Nabi Nuh a.s. diketahui umurnya sangat panjang jika dibanfingkan denga rasul-rasul yang lain. Ketika ditanya:
"Bagaimana perasaamu dengan usiamu yang panjang ini?"
Nabi Nuh a.s. menjawab:
"Aku merasa bahawa hidup ini bagaikan satu rumah yang memiliki dua pintu, saya masuk dari pintu pertama dan keluar dari pintu kedua."
Makhul al-Damsyiqiy apabila melihat jenazah, beliau berkata:
"Sekarang masih pagi tetapi sebentar lagi sudah petang. Segala sesuatu itu dapat menjadi ikhtibar bagi seseorang. Orang yang sentiasa lalai bererti tidak punya akal."
Akmasy berkata:
"Kami pergi melihat jenazah. Sesampai di sana kami tidak tahu siapa yang akan diberi takziah kerana semuanya sedih."
Perkataan yang sangat mendalam itu kiranya selalu menjadi ingatan kita apabila pergi melihat orang meninggal.