranya yang mengikut solat tersebut merupakan orang perempuan (menjadi makmum), maka tidak disyaratkan kelelakian untuk menjadi imam mereka (orang perempuan) di sisi mazhab Al-Syafieyyah dan juga Al-Hanabilah. Maka sah bagi orang perempuan untuk menjadi imam kepada orang perempuan yang lain di sisi mereka (Al-Syafi’eyyah dan Al-Hanabilah). Berdasarkan apa yang diriwayatkan oleh Sayyidah A’isyah, Ummu Salamah, dan juga Atha’ bin Abi Rabah bahawa: Sesungguhnya orang perempuan boleh menjadi imam kepada orang perempuan yang lain. Lihat Al-Majmuk Syarah Al-Muhazzab, Al-Nawawi (4/96).


Justeru, jelas ditunjukkan dalam kenyataan dari Imam Al-Nawawi bahawa golongan khunsa tidak boleh menjadi imam kepada orang lelaki. Pendapat Imam Al-Nawawi ini

menepati pandangan daripada Imam Al-Syafie Rahimahullah yang berkata:  Dan begitulah, kalau sesiapa yang solat bersama orang perempuan (menjadi makmum kepadanya) seperti khunsa musykil, nescaya tidak sah solatnya bersama perempuan tadi. Kalau seorang khunsa musykil solat bersama orang perempuan (menjadi makmum) dan tidak selesai solatnya sehingga nyata bahawa ia perempuan, aku lebih suka baginya untuk dia mengulangi solat. Dan aku menganggap bahawa tidak memadai solatnya itu kerana dia tidak tergolong di kalangan orang yang boleh berimamkan perempuan tersebut ketika dia mengerjakan solat. Rujuk Al-Umm, Al-Syafie (1/191).

Kata Al-Imam Al-Shirazi Rahimahullah: Tidak dibolehkan untuk seorang lelaki itu solat di belakang khunsa musykil kerana terdapatnya kebarangkalian yang dia itu seorang perempuan. Bahkan begitu juga tidak boleh untuk seorang khunsa di belakang khunsa yang lain, kerana boleh jadi makmum itu adalah lelaki dan imamnya itu adalah perempuan. Rujuk Al-Majmuk Syarah Al-Muhazzab (4/152).


Maka kesimpulan yang boleh dibuat berkenaan isu ini adalah:

Khunsa musykil boleh menjadi imam kepada orang perempuan. Khunsa musykil tidak boleh menjadi imam kepada orang lelaki dan golongan khunsa yang lain.


Kedudukan Khunsa Dalam Saf Solat

Kata Imam Al-Nawawi Rahimahullah: Sekiranya yang hadir mengerjakan solat itu terdiri daripada orang lelaki, kanak-kanak, golongan khunsa, serta orang perempuan, maka didahulukan orang lelaki, kemudian kanak-kanak, kemudian golongan khunsa, kemudian orang perempuan. Rujuk Al-Majmu' Syarah Al-Muhazzab, Al Nawawi (3/132).


Di dalam kenyataannya yang lain Imam Al-Nawawi mengatakan: Para ashab kami mengatakan: Kesemuanya ini (susunan solat) hukumnya adalah mustahab (sunat) dan menyelisihinya adalah makruh namun tidak membatalkan solat.

Imam Al-Mawardi Rahimahullah di dalam kitabnya Al-Hawi Al-Kabir (2/340) menukilkan kenyataan Imam Al-Syafie yang berkata: Apabila seorang lelaki menjadi imam, maka makmum (lelaki) berdiri di bahagian kanannya. Sekiranya makmum tersebut merupakan khunsa musykil atau perempuan maka setiap seorang dari mereka berdiri di belakangnya (imam) secara bersendirian.

Maka adalah makruh untuk seorang khunsa musykil solat bersebelahan dengan orang lelaki di dalam saf, dan begitulah juga makruh untuk dia solat bersebelahan dengan orang perempuan. Ini kerana, terdapat kemungkinan dia adalah seorang lelaki apabila solat bersebelahan orang perempuan dan begitulah juga sebaliknya.


Bagaimanakah Aurat Khunsa?

Berkenaan dengan aurat golongan khunsa musykil, para fuqaha seperti golongan Al-Hanafiyah dan Al-Syafi’eyyah berpendapat bahawa aurat mereka adalah sama seperti aurat orang perempuan. Bahkan rambut seorang khunsa yang gugur dari kepala juga turut dianggap sebagai aurat. Kecuali muka dan kedua tapak tangan. Dan seorang khunsa tidak boleh untuk mendedahkan anggota badannya ketika proses istinja dan juga ketika mandi. Ini kerana, sekiranya dia mendedahkan anggota badannya di sekitar orang lelaki, ada kemungkinan bahawa dirinya itu seorang perempuan. Jika dia mendedahkan anggotanya di sisi orang perempuan, terdapat kemungkinan yang dirinya itu seorang lelaki. Rujuk Raudhah Al-Thalibin, Al-Nawawi (1/283), Hasyiah Ibn Abidin (1/105), Al-Asybaah wal Nazhair, Ibn Nujaim (384).

Berkata Imam Al-Buhuti Rahimahullah: Langkah ihtiyath (berhati-hati) bagi seorang khunsa musykil adalah supaya dia menutup auratnya seperti orang perempuan. Rujuk Syarah Muntaha Al-Iradaat, Al-Buhuti (1/150).


Khunsa Dan Transgender

Menurut sumber Wikipedia, transgender didefinisikan sebagai: Transgender people are people who have a gender identity or gender expression that differs from their assigned sex. Transgender people are sometimes called transsexual if they desire medical assistance to transition from one sex to another.[1]

Melalui definisi di atas, perbuatan mengubah jantina asal kepada jantina yang berlawanan dinamakan sebagai transsexual. Menurut Kamus Dewan transeksual adalah: (transéksual) seseorang (lelaki atau perempuan) yang berperasaan dan berpenampilan sebagai anggota jantina yang satu lagi, dan kadang-kadang menukar organ jantinanya melalui pembedahan. Rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat.

Berdasarkan definisi dan ciri-ciri khunsa musykil yang telah kami nyatakan di atas, jelas kelihatan perbezaan di antara khunsa dan juga transeksual. Khunsa adalah asal al-khilqah (penciptaan asal Tuhan sejak dia dilahirkan) manakala transeksual pula adalah taghyir al-khilqah (mengubah ciptaan Tuhan). Perbuatan mengubah ciptaan Tuhan ini jelas dilarang di dalam Islam. Larangan ini dapat dilihat berdasarkan beberapa nas daripada al-Quran dan juga hadis. Firman Allah S.W.T:


 A119


Maksudnya: Dan aku (syaitan) benar-benar akan menyesatkan mereka, dan akan membangkitkan angan-angan kosong pada mereka dan menyuruh mereka (memotong telinga-telinga binatang ternak), lalu mereka benar-benar memotongnya, dan akan aku suruh mereka (mengubah ciptaan Allah), lalu benar-benar mereka mengubahnya. Barangsiapa yang menjadikan syaitan menjadi pelindung selain Allah, maka sesungguhnya ia menderita kerugian yang nyata. Surah Al-Nisaa (119)

Imam Al-Thabari Rahimahullah apabila menafsirkan ayat ini beliau berkata: Para ulama berbeza tentang tafsiran ayat فَلَيُغَيِّرُنَّ خَلْقَ اللَّهِ . Sebahagian mereka mengatakan: “Nescaya mereka akan mengubah ciptaan Allah daripada haiwan-haiwan dengan cara mengkasikannya”. Manakala sebahagian ulama lain mengatakan bahawa yang dimaksudkan dengan mengubah ciptaan Allah adalah membuat tatu. Beliau kemudiannya menyertakan sebuah hadis yang diriwayatkan daripada Abdullah bin Mas’ud r.a. bahawa Rasulullah S.A.W bersabda:

لَعَنَ اللَّهُ الْوَاشِمَاتِ، وَالْمُسْتَوْشِمَاتِ، وَالْمُتَنَمِّصَاتِ وَالْمُتَفَلِّجَاتِ لِلْحُسْنِ، الْمُغَيِّرَاتِ خَلْقَ اللَّهِ

Maksudnya: "Allah melaknat pembuat tatu, orang yang meminta supaya dibuatkan tatu kepadanya, orang yang mencukur kening, serta menjarangkan gigi dengan tujuan untuk kecantikan, dan golongan yang mengubah ciptaan Allah." (Riwayat Al-Bukhari (5943))

Demikian juga Al-Thabari menukilkan persoalan yang ditanyakan kepada Al-Hasan Rahimahullah: "Apa pandangan kamu terhadap seorang perempuan yang mengukir wajahnya ? Lalu Al-Hasan menjawab: “Apa kena dengan dia ? Laknat Allah ke atasnya, kerana dia telah mengubah ciptaan Allah”.


Kesimpulan

Akhir kalam, perlulah dijelaskan bahawa perbuatan mengubah ciptaan Tuhan dengan cara menukar jantina adalah haram lagi berdosa besar. Ia tidak boleh sama sekali disamakan dengan khunsa musykil kerana golongan transeksual ini pada asal kejadiannya adalah seorang lelaki atau perempuan, tetapi mengubah jantinanya kepada yang berlawanan. Manakala khunsa musykil pula memang pada asal kejadiannya mempunyai dua kemaluan. Semoga dengan pencerahan ini dapat memberikan kefahaman yang jelas kepada kita dalam beragama. Ameen.


Nukilan : S.S DATUK DR. ZULKIFLI BIN MOHAMAD AL-BAKRI (MUFTI WILAYAH PERSEKUTUAN)

Jadi, golongan khunsa tak boleh sesuka hati ubah diri... Jika dia cenderung kepada perempuan, wajib baginya ikut aurat sebagai seorang perempuan. Jika dia lelaki wajib ikut seperti lelaki...



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Your Website Title
How to Share With Just Friends

How to share with just friends.

Posted by Facebook on Friday, December 5, 2014