Monday, March 13, 2017

'AMIR bin Zaraf al-'Udwani


'Amir bin Zaraf al-'Udwani adalah salah seorang ketua Bani Qais. Beliau seorang yang adil dan kuat berpegang dengan agama langit (Allah).


Bermulanya  talak khulu'

'Amir telah mengahwinkan anak gadisnya dengan anak abangnya, 'Amir bin Harith bin Zaraf. Anak gadisnya pula tidak suka dengan sepupunya itu. Oleh kerana taat dengan kehendak ayahnya,  maka anak gadis 'Amir merelakan pernikahan itu.

Setelah itu anak gadis Amir melarikan diri daripada rumah suaminya. Suaminya mengadu kepada pakciknya yang juga  mentuanya, 'Amir bin Zaraf al-'Udwani.

"Kami kini telah bercerai. Saya lepaskan dia dengan duit yang saya akan berikan," kata menantunya.

Amir menerima permintaan menantunya itu. Peristiwa ini merupakan khulu' (atau tebus talak) yang pertama berlaku di Semenanjung Arab.


'Amir mengadili dengan bijaksana

'Amir sebagai ketua kaum senentiasa dijadikan rujukan untuk mengadili dan memutuskan pertelingkahan kaumnya tentang kemuliaan dan ketinggian keturunan di khemahnya.

Suatu ketika Hakim bin Hizam, sepupu Khadijah binti Khuwailid, tiba di pasar Habsyah. Dia mengucapkan selamat kepada 'Amir bin Zaraf al-'Udwani sebaik sahaja ia melihatnya. Tiba-tiba salah seorang ahli kafilahnya mendendangkan syair 'Udwani untuk memuji kandungannya:

Di antara mereka
ada yang berkuasa
mutuskan hukumannya,
tiada siapa yang akan menentangnya.

Hakim menoleh kepada 'Amir.

"Benar!" 'Amir tidak akan menolak keputusannya. Bangsa Arab tidak akan berbalah untuk memutuskan satu-satu perkara. Setiap perkara dirujuk kepadanya. Mereka pula redha dengan setiap keputusannya.

Ahli kafilah Hakim menceritakan hukuman-hukuman yang telah diputuskan oleh 'Amir dan kemasyhurannya di kalangan kabilah-kabilah Arab.


Menentukan status khunsa

Mereka pernah bertengkar tentang seorang khunsa. Khunsa mempunyai dua jantina.

"Menurut pendapat tuan, kita mahu mengelarnaya lelaki atau perempuan?" Tanya kaum 'Amir kepadanya.

Bagi 'Amir masalah itu amat sulit untuk diselesaikan.

"Biar saya fikir dan kaji terlebih dahulu. Demi Allah! Saya tidak pernah menghadapi persoalan seperti ini."

Mereka memberi 'Amir masa untuk menyelesaikan persoalan ini. Siang dan malam 'Amir berfikir dan mengkaji persoalan itu. Seorang pun tidak ditemuinya.

'Amir mempunyai seorang jariah yang digelar Sukhail. Jariah itu bertugas menternak kambing-kambingnya. 'Amir selalu menyindirnya apabila hari petang.

"Selamat pagi Sikhail!"

Apabila Sukhail datang waktu pagi.

"Selamat petang Sukhail!"

Ini kerana jariah itu sering lewat pulang sehingga dia didahului oleh orang lain. Begitu juga  ketika petang. 

Apabila Sukhail melihat tuannya berjaga malam, dia lantas bertanya.

"Sebelum ini saya tidak pernah mengambil tahu tentang tuan. Tapi kenapa tuan berjaga malam begini?"

"Celaka kamu!  Biarkan aku begini! Ini bukan urusanmu," balas 'Amir.

Jariah itu menjauhkan diri. Kemudian mendapatkan tuannya semula.

"Kenapa tuan berjaga pada malam ini?" Tanyanya lagi.

"Moga-moga engkau dapat membantuku," bisik hati 'Amir.

"Aku sedang cuba menyelesaikan harta pusaka bagi khunsa. Sama ada lelaki atau perempuan. Demi Allah aku tak tahu nak buat apa," beritahu 'Amir.

"Mudah saja tuan, putuskanlah hukuman melalui cara dia membuang air kecil. Seanadainya dia membuang air kecil mengikut jalan lelaki maka dia lelaki. Kalau ikut jalan perempuan maka perempuanlah dia."





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Your Website Title
How to Share With Just Friends

How to share with just friends.

Posted by Facebook on Friday, December 5, 2014