Monday, November 20, 2017

PERINGATAN kepada yang faham


Nabi Nuh a.s. diketahui umurnya sangat panjang jika dibanfingkan denga rasul-rasul yang lain. Ketika ditanya: 

"Bagaimana perasaamu dengan usiamu yang panjang ini?"

Nabi Nuh a.s. menjawab: 

"Aku merasa bahawa hidup ini  bagaikan satu rumah yang memiliki dua pintu, saya masuk dari pintu pertama dan keluar dari pintu kedua."

Makhul al-Damsyiqiy apabila melihat jenazah, beliau berkata: 

"Sekarang masih pagi tetapi sebentar lagi sudah petang. Segala sesuatu itu dapat menjadi ikhtibar bagi seseorang. Orang yang sentiasa lalai bererti tidak punya akal."

Akmasy berkata: 

"Kami pergi melihat jenazah. Sesampai di sana kami tidak tahu siapa yang akan diberi takziah kerana semuanya sedih."

Perkataan yang sangat mendalam itu kiranya selalu menjadi ingatan kita apabila pergi melihat orang meninggal.


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Your Website Title
How to Share With Just Friends

How to share with just friends.

Posted by Facebook on Friday, December 5, 2014